:: Assalamualaikum ::
Alhamdulillah, weekend lepas, ieka dapat menghadiri program yang diberi nama iFEST di Universiti Teknologi Petronas yang terletak di Tronoh. Tambah mengujakan, sahabat ieka nun jauh dari Sungai Buloh sana datang ke Ipoh untuk sama-sama ke UTP dengan ieka. *sobsobsob* sampai sekarang masih happy lagi sebab dapat jumpa Cik Fatimah Abdullah :) She is such a sweet and pretty girl. Program tu berlangsung selama 2 hari iaitu hari Sabtu (31 Mac 2012) hingga Ahad (01 April 2012). Jom jom ieka share apa yang berlaku semasa program.
Disebabkan ieka ni masih di bawah status lesen 'L' (hehehe), jadi ieka hanya mampu bawa Cik Fatimah ke Tronoh dengan menaiki bas Roadways yang amat tidak menyelesakan tapi alhamdulillah, dapat sampai juga ke UTP dengan selamat. Itu yang penting, kan? Setelah lebih kurang 45 minit perjalanan, akhirnya sampailah kami berdua ke UTP. Kome pernah pergi UTP tak? Ha, UTP ni sangat cantik, tahu? Sangat luas dan sangatlah berbeza dengan kolej ieka (it's okay!). Daripada pintu masuk utama untuk ke Dewan Canselor memanglah sangat jauh. Awal-awal lagi ieka dah pesan pada Cik Fatimah, " Imah, kena jalan jauh sikit ya. Sorry ya." (serious, rasa nak nangis masa cakap ni). Tapi, Allah itu Maha Penyayang. Alhamdulillah, Allah SWT telah buka hati seorang pakcik untuk menumpangkan kami sehingga ke Dewan Canselor. Syukran Ya Rabb! Semoga pakcik dan keluarga dimurahkan rezeki. Sampai saja di dewan, kami terus menuju ke bilik seminar undercroft, then daftar nama. Sesi pertama ialah sesi dengan Dr. Raja Iskandar. Sesi itu diberi nama Adiwarna Perpaduan. Hebat tajuk dia, kan? Sehebat tajuknya, hebat lagi pengisian yang diberi.
Melalui sesi pertama bersama Dr. Raja Iskandar, ada persoalan yang muncul, iaitu:-
a) Apa yang membezakan kita yakni umat Islam dengan penganut agama lain?
(terkebil-kebil) cepat, sila gunakan minda yang telah dikurniakan oleh Allah. Betapa istimewanya kita kerana berada dalam Islam, dipayungi dengan satu agama yang syumul. Islam itu bukan hanya terletak pada perkahwinan sahaja, atau pada ibadah haji dan umrah sahaja, atau pada pemakaian tudung sahaja. "Eh, yeke?" Iyelah sayang sekalian. Jika kita mahu kata Islam itu hanya pada perkahwinan. Lihatlah agama lain, mereka juga ada cara nikah kahwin masing-masing. Tapi, Islam itu adalah ad-deen yakni cara hidup. Kenapa cara hidup? Hal ini kerana Islam merangkumi pelbagai sistem yang cukup lengkap dengan sistem munakahatnya, sistem muamalatnya, sistem kewangannya, sistem politiknya dan pelbagai lagi. Cukup lengkap! Subhanallah~ Betapa indahnya Islam.
Lihatlah rentetan Sejarah Islam. Pada zaman Rasulullah SAW, umat Islam adalah hanya 20% dan selebihnya ialah bukan Islam. Tapi, Rasulullah berjaya wujudkan satu daulah Islamiyyah yakni satu kerajaan yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Hukum-hukum Islam dijalankan walaupun umat Islam bukanlah golongan majoriti.
Don't just see something from its surface, but see beyond that.
Sesi kedua ialah slot Ketika Hati Merenung Hakikat oleh saudara Mohd. Hafizi. Melalui slot ini, kami ditayangkan dengan movie Hafalan Shalat Delisa. "hamboih! ceramah pon tengok movie ke?" ops, jangan cepat komen negatif ye adik-adik. Movie ni bukanlah movie entah apa-apa yang takde mesej, sebaliknya movie ni sarat dengan mesej. Sangat sarat sampai ramai yang mengalirkan air mata. Tak percaya? Cer kome tengok sendiri. Klik sini ya, Hafalan Shalat Delisa. Antara moral value yang ieka dapat melalui movie ni ialah tentang pentingnya ukhuwah kekeluargaan yang berlandaskan kerana Allah SWT. Mereka sering solat secara berjemaah. Indah, sangat indah. Seterusnya ialah pembentukan nilai agama sejak kecil lagi. Walaupun Delisa masih kecil, tapi Ummi Salamah telah mengajarnya solat dengan betul, menggalakkan dia untuk menghafal bacaan solat. Bak kata pepatah melayu, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya.' Ya, memang betul. Nilai jati diri yang kuat dapat dibentuk dengan menerapkan pemahaman agama yang kukuh sejak kecil lagi. Jadi, anak-anak takdelah nak cepat terpengaruh dengan gejala yang tak berapa elok. Macam apa yang berlaku di zaman globalisasi ni. Macam-macam kes. Buang anak lah, sumbang mahram lah. (geleng kepala). These are such serious issue! Bayangkan, jika isu ni tak ditangani dengan pantas, bagaimana kita nak bantu untuk bangunkan Islam? Saudara nun di Syria sana berjihad untuk tegakkan Islam, tapi kita? Masih perlu menangani isu ni. (sedih!). Third, melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah. Hanya Allah yang boleh membantu kita. Jika dia senangkan sesuatu perkara, maka senanglah. Tapi jika dia susahkan sesuatu perkara, maka susahlah. Ha, jadi macam mana kita nak dapat kesenangan dalam urusan tu? Lakukannya dengan ikhlas kerana Allah. Macam mana kita nak dapat petunjuk jika ada barrier antara kita dengan Allah? Tepuk dada tanya iman. Last but not least, sampai satu titik, kita akan penat tapi apa yang penting jangan lelah untuk terus bermujahadah. Jalan menuju redha Allah itu tak senang. Sila lihat header di atas. Atau boleh baca di bawah. (hee, peace!)
bear in mind~
Slot ketiga ialah Memahami Ekonomi Islam Dalam Orde Baru Dunia oleh Ustaz Zaharudin Muhamad. Mula-mula nampak tajuk ni, apa yang fikir ialah, "huh? ekonomi? kena ke ambil tahu pasal ni.. errr tak minatlah." Tapi, bila dah dapat pengisian dari ustaz, barulah ieka sedar betapa pentingnya untuk ada pengetahuan tentang hal ini. Zappp!! Rasa teruk sangat sebab ieka boleh anggap benda ni tak penting. Mentang-mentang ambil medic, maka ekonomi tak penting. Teruknya ieka! Ubah persepsi anda wahai ieka! Ya, sekarang kita rasa senang sebab keperluan kita semuanya cukup. Tapi ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kesenangan itu. Kita perlu sedar yang negara kita adalah berasaskan sistem kapitalis. Siapa yang mahu lebih kefahaman tentang sistem ni bolehlah lihat di sini, Sistem Kapitalis. Apa yang ieka faham melalui slot ini ialah kita dapat mengelakkan macam perkara melibatkan ekonomi dengan mengubah dari menggunakan sistem kapitalis ini kepada sistem Islam.
sahabat masa di SSP :)
Cik Fatini dan Cik Fatimah
Tag :)
Slot ke empat merupakan slot yang paling mendapat sambutan. Mujhe Dosti Karoge. Itulah tajuk slot ni. Serious, sangat ohsem dengan kehadiran pasangan suami isteri yang manis iaitu Dr. Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha. Ha, meh ieka ceghite sikit tentang pasangan manis ini. Dr. Farhan Hadi ialah seorang doktor dan juga novelis. Antara novel karya beliau ialah Denyut Kasih Medik dan Palestin Kami Datang. Isteri beliau, ustazah Fatimah Syarha yang sangat cantik juga merupakan seorang novelis. Antara karya beliau ialah Tautan Hati, Sebarkan Cinta-Mu dan Syabab Musafir Kasih. Ieka dah baca novel mereka (even tak semua), dan bagi ieka novel mereka sangat best. InsyaAllah, dari masa ke masa ieka akan cuba baca kesemua novel mereka. Antara pengisian slot ini ialah cara untuk melamat wanita. Menurut Dr. Farhan Hadi, cara yang paling disyorkan ialah dengan ikut cara Rasulullah SAW. Apabila sahabat Khadijah datang kepada Rasulullah untuk memberitahu tentang isi hati Khadijah, Rasulullah terus meraikan ahli keluarga baginda dengan memberitahu mereka tentang Khadijah. Then, Rasulullah terus berjumpa dengan wali Khadijah. Jika kita ikut cara yang dianjurkan Islam, insyaAllah permulaan yang berkat akan terus berkat di alam perkahwinan nanti. Bagi para mujahidah pula, apabila telah datang lamaran dari rijal yang baik agamanya, maka terimalah dia. Tapi, kita juga berhak menolak jika ada yang lebih baik. Kita berhak untuk merisik perihal lelaki terbabit melalui ahli keluarga atau sahabat dia. Dr. Farhan Hadi turut mengatakan, aspek yang paling penting untuk dilihat ialah aspek agamanya. bukanlah kita tak boleh nak listkan aspek lain, tapi biarlah agama itu mengatasi segalanya. Hal ini kerana agama itu akan menjamin kebahagiaan di alam rumah tangga nanti. Dengan agama yang baik, segala yang kurang sempurna akan kelihatan sempurna. Turut ditekankan ialah konsep menjadi daripada mencari. Allah SWT telah menetapkan jodoh untuk kita. Cepat atau lambat jodoh itu pasti tiba. Lumrah manusia, pasti kita mahu yang baik. Jadi, untuk mendapatkan yang baik, kita harus jadi baik terlebih dahulu. Dan bila masanya tiba, jodoh itu akan datang juga tanpa perlu kita terhegeh-hegeh mencari. "Eh, tak perlu usaha ke?" Konsep menjadi itulah usaha kita sebenarnya. InsyaAllah :)
Program yang sangat ohsem! :D
cintaHati: alhamdulillah, dapat jumpa sahabat lama masa di SSP setelah tiga tahun tak jumpa. and yes, mssbk, thanks!
Salam ingatan ikhlas dari hati :)
0 comments:
Post a Comment