:: Alhamdulillah ::
Alhamdulillah, di pagi yang indah ini, ieka menyempatkan juga diri ini (even notes pharmacology tengah menunggu) untuk mencoret secebis patah untuk ieka kongsi rasa syukur, rasa tenang dan gembira yang bersarang dalam hati ini. (ooppps! bukan final oke? masih cuak dengan final nanti (>.<") )
Inilah apa yang ieka maksudkan. U.S.R.A.H. Ha, tahu tak apa ni usrah? Usrah atau bulatan gembira ini ialah satu kumpulan mukmin yang menolong antara satu sama yang lain untuk sama-sama menghayati Islam. Indah bukan? "Errr. indah ke? tak tahu lah saya." Ahha! If anda tak tahu, maka apa kata cuba intai-intai, kenal-kenal dengan usrah. Orang kata, tak kenal maka tak cinta kan? Bila dah kenal? Ha, itu jawab la sendiri ya adik-adik semua. Takpe, sebelum kamu semua mendapat jawapan untuk persoalan ini (dengan pengalaman sendiri), jom ieka cerita tentang pengalaman ieka bila dah terlibat (secara serius ye adik-adik bukan cobaan) dalam angkatan usrah atau bulatan gembira ni.
Dulu, di sekolah menengah, both of my secondary schools, ye, memang ieka ada dilantik menjadi naqibah. Tapi, sesi pertemuan itu hanyalah sekadar diisi dengan tadabbur al-Quran ,sedikit pengisian hadis-hadis sahih dan cerita-cerita. Ya, ieka dah kenal apa erti usrah ketika itu tapi penghayatan tentang betapa indahnya usrah itu masih belum menyeluruh. Kalau diberikan percentage mungkin hanya 50%. Ya Allah, jika difikirkan balik, betapa ruginya ieka kerana tak menggunakan peluang itu sebaik mungkin untuk mengenali dan mencintai bulatan gembira. Oke. jangan keliru ye adik-adik. Bulatan gembira tu juga kan nama bagi usrah. Kenapa bulatan gembira yekk? Kerana biasanya, usrah dijalankan dalam bentuk halaqah (bulatan) dan bila dah berhalaqah maka hati-hati kami akan gembira kerana dapat bertemu dengan akhwat tersayang dan dapat mengisi hati kami dengan makanan rohani. Subhanallah~
Okay, back to the story oke. Ye, ieka rasa sangat rugi. Tapi, alhamdulillah, Allah SWT itu Maha Penyayang. Allah SWT itu amat sayang akan hamba-hambaNYA. Ada sedikit pengisian dari akhwat semasa sesi bulatan gembira semalam tentang betapa cinta dan sayangnya Allah SWT kepada manusia. Ceghitenya macam ni ye adik-adik, walaupun seseorang itu (not yet muslim) tengah bertarung dengan sakaratul maut, jika mulutnya menyebut "Tuhan, tolonglah aku!" (which refer to their God), Allah SWT akan menolong mereka. Sebab itulah, ketika Firaun tengah diazab (ingat tak ceghite tentang kisah Firaun?), Jibrail memasukkan pasir ke dalam mulut Firaun supaya dia tak dapat meminta pertolongan Allah kerana Jibrail tahu jika Firaun meminta tolong dengan menyebut "Tuhan, tolonglah aku!", Allah SWT akan menolongnya. (sebak sewaktu mendengar perkongsian ni. Thanks akhwat!) Alhamdulillah, kerana Allah SWT telah buka pintu hati ieka untuk mengenali dan mencintai bulatan gembira ni. Syukran Ya Rabb. Sungguh, ieka tak dapat menggambarkan pada kalian betapa hati ieka rasa tenang dan gembira setelah berbulatan gumbiraaa ni.
Masih ingatkah lagi tentang 'janji' syaitan? Dia berjanji akan menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Ya, pertempuran antara manusia dengan syaitan itu hanya akan tamat bila kiamat sudah tiba. Tengok, betapa jahatnya syaitan yang ingin menyesatkan kita dan ingin menjauhkan kita dari Allah SWT. (ish ish ish). Untuk lebih faham tentang ayat ini, cuba lihat surah an-Nas ayat ayat 4 hingga 6. Sifat syaitan itu adalah datang dan pergi. Ya, tengok, betapa pengecutnya syaitan ini. Dia datang ketika kita jauh dari Allah SWT dan akan pergi ketika hati kita dekat pada-NYA. Jadi, macam mana nak bertempur dengan syaitan ni? Caranya ialah dengan dekatkanlah hati kita dengan Allah SWT. Salah satu caranya ialah dengan BERBULATAN GEMBIRA. tapi ada syarat juga, iaitu hati kita hendaklah ikhlas untuk mencedok segala ilmu dan pengisian yang akan mendekatkan hati kita pada Allah. pada masa yang sama, kita hendaklah sama-sama berdoa pada Allah agar dia menetapkan hati kita untuk kekal dalam jalan mujahadah ni kerana hanya Allah yang berhak memegang hati kita, dan hanya Allah jualah yang berhak membolak-balikkan hati kita. Iman, yang terkandung dalam hati kita kan turun naik, fluctuate bagai kan, jadi sebab itulah kita kena selalu berdoa dan berzikir.
" Dan sekiranya Kami tak memperteguhkan hatimu, nescaya engkau hampir sahaja condong sedikit kepada mereka." 17:74
Perkongsian ieka di sini, bukanlah nak bajet bagus ke haper (sebab, ieka pun masih mencari sinar mujahadah), nobody is perfect kan, tapi ini sekadar perkongsian rasa dan pengalaman ieka. Ieka masih ibarat kanak-kanak yang masih lagi belajar. Masih banyak yang perlu ieka cedok untuk isi hati ieka. Masih banyak yang perlu ieka lakukan untuk istiqamah dalam jalan ini. InsyaAllah. Moga segalanya dipermudahkan. Akhwat bulatan gembira (rumah oreo. he.he.he) dan juga akhwat Hadiqatul Jannah yang sangat ohsem, ieka sayang kamu semua ^_^ Ukhhuwah Fillah, insyaAllah.
How can I forget if you are the one who makes me smile.
Syukran Ya Rabb~!
Apa pun yang terjadi tetapkanlah hati ini.
cintaHati:
::luahkanlah pada Allah kerana Allah sentiasa ingin mendengar luahan hati kita. ::
:: Carilah DIA di setiap calit noda yang telah membuatkan hati kita buta yang telah membuatkan hati kita mati dari melihat keagungan cinta Allah, kerana Dia sentiasa ada.::
:: Kita selalu nampak kekasih hati kita yang jauh di mata, tetapi kita sering lupa kekasih sejati kita (Allah) yang amat dekat dengan kita seperti jugular vein kita. (if tak silap, perumpamaan betapa dekatnya Allah)::
Salam ingatan ikhlas dari hati
until i love until you love until we love
0 comments:
Post a Comment