:: Assalamualaikum ::
Dah lama tak singgah di laman bila pena berbicara ni. Maklumlah terikat dengan pelbagai komitmen. InsyaAllah hari ni dah 20 Mac 2012. Pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu. Bak kata kak Najwa, "Rasa macam semalam baru jumpa kamu. Makan pizza sama-sama. Tak sedar masa berlalu." :') Rutin sekarang memang banyak dihabiskan dengan lecture notes di samping menghadiri program untuk makanan hati dan rohani. Yela. Asyik sibuk dengan dunia hingga lupa ukhrawi tak boleh juga kan? Yang penting kena pandai seimbangkan masa dan komitmen yang ada. Komitmen dah kurang sikit sebab facebook dah tak ada. Terima kasih sebab jagakan :)
Entry ni pasai apa sebenarnya?
'Jari jemari mengira.....'
Ish Ieka ni, nak kira apa nya? Cer teka. Cepat cepat, siapa betul Ieka belanja sposen. hehe Gurau saja. Nak dipendekkan cerita, insyaAllah tiga minggu yang menjelang, Ieka dan rakan-rakan seperjuangan akan menghadapi final exam MBBS Phase 1 setelah beberapa bulan berhempas pulas dengan kuliah dan study bermacam-macam diseases, parasites, bacteria dan macam-macam la. Kalau nak cerita, memang tak cukup satu entry ni. Exam ni yang bakal menentukan sama ada kaki kami akan melangkah maju dan gagah untuk ke MBBS Phase 2 atau tidak. Tapi, tarikan dan harapan positif akan memberikan impak yang positif juga, kan? Jadi, fikir dan bertindak in a positive manners oke? Walaupun exam hanyalah 3 hari sahaja, tapi 3 yang sangat mendebarkan. In fact, sekarang pun dah berdebar dah ni.
dub dab dub dab..
Ish, salah tu!
lub dab lub dab..
Ha, tu baru bunyi heart yang betul :)
Apa-apa pun, senggang masa yang ada ayuh tembakkan doa kita agar fikiran kita tak terhijab semasa menjawab soalan nanti, semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT dan semoga kesemua 180 para pelajar perubatan Phase 1 ni dapat ke Phase 2 pada bulan Mei nanti.. InsyaAllah. AMIN. Terlebih dahulu, sebelum kita tingkatkan usaha semaksima mungkin, betulkan niat kita. Belajar dan berjuang di medan ilmu ni untuk Allah SWT dan juga untuk Islam sebagai tunjang utama. Niat yang betul dapat memandu kita untuk menggapai sinar impian. InsyaAllah~
Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersama-NYA,
Allah pastikan menolongmu, bila kau menolong agama-NYA.
Allah SWT tak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Al-Baqarah:286.
Salam ingatan ikhlas dari hati.
Until I love Until you love Until we love. :)
0 comments:
Post a Comment