:: Assalamualaikum ::
Ini bukan kisah dongeng, ini ialah kisah benar, kisah diriku sendiri.
Ramai yang bertanya kepada diri ini, "Apa yang buatkan awak berhijrah kepada tudung labuh?"
Tatkala diri ini mendapat soalan itu, senyuman terukir di bibir. Syukur, kerana soalan yang positif diajukan bukan kutukan melulu. Apa yang membuatkan diri ini berubah? Alhamdulillah, itu semua ialah hidayah Allah SWT. Hidayah Allah yang membuka hati diri ini untuk berubah, hidayah Allah yang menguatkan diri ini untuk mengorak langkah. Ya, hanya Allah yang berhak membolak-balikkan hati kita. Jika Allah berikan kita kefahaman tentang ad-deen, maka itulah yang terbaik dan yang harus kita syukuri. Ya, memang niat untuk berhijrah ni telah diri ini pasakkan dalam hati sejak di KMKN lagi, tapi diri ini masih belum ada kekuatan. Takut dengan buah fikiran dan mulut orang sekeliling yang tak dapat kita kawal. Setiap hari, sambil bersiap-siap untuk ke kolej, diri ini termenung di hadapan cermin, hati kuat mengatakan, "Ya Allah, bukan ini yang aku mahu. Aku tak nak jadi orang yang dustakan ilmu yang telah aku dapat! Berikanlah aku kekuatan Ya Rabb!". Kekesalan yang sama muncul setiap hari.
Ya. Memang diriku sudah bertudung tapi seringkali terfikir dalam hati, "Adakah pakaianku ini sudah cukup menuntut syariat Islam, atau adakah pakaianku ini refleksi bisikan syaitan dan adakah aku menjadi mangsa virus fesyen yang menggila? Adakah pakaian yang aku pakai sehari-hari ini mendapat redha Allah SWT?" Diri ini tahu yang di akhirat kelak, bila tibanya saat perhitungan, diri ini tak akan boleh berkata-kata lagi. Jika sekarang, apa yang terjadi boleh dinafikan dengan hebat, boleh diajukan pelbagai perkataan yang tersurat dan tersirat, tapi di hari perhitungan kelak, mulut akan terkunci, yang akan berbicara ialah anggota badan. Kaki akan berbicara ke mana ia melangkah sewaktu di dunia, tangan akan berbicara apa yang dilakukan sewaktu di dunia. Dan ia akan mengadu adakah anggota badan telah sempurna ditutup auratnya sewaktu di dunia. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang. Mungkin sudah berkali-kali Allah berikan petunjuk melalui bayangan yang sering diri ini gambarkan setiap kali kudus doa yang membuatkan air mata menitis di pipi, di setiap langkah yang dihayun dan di setiap lena dibuai mimpi. Gambaran tentang bila berlakunya hari perhitungan itu. Diri ini terfikir di manakah layaknya diri ini berada. Diri ini terfikir tentang insan-insan yang disayangi, dapatkah bersama-sama mereka di syurga nan indah. Lalu, pada suatu hari, diri ini akhirnya faham akan segala petunjuk itu. Mungkin itulah caranya Allah menghadirkan rasa kekuatan dalam diri ini. Syukran Ya Rabb!
Kekuatan dalam diri ini bertambah apabila seorang sahabat berkata, "Sampai bila awak nak fikirkan tentang manusia. Manusia tak akan pernah puas dengan apa yang kita lakukan. Lakukan demi Allah. Lakukan yang sebetulnya." Syukran ya ukhti atas kata-kata perangsang itu. Lantas, apabila kekuatan sudah hadir dalam diri, berkat ibu bapa juga tak dilupa.
"Assalamualaikum ma. em. kakak nak cakap sesuatu."
"Apa dia sayang?"
"Ma, kakak nak berubah. Kakak nak pakai tudung labuh, boleh?"
"Alhamdulillah. Sejuk ma dengar kakak cakap macam ni. Apa yang baik untuk kakak, ma dan abah akan sokong sayang."
" Thanks ma. Doakan kakak istiqamah ya."
Stigma bertudung labuh. Ada yang bertanya, "Awak, awak ni sekolah agama ke?"
Tatkala diri ini mendapat soalan sebegini, senyum masih terukir di bibir. Tidak, diri ini bukanlah aliran sekolah agama. Tapi, tak perlu menunggu untuk bersekolah di sekolah agama untuk menurut apa yang telah disyariatkan Allah SWT, kan? Untuk melakukan yang terbaik demi Allah, itu perlu pada semua umat Islam.
Stigma bertudung labuh juga, "Mesti alim ni. Ustazah ke?"
Diri ini anggap, itu adalah sekudus doa dari insan yang bertanya. Untuk mengatakan seseorang itu alim, bukanlah tugas kita kerana yang layak untuk judge hanya Allah SWT. Mungkin seseorang nampak baik secara zahirnya, tapi batinnya, hanya Allah SWT yang tahu. Ya, persoalan di atas, biarlah itu Allah yang menilainya, ya? Diri ini bukan ustazah, jauh sekali bukan. Dengan bertudung labuh juga diri ini bukanlah sempurna apatah lagi nak tunjuk bagus *nauzubillah, tapi dengan bertudung labuh ini, diri ini cuba sebaik mungkin untuk terus mencari sinar Allah SWT, diri ini cuba sebaik mungkin untuk meniti titian hijrah. Semoga yang lebih baik akan menanti. Doakan, ya? Tudung labuh ini juga dapat menjaga diri ini dan mengingatkan diri ini untuk melakukan yang terbaik setiap masa. Ditegaskan sekali lagi, diri ini tidak sempurna kerana diri ini masih meniti titian hijrah. Jika diri ini ada khilaf, sila betulkan, ya?
Hidayah Allah datang dalam berbagai cara. Subhanallah~
doakan diri ini terus istiqamah, ya?
Wahai ukhti, dirimu amat disayangi Allah SWT.
Hargailah kecantikan yang telah Allah berikan kepada mu ya ukhti.
Kecantikan untuk zauj (suami) yang dinanti bukan untuk semua lelaki.
cintaHati: ini adalah last entry dari ieka buat masa ni kerana ieka nak focus untuk final exam minggu depan.
doakan ieka dapat tempuhi final exam dengan baik ya? Di kesempatan ini, ieka nak minta maaf atas semua salah silap, sama ada yang ieka sedar mahupun tak sedar. Jika sesiapa ada terasa dengan ieka atau ieka ada hutang apa-apa, silalah beritahu melalui medium apa sekalipun (ie: text di phone, facebook, email atau blog).
sayang anda semua ^^
jadual exam:
isnin : OSPE paper. (30 stations)
selasa : MEQ paper. ( 2 Paper consist a few themes)
Khamis : EMQ paper ( 150 Questions)
All the best MBBS Phase 1~ Semoga Allah permudahkan urusan kita.
kata-kata yang selalu di ingatan ieka, "biasakan yang betul, betulkan yang biasa." mssbk~
Jaga diri. Jaga iman. Jaga solat. Jaga hati.
Salam ingatan ikhlas dari hati.
4 comments:
alhamdulillah, smoga kita terus istiqomah insyallah!!! >.<
"bukan nak tunjuk baik tapi kita usaha untuk menjadi lebih baik"
InsyaAllah :)
waa congrats ieka(: alhamdulillah
seronok tengok ika..
perasan jugak ika dah lain..
just happy dalam hati je bila tengok..
doakan kita sama macam ika jugak <3
k.azie :)
insyaAllah k.azie. sama-sama kita doakan yang terbaik. <3
Post a Comment