:: Assalamualaikum ::
Apa khabar iman? Apa khabar hati? Moga-moga semuanya okey saja :) InsyaAllah.
Alhamdulillah, hari ni adalah hari yang sangat ohsem. Syukran Ya Rabb. Ingat tak ieka pernah tulis entry tentang odyssey seorang khalifah yang menekankan tentang perubahan. Tak ingat? Okey merajuk 5 saat. (kidding) Dah berapa kali ieka cuba ubah jadual hidup ieka. acece. Siap jadual bagai ni. Yela, kalau nak teratur kenalah ada jadual. Tak percaya? Silakan cuba. Jadi nak dijadikan ceghite, sejak dari SSP dulu lagi dah jadi tabiat ieka untuk tidur lambat. Kadang-kadang tak tidur langsung apabila subjek yang ditelaah memerlukan fokus yang lebih. Hasilnya, terjadilah kesembapan mata dan keletihan dek tak cukup rehat. Juga kekesalan disebabkan terlepas untuk menunaikan solat tahajjud. Alhamdulillah, semalam ieka berjaya tidur awal dan bangun awal. Walaupun kuantiti masa tidur itu sama saja, tapi kualitinya sangat berbeza. Sebab pertama, ieka rasa lebih segar dan bersemangat. Mungkin disebabkan mindset.Sebab yang kedua, dapat meluangkan masa untuk menunaikan solat sunat tahajjud dengan lebih tenang. Sebab yang ketiga, dapat menghirup udara segar dengan berjogging di pagi hari. Ohsem kan? Ha, bagi sesiapa yang ada tabiat tidur lambat macam ieka, bolehlah try perubahan ini okey.Frankly speaking, I love this change. Harap-harap dapat kekal macam ni. Jadi takdelah lagi gelaran 'mata panda' ye adik-adik semua :)
Tanggungjawab dan amanah.
Dua keyword yang sangat dalam maknanya. Siapa yang kurang tahu tentang maksud perkataan ni bolehlah merajinkan diri untuk membelek kamus dewan ye. (hehehe) Make sure edisi yang terbaru oke. Dalam melayari bahtera kehidupan, kita tak dapat tolak daripada diberikan satu tanggungjawab dan amanah untuk dipikul. Walaupun ianya hanya tanggungjawab yang kecil seperti ketua kebersihan dalam bilik darjah. (hehehe) Dan walaupun tanggungjawab itu hanya kecil, kita tak boleh pandang enteng. Haruslah dilakukan dengan penuh tertib dan menjaga tanggungjawab itu dengan baik. Ketahuilah, kita akan diminta ke-tanggungjawab-an di akhirat kelak.
Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 161 yang bermaksud : " Tidak mungkin seorang nabi mengkhianati dalam urusan rampasan perang itu, maka pada hari kiamat dia akan datang membawa apa yang dikhianatinya; kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal, sedangkan mereka itu tidak teraniayai ".
Ha, bagi yang masih tak nak mengaku bahawa mereka ada tanggungjawab tu, renung-renungkan hadis ni.
Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.
Ieka ingin highlight-kan ayat "Kamu sekalian adalah pemimpin." Ya, kita semua adalah pemimpin. Pemimpin kepada siapa? Kepada diri kita sendiri. "Eh, mengarutlah ieka ni. Buat apa nak pimpin diri sendiri?!" Sabar ye adik-adik semua. Jangan tarik muka masam dulu. (senyum senyum selalu ^^) Okey. Ieka bagi contoh di sini ya. Ieka adalah seorang mujahidah as known as seorang muslimah *semua tahu fakta ini (hehehe) InsyaAllah, suatu hari yang telah ditetapkan Allah SWT, akan hadir seorang rijal yang bakal melamar ieka untuk dijadikan zaujah dalam hatinya, untuk dijadikan ummi kepada anak-anaknya. hati bunga-bunga sudah. Siapakah gerangannya? acece. (hehehe) Siapa gerangannya kita KIV dulu sebab ieka pun tak tahu. Okey, let's continue. Bayangkan, jika ieka gagal untuk memimpin diri ieka yakni diri ieka tak ada nilai akhlak yang baik, dan jika ieka tak jaga amanah Allah SWT untuk jaga hubungan dengan Allah SWT yakni beribadat kepada-NYA, macam mana ieka nak wujudkan satu keluarga yang mendapat redha Allah SWT? Macam mana ieka nak pimpin anak-anak ieka nanti? Who would expect a person who failed in guiding their own self to guide others? Angguk-angguk geleng-geleng. Tepuk dada tanya iman. Ieka percaya pada prinsip di mana kepimpinan yang baik adalah bermula dari diri sendiri. Jadi, tiada alasan kerana kita memegang amanah Allah SWT terhadap diri kita sendiri juga. Usah difikirkan amanah yang lebih besar jika nyatanya diri sendiri tak terjaga. eh, betul ke? (ngee~)
Ada satu cerita di mana Saidina Umar telah meminta seorang budak pengembala kambing untuk menjual seekor kambing milik tuannya kepada Saidina Umar. Kalau difikirkan, jual je la kan? apa susah, seekor saja pon. (ish tak boleh!) Tapi, budak tu amat amanah dengan tanggungjawab yang dipikulnya. Walaupun dipujuk beberapa kali oleh Saidina Umar, dia masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjual kambing tu. See, betapa amanahnya budak tu. Saidina Umar menangis lalu membeli budak itu daripada tuannya lalu berkata, "Sejak hari ni engkau bebas di dunia dan engkau akan lapang di akhirat." Sedangkan di dunia, kita akan mendapat balasan baik jika kita amanah, inikan pula di akhirat, tak dapat terbayang ganjaran Allah SWT. Subhanallah~
Bagi yang masih takut-takut untuk memegang satu tanggungjawab atau amanah, yakinlah bahawa Allah telah memilih kita kerana kita layak untuk mendapatnya. Buangkan rasa takut tu dan jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Jangan pecah amanah. Buktikan bahawa umat Islam hebat. Itu juga adalah salah satu amanah kita untuk naikkan nama Islam di mata dunia. InsyaAllah :) Ketahuilah juga, jika kita tak memikul amanah dan tanggungjawab tadi dengan baik, semestinya kerosakan akan terjadi. Sambungan contoh ketua kebersihan di atas, jika si polan terbabit sambil lewa kerana baginya, "ala, ketua kebersihan je pon, bukan ketua pengawas ke haper", boleh adik-adik semua bayangkan bagaimana keadaan kelas tu nanti? mungkin levelnya bawah sikit dari gedung sampah. Semestinya rakan-rakan ada yang skip duty sebab si polan tu tak pantau kan? Tak ke namanya kerosakan berlaku di situ. Rosak pandangan, rosak mood nak study dan macam-macam lagi la. So, don't under estimate the work given to you oke?
Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. digambarkan bahawa kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya. Hadis tersebut yang bererti : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., bertanya tentang " bilakah terjadi kiamat ". Rasulullah s.a.w. menjawab : yang bermaksud : " Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu. Orang itu bertanya lagi : Bagaimanakah keadaan itu berlaku ? jawab Rasulullah s.a.w. : " iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan).
To make a history or to become history, it's all up to our choice. So, choose well ya?
pssst, ieka nak kongsi satu berita gumbiraaa. Tadi dapat call dari ma ieka. nak tahu apa dia cakap?
(hehehe) lompat-lompat macam kanak riang sudah tadi.
ma ieka cakap, insyaAllah minggu depan dia dan family teeet akan datang sini.
nak jumpa budak yang tengah homesick plus nak kasi semangat untuk final exam.
Sayang anda semuaaa~
Salam ingatan ikhlas dari hati
0 comments:
Post a Comment