:: Assalamualaikum ::
sumber: mr google.
Sahabat
Seberapa pantas untuk kau kutunggu
Sebagai teman kala perjuangan
Mungkin saja jasad berjauhan
Mungkin saja mata tak kelihatan
Mungkin saja suara tak kudengarkan
Namun hati seteguh batu
Rasa berdekatan dengan roh keimanan
Seberapa pantas untuk kau kutunggu
Sebagai teman kala perjuangan
Mungkin saja jasad berjauhan
Mungkin saja mata tak kelihatan
Mungkin saja suara tak kudengarkan
Namun hati seteguh batu
Rasa berdekatan dengan roh keimanan
Bangganya
Hanya kau tempat kuandalkan
Segala kelemahan dalam berjuang
Tika putus asa semakin hampir
Kau mengingatkanku kehadiran Tuhan
Allah yang Maha Pengasih
Allah yang Maha Penyayang
Ku adukan kepadamu
PERJUANGAN INI PAHIT
Kau balas ucapanku
BUKANKAH SYURGA NANTI MANIS?
Hanya kau tempat kuandalkan
Segala kelemahan dalam berjuang
Tika putus asa semakin hampir
Kau mengingatkanku kehadiran Tuhan
Allah yang Maha Pengasih
Allah yang Maha Penyayang
Ku adukan kepadamu
PERJUANGAN INI PAHIT
Kau balas ucapanku
BUKANKAH SYURGA NANTI MANIS?
Syukur dan segala puji dilimpahkan ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi dapat bergelak tawa dengan yang tersayang, selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, walaupun sedang kepeningan menghadap Anatomy dengan tajuk Embryology and Fetal Growth Development ni, jari jemari masih lagi gagah untuk menulis sepatah kata di ruangan blog ni. Ha, ingat lagi tak Ieka pernah buat promo before ni? Tak ingat? Cubit diri sendiri. hehe ni dia promo.
Jadi, insyaAllah, Ieka nak share tentang satu tajuk yang berkait rapat dengan diri Ieka, diri kamu dan diri kita semua iaitu tentang Ukhuwwah fillah.
Apa tu ukhuwwah fillah ea?
Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali,
Ukhuwah merupakan nikmat suci yang menyinari hati yang diredhai Allah dan diiringi dengan keimanan. Nikmat ini akan kita rasai jika kita benar bersahabat secara ikhlas dan dilandasi dengan keimanan. Tak boleh nak gambar dengan kata-kata nikmat ini, cuma orang biasa merasai akan tahu nikmatnya. Walaupun kita berjumpa pertama kali, tidak memerlukan pengenalan atau pendahuluan kerana jiwa dan hati, dalam beberapa saat sahaja boleh dipenuhi dengan perasaan ukhuwah. Jaringan rahsia ini seakan-akan menguasai hati orang mukmin yang tidak pernah berkenalan sebelumnya, ikatan ukhuwah fillah ini amat hebat, ia amat memberi kesan yang mendalam. Ukhuwah tanpa keimanan hanya merupakan pertemuan kerana kepentingan sesuatu dan saling bertukar budi sahaja.
Ieka ingin sekali mengajak semua sahabat Ieka agar kita mendalami maksud ukhuwah fillah dan insyaAllah kita sematkan dalam persahabatan kita dengan sahabat-sahabat kita. Kerana apa? Kerana nikmat perasaan berlandaskan tinta kata u.k.h.u.w.a.h itu sangat hebat. Ini bukanlah jaringan ukhuwah yang biasa, tapi ialah hubungan ukhuwah fillah. Alhamdulillah, Ieka dah merasai nikmat ni dan harap-harap nikmat ni tak akan hilang. Sentiasalah berdoa pada Allah SWT agar DIA menyirami hati kita dan sahabat kita dengan rasa sayang kerana-NYA.
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
Sebenarnya sahabat Ieka sekalian, ada beberapa jenis ukhuwah. Ieka ingin simpulkan tiga daripadanya. Yang pertama ialah ukhuwah yang hanya dijalinkan atas dasar keseronokan semata-mata seperti rupa, wang dan sebagainya. Jalinan ukhuwah berasaskan yang pertama ini bolehlah kita sifatkan sebagai hubungan duniawi semata-mata. Yang kedua ialah demi kepentingan diri sahaja. Habis madu sepah dibuang. Itulah perumpamaan yang boleh kita kaitkan dengan jalinan ukhuwah yang kedua ini. Yang ketiga ialah berasaskan iman dan taqwa kepada Allah SWT. Renungkan, tanya sama hati, ukhuwah mana yang menjadi dambaan hati?
Untuk mendapatkan sahabat sejati, kita haruslah menjadi salah seorang daripadanya dahulu :)
Ayuh, kita taya diri kita, sudahkah kita menjadi sahabat yang baik? #pertanyaan untuk diri sendiri juga. Jika sudah, alhamdulillah. Ucapkanlah syukur kepada Allah SWT kerana DIA mengizinkan kita untuk menjadi sahabat yang baik, sahabat yang menyenangkan. Tapi jika tidak, bagaimana untuk menjadi sahabat yang baik itu? Think think think~!
Sahabat yang baik akan sentiasa ada untuk kita, through thick and thin.
so shuweeet~! ^_^
Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menjadi sahabat yang baik. Tapi Ieka ingin tekankan salah satu daripadanya. Satu yang tidak semua orang ada kekuatan untuk melakukannya. Satu yang tidak semua orang dapat melakukannya dengan cara yang betul. Dan satu itu ialah......
Menegur sahabat.
Ya. Bila bercakap tentang perihal menegur, semua orang pasti gelabah semacam. "Eh, awaklah yang pergi." kata si A. "Apa pula saya. Awak lah! Dia garang macam singa. takut nak tegur." Ha, tu dia, macam singa pulak dah. huu~ Inilah kelebihan yang ada pada ukhuwah fillah. Kenapa ya? Sebab, kalau hubungan persahabatan yang dibina itu berlandaskan kerana Allah SWT, semestinya kita akan sentiasa caring dengan sahabat kita. Dan istilah caring yang dimaksudkan ialah kita tak nak tengok dia jatuh ke lembah jahiliyyah. Masih segar di ingatan Ieka tentang program ISK baru-baru ini. Akhowat pesan agar kita buang semua karat-karat jahiliyah yang ada pada kita agar langkah mujahadah kita lebih senang.
Langkah mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Itulah yang harus kita tanam dalam minda kita. Memberi teguran kepada sahabat kita, menarik dia kembali agar sama-sama mencari cahaya Ilahi bersama-sama kita, itu sendiri dikira sebagai mujahadah. Jadi, kita kena sentiasa ingat, yang menegur sahabat kita tu bukan satu perkara yang enteng tetapi bukan jua satu alasan untuk kita terus membiarkan dia.
Cer bayangkan....
Anda dan sahabat anda sedang mendaki bukit. Anda punya lah semangat dan penuh hati-hati agar pendakian anda lancar dan sampai ke puncak dengan selamat. Acece. Macam Ieka dah pernah daki bukit je? Taklah. Tapi teringin sangat. :) Okay, back to the point. Tiba-tiba anda berpaling ke belakang dan lihat sahabat anda yang anda sayang sangat-sangat hampir tergelincir. Sanggupkah anda mendaki ke puncak sendirian dan membiarkan je sahabat anda jatuh sedangkan anda dan dia boleh sama-sama ke puncak jika anda tarik kembali tangan dia?
Inilah kronologi yang Ieka nak beri. Bayangkan puncak itu ialah target kita untuk menuju Jannah. InsyaAllah :) Dan pendakian itu melambangkan perjalanan kita di dunia ini. Tapi disebabkan perasaan takut tu, kita biarkan je sahabat kita terus bergelumang dengan noda? Ya, kita pun tak perfect. Perfect is impossible thing, tapi jika nak menunggu orang yang perfect untuk tegur dia, at the end of the day pun tak akan ada. At least, jadikan teguran itu teguran untuk dia dan peringatan untuk kita. Jika kita ingat benda ni, nescaya kita tak akan rasa takut untuk menegur.
Ha? Masih lagi takut? Meh renungkan ayat ini.
"Oleh sebab itu berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat."87:9
Dan cuba bayangkan, di hari perhitungan kelak. Jika ditanya....
"Wahai si fulan binti si fulan, kenapa kamu tak tegur sahabat kamu untuk tutup aurat?"
Apa kita nak jawab?
dan jika ditanya lagi....
"Wahai si fulan binti si fulan, kenapa kamu tak ingatkan kawan kamu untuk labuhkan tudung dan jaga ikhtilat?"
Apa kita nak jawab?
Kalau macam tu... nak rangka jawapan lah!
Ingatlah, di hari perhitungan nanti, ini yang akan terjadi...
"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dulu mereka kerjakan" 36:65
Banyak cara berhikmah yang sapat kita gunakan untuk menegur sahabat kita. Melalui komunikasi, surat, menunjukkan teladan yang baik dan macam-macam lagi. Gunakanlah medium yang kita rasa paling dapat diterima oleh sahabat kita. Ieka ingin kongsikan di sini antara keadaan yang sesuai untuk kita menegur. Sebenarnya, ada seorang sahabat Ieka yang kongsikan dengan Ieka. Ada tiga keadaan dan antaranya ialah semasa makan dan semasa berjalan.
jom kita selami ukhuwah fillah. semoga kita dapat merasai kemanisan itu :)
Ieka juga masih mencari erti sebenar menjadi sahabat sejati dan mencari cahaya Ilahi.
Semoga anda juga sama. :)
Ayuh kita teruskan hayunan langkah penuh yakin.
Salam ingatan ikhlas dari hati.
Until I love Until you love until we love.
0 comments:
Post a Comment