:: Assalamualaikum ::
toktoktok~! apa khabar semua? hati sihat? iman sihat? :) InsyaAllah~
jika tak, ayuh cas iman kita okei adik manis cantik sekalian. #untuk diri sendiri juga :)
Di malam yang indah, bertemankan pupu, pinka-pinka dan cici ni, ieka nak ceghite sikit tentang satu perkara yang melibatkan dua benda. #sila mula untuk gunakan neoron anda. hehe
Antara dua..
Kebenaran dan penipuan.
Yang mana satu menjadi pilihan kita?
Ya, semestinya amat susah untuk kita berterus-terang yakni bercakap benar kerana mungkin kebenaran itu akan menyakitkan hati pihak di sebelah sana. Tapi percayalah, kebenaran adalah jauh lebih baik dari sekadar kegembiraan atau kesenangan di atas sebuah pembohongan. Cer refleks balik diari kehidupan kita. Pernah tak kita sembunyikan kebenaran dari seseorang semata-mata nak mereka gembira? #ouchie ouchie. angguk-angguk geleng-geleng sampai la tak sudah ye.
Baiklah. Ieka nak kome guna logik akal sebentar ye.
Bayangkan anda berada di situasi di mana anda TERPAKSA sembunyikan kebenaran tu. diberi situasi di sini seorang sahabat anda telah membuatkan perasaan anda terguris.
sahabat: awak, dah lama kita kawan kan? since sekolah rendah lagi. Awak tetap sama. Ingat tak masa saya sorokkan kertas ujian awak and akibatnya awak fail? .
anda: Ya , saya ingat. Kenapa?
Sahabat : awak tahu saya yang buat tapi awak tak marah saya pun. Awak tetap kawan dengan saya macam biasa. Awak tak terasa ke dengan saya?
anda: em...... tak. dah la. kita cakap benda lain. tak guna cakap perkara yang dah lepas.
Selepas perbualan di atas.
anda: Ya Allah, beratnya tanggungan perasaan yang KAU berikan kepadaku. Hanya KAU tahu betapa aku terasa dengan apa yang telah terjadi. Perkara yang telah merosakkan impian aku untuk menjadi pensyarah. Namun, aku sanggup pendam semua ini demi persahabatan kami. dan hanya KAU tahu betapa aku meragui persahabatan antara kami.
Nampak tak apa yang terjadi? Mestilah tak sebab kome semua tengah baca je. Ha, sedar tak apa yang cuba disampaikan? Tu baru betul. Grammatical error fixed~! Acece. Ya, memang jika sembunyikan kebenaran tu, semuanya akan dapat diteruskan macam biasa. Tapi sampai bila hendak bertemankan perasaan ragu-ragu yang menyala-nyala dalam diri tu. Ketahuilah bahawa perasaan ragu-ragu itu ibarat racun yang bakal merosakkan persahabatan.
Jadi, sebaiknya berterus-teranglah dan ungkaplah kebenaran walaupun ianya sepahit hempedu.InsyaAllah, jika hubungan persahabatan itu dibina kerana Allah SWT dan juga rasa ikhlas yang bersarang dalam hati, sahabat kita tu akan lebih cuba untuk menghargai kita dengan mengambil apa yang kita luahkan tu dari sudut positif untuk lebih menjadikan persahabatan itu indah. get it get it get it? #gaya teacher Syafeeza. ouh rindunya kat teacher~! :)
" Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadar (kesejahteraan) nya. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar."
04:09
:: lepaskanlah satu bebanan dengan mengungkapkan kebenaran.::
Sekarang, murid-murid semua. acece. ada gaya cikgu tak? hehe #hajat tak kesampaian, tercampak di sini. Tapi, tetap syukur :) Jom kita lihat dari sudut pandang orang yang kena tipu itu. Diberikan situasi di sini, si M baru tahu yang si A ni dah sorokkan satu rahsia yang sangat besar dari dia.
si A: awak, saya nak cakap sikit boleh?
si M: hurm, cakaplah. #sambil angkat kening twink twink~
si A: sebenarnya, saya dah lama nak cakap benda ni kat awak..
si M: atoi. cakap je boleh tak? straight to the point je la.
si A: erk. Maaf. #muka sedih. Sebenarnya kan, saya dah lama pendamkan sesuatu dari awak. Dulu, awak pernah tanya kat saya, saya kisah tak if awak selalu habiskan masa dengan facebook je dari teman saya study. Saya cakap saya tak kisah. Tapi sebenarnya em.. saya kisah. Saya terasa sangat awak tahu tak. Kita dah lama kawan, tapi awak sanggup lagi utamakan facebook dari saya. Since dari kecil kita sekolah sama-sama, duduk pun satu bilik kat asrama ni, tapi awak selalu tak layan saya. Bila saya nak cakap dengan awak, awak buat macam saya tak wujud je semata-mata sebab nak chatting kat laman sosial tu. em.
si M: awak! kenapa baru sekarang awak cakap? Awak cakap awak anggap saya ni sahabat awak, tapi awak tak pernah beritahu yang awak sakit hati dengan saya. Saya buat macam tu, sebab saya ingat awak tak kisah. Saya tak tahu pula yang awak terasa. Em. Awak memang tak anggap saya ni kawan kan? Dah la!
si A: awak, maafkan saya. saya tak beritahu sebab saya nak jaga hati awak.
si M: Awak, saya lebih rela awak beritahu saya perkara sebenar rather than awak sorokkan something semata-mata nak jaga hati saya? for what? tu bukan persahabatan namanya.
Ha, itu lah yang jadi. Bila kita sorokkan kebenaran, bukan sahaja kita yang terasa, tapi pengakhirannya nanti, bila kebenaran itu terbongkar, si dia yang kita nak jaga perasaan sangat tu pun akan terasa. Sulamilah hubungan persahabatan kita dengan satu perasaan yang ikhlas. InsyaAllah, persahabatan itu akan terasa sangat nikmat. :)
tegurlah, marahlah diri ini andai diri ini khilaf.
tolong, jangan sembunyikan apa-apa kerana itu lebih menyakitkan diri ini.
hargailah sebagai mana diri ini menghargainya.
Namun, andai kata sudah tiada rasa ikhlas, luahkanlah.
akhirkalam, jika ada kebenaran yang terpendam di lubuk hati, luahkanlah.
jangan biarkan rasa itu terus menjadi bayang-bayang yang menghantui setiap detik.
dan jika telah mendapat satu kebenaran, terimalah ia dengan positif. Ingat, di setiap sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Ambil lah ia sebagai satu aset untuk anda perbaiki diri. InsyaAllah~
Salam ingatan ikhlas dari hati.
Until I love Until you love Until we love.
p/s: tepat 0030am. jom tidur~ eh eh~ jom sahur dengan nestum sebelum sambung jadi businesswomen #study techno :)
0 comments:
Post a Comment