CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

4 Mar 2012

Syahadatul Haq

:: Assalamualaikum ::

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-NYA, ieka dan sahabat-sahabat dapat ke satu program yang sangat ohsem semalam. Satu program yang diberi nama 'Syahadatul Haq' anjuran PEMBINA. Alhamdulillah, ini adalah program SEED yang kedua Ieka sertai. Apa itu SEED? Sebenarnya SEED itu adalah abbreviation kepada Siri Eksplorasi Ad-Deen. 



Kita semua sentiasa mengucapkan kalimah syahadat dalam solat kita sehari-harian.  5 kali sehari darab lah dengan hari-hari yang kita bernafas di muka bumi ni. Ha, cepat ambil kalkulator semua. Banyak bukan? Tapi sedarkah kita apa itu sebenarnya syahadatul haq? Adakah hanya sekadar ucapan bagi menunjukkan yang 'I am muslim' ? Atau sekadar memenuhi tuntutan bacaan sahaja?

Inilah sebenarnya yang dimaksudkan dengan syahadatul haq. Penyaksian atas kebenaran. "Ha? Saksi? Errr. Kebenaran? apa ini??" Bak kata ustaz semalam, umumnya semua takut untuk menjadi saksi kan, nak nak untuk sesuatu yang kita tak tahu. Tapi ini bukan pilihan kita. Kerana kita sudah memasuki pintu masuk Islam saat kita melafazkan dua kalimah syahadah. Kita sudah bersaksi atas dua komponen, iaitu penyaksian bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT dan penyaksian bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah SWT.

"Eh, saya bukannya ulama ke para tabligh ke. Buat apa saya nak susah-susah sampaikan benda ni? "
" Saya dah solat, dah tunai zakat, dah tunai haji. cukuplah tu kan??"

Jawapannya ialah tugas untuk menyampaikan syahadatul haq ini sebenarnya bukannya terbeban pada para ulama atau para tabligh sahaja tetapi ia terbeban juga di bahu kita yang telah menjadi saksi atas kebenaran ini. Ketahuilah bahawa syahadatul haq bukan sahaja sekadar solat lima waktu, mengimani kewujudan Allah SWT, melaksanakan rukun Islam apa semua. Tak. Syahadatul haq bukan sekadar itu kerana di sebalik syahadatul haq itu sendiri tersimpul satu tanggungjawab yang harus kita galas sepanjang kita masih bernafas. Ketahuilah bahawa satu masa kelak, kita akan ditanya oleh Allah SWT tentang perkara ini. Sama ada kita telah menyampaikan kebenaran atau tidak. 

Kebenaran dari siapa?

“Dan katakanlah kebenaran itu adalah dari Tuhan kamu” (Al-Kahfi 18 : 29)

Ya sahabat yang Ieka sayang sekalian, cuba bayangkan di akhirat nanti, bila kita ditanya oleh Allah SWT.

" Si fulanah binti si fulanah, kenapa kamu tak sampaikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya?"

Apa kita nak jawab? 

Sekali lagi Ieka ingin tegaskan di sini bahawa kita harus menyampaikan kebenaran kepada sahabat-sahabat kita tentang Islam agar kita tak disoal di akhirat nanti. Agar tiada peluang untuk mereka mengatakan, "kami tidak tahu!" dan agar kita dapat mengatakan, "Saya sudah menyampaikan kebenaran itu" dengan penuh yakin. Itulah tanggungjawab kita.  Tanggung jawab kita adalah untuk meletakkan kedudukan haq kembali kepada tempatnya, iaitu mengembalikan ubudiyyah makhluk kepada Khaliq (Allah) dan menundukkan taghut daripada menguasai manusia. Oleh itu, tanggung jawab syahadatul haq adalah mengembalikan manusia yang terjerumus di dalam kesesatan atau yang tertutup daripada kebenaran, kembali kepada kebenaran dan menyembah Tuhan yang satu dan mengikuti Rasulullah s.a.w.

Lihatlah kaum Yahudi yang diberikan penyaksian tentang syahadah ini sebelum kita. Apa yang mereka lakukan? Mengiyakan kepalsuan dan menidakkan kebenaran walhal mereka mengetahuinya. Dan akhirnya, mereka inilah tergolong dalam orang orang yang zalim. Mahukah kita juga tergolong dalam orang-orang yang zalim disebabkan kelalaian kita tidak menyampaikan kebenaran walhal kita sudah menjadi saksi kebenaran? Tepuk dada tanya iman.

Katakanlah: “Wahai ahli Kitab! mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan Islam, kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? “Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(Ali Imran 3 : 99)
 
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?…
(Al-Baqarah : 140)

 Tanggungjawab syahadatul haq.

Ketahuilah, yang kita adalah sebagai umat pengantara. Allah SWT telah memilih kita, jadi tak ke kita rasa yang kita ni istimewa? Ya, kita adalah istimewa namun ia akan menjadi lebih istimewa jika kita menghargainya.

Bagaimana?

Tanggungjawab syahadatul haq ini hanya akan terlaksana apabila kita menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Kita harus menjadikan hujah Allah SWT lebih kuat berbanding hujah manusia agar apabila dibangkitkan semua saksi bagi menyatakan penyaksian mereka, mereka tunduk dari menafikan bahawa kebenaran ini telah sampai ke gegendang telinga mereka. Pembahagian syahadat terbahagi kepada dua iaitu perbuatan dan pertuturan. Pilihlah medium yang kita rasakan kita dapat bawa ia dengan baik asalkan kita tak meninggalkan terus tanggungjawab untuk melaksanakan syahadatul haq ini. Tapi, tak kiralah apa jua pilihan medium yang kita gunakan, haruslah dipastika ada pembeza antara kita sebagai muslim dan mereka yang not-yet-muslim.dan apabila bercakap mengenai perbezaan ini, banyak perkara yang terjadi sekarang yang boleh menjadi hujah kepada not-yet-muslim ini tentang, " Di mana keistimewaan Islam? Sama je dengan kami semua." Kerana apa? Kerana makin ramai orang yang terlepas pandang perkara ini. Dengan segala gejala sosial, sumbang mahram yang berlaku, di mana level kita sebenarnya? Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita. InsyaAllah~ Ayuh kita letakkan kembali pembeza itu pada tahap yang nyata.

Dua medium :

* Syahadat perkataan ialah dengan menjelaskan kepada seluruh umat manusia tentang kebenaran yang telah disampaikan kepada kita melalui perantaraan para nabi dan rasul dengan lisan, perkataan atau pena.

* Syahadat perbuatan ialah dengan menjadikan kehidupan seharian kita sebagai cerminan yang membiaskan prinsip serta pegangan Islam. Action speaks louder than words, right?

Jangan hanya manis di bibir mengatakan yang ' I am a full time muslim'.
tapi laksanakan dengan menjalankan tanggungjawan syahadatul haq dan menjaga amalan ibadat kita.
Ayuh, semangat~!


bukan sekadar ucapan, tapi ia adalah tanggungjawab.

Akhir kalam...
We are not just a great speaker nor a listener,
but we are also great in our action.

Salam ingatan ikhlas dari hati
Until I love Until you love Until we love. :)


0 comments:

Post a Comment