CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 Apr 2012

di mana cahaya itu?

 :: Assalamualaikum ::

gambar sekadar hiasan ihsan encik google~



sungguh malang
jika diri merasa bergemerlapan
sedangkan warna sekeliling pekat kehitaman
dilingkari kegelapan
tiada cahaya kesedaran
terusan dalam dunia bawah tempurung.

sungguh menyedihkan
jika diri merasa penuh pengetahuan
sedangkan mata buta tentang adab sopan
dikaburi ketaksuban
akal dipinggirkan
terusan dalam dunia tanpa cahaya iman.


..................................................

tik tok tik tok tik tok!

masa berjalan dengan pantas...

tanpa menghiraukan jeritan-jeritan kecil...

"oh masa! tolonglah berhenti!!"

"24 jam? mana cukup?!"

ya, itulah manusia.

hakikatnya, tak pernah merasakan cukup dengan apa yang ada dalam hidup. jarang mengatakan kalimah syukur atas segala nikmat..

sebaliknya....

"argh! aku nak itu. aku nak ini! kenapa aku tak dapat?!"

"kenapa orang lain lebih baik dari aku? Allah tak adil!"

Astaghfirullah...

Sedarlah wahai insan. sedarlah! bangkitlah! bukalah matamu dan lihatlah alam yang sangat indah. renunglah segala nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Nikmat kasih sayang, nikmat kesihatan, nikmat nyawa. Banyak!

Tak terhitung wahai saudaraku!

Tapi kita masih tak dapat melihat cahaya itu.

Cahaya yang sangat terang.

Cahaya yang cukup untuk menerangi hidup sekalian umat.

kenapa? mengapa?

kerana kita terlalu tenggelam dalam kegelapan yang sangat pekat. Tenggelam dengan badai rasa sendiri yang kian membutakan.

Dan ya..

kegelapan itu membutakan!

membuatkan kita merasakan bahawa dunia ini indah sehingga kita lupa untuk mengorak langkah mencari cahaya itu. 

Tenggelam dalam gelora wahan!

Astaghfirullah.

Di manakah hati kita? 

Kenapa kita semakin lupa?

Kegelapan yang menutupi cahaya!

Ya ukhti! Ya akhi! 

Ayuh kita sama-sama cari cahaya itu!

Cahaya yang hakikatnya ada di sebalik kegelapan, di sebalik kelekaan kita mengejar duniawi.

Usah alirkan air mata  jika hakikatnya itu adalah air mata tanpa erti!

Ayuh bangkitlah pemuda aset Islam! 

Di mana cahaya itu? 

Cahaya itu ada di hadapan, di belakang, di kanan dan kiri kita... setiap masa! 

ikhlas dari hati seorang makhluk ciptaan Ilahi ....

lihatlah cahaya itu yang ada di sebalik pekatnya kegelapan.



Salam sayang ikhlas dari hati.

0 comments:

Post a Comment