:: Assalamualaikum ::
wanita, ibarat sekelopak ros :)
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah.Tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,bukan diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan pula daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.Adakah semudah itu kau ingin menyerahkan dirimu pada sang kumbang?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian.Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi daya tarikan.Namun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum pada keindahan yang terjaga hingga ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.Tidakkah kita ingin menjadi seperti kuntuman mawar itu?
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya malu kau tanggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,jadilah dirimu sekuntum bunga yang indah tapi sayangnya tidak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai mawar berduri.Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
'Tiada fitnah yang lebih besar setelah wafatnya diriku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita'.Adakah engkau mahu menjadi penyebab terhumbannya kaum adam ke dalam neraka?
Teringat pula satu lembaran iklan di satu slot ceramah baru-baru ini. Antara gula-gula yang berbalut rapi dengan yang tidak berbalut, mana satu menjadi pilihan kita? Sudah tentu yang berbalut bukan? Kerana apa. Kerana sudah tentu dalamannya masih elok untuk dimakan. Siapa mahu yang tidak berbalut dan sudah menjadi persinggahan sang lalat. Namun, bagi Ieka, harus juga ditapis yang berbalut itu. Bak kata orang putih, 'don't judge a book by its cover' kan? Duhai wanita, langkah pertama, ayuh kita bina satu perisai untuk diri kita agar tak mudah menjadi permainan si kumbang dan setelah itu, kita jaga dalaman kita agar the outer beauty simply reflect the inner too. :)
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah,bertunjangkan ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan.Sesungguhnya,wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama adam.Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.Renung-renungkanlah dan nilailah dengan iman didada mu wahai wanita-wanita...kerna dari rahimmu akan lahirlah mujahid-mujahid serta mujahidah-mujahidah yang akan membawa islam ke puncak dunia.
Ya, fitrahnya kita dianugerahi dengan sifat yang lemah lembut, mudah memaafkan kesilapan serta mudah mengasihani namun juga harus diingat yang kita juga mampu menggoncangkan dunia. Fikirlah, goncangan paradigma mana yang kita mahu, positifkah atau negatifkah? Dan fitrahnya juga, kita tak kira lelaki atau wanita dianugerahkan dengan rasa ingin menyayangi dan disayangi. Tapi fikirlah, rijal yang bagaimana yang kita dambakan untuk kita jadikan imam di setiap solat kita, yang ingin kita jadikan nakhoda kapal di pelayaran rumah tangga kita. Adakah rijal yang hanya tahu bermain kata nista umpama menanam tebu di tepi bibir? Ya, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya, tapi kita tak akan tahu tahap kita selagi kita tak cuba semaksima mungkin untuk menjadi yang terbaik, kan? Ingatlah, kayu yang bengkok tak mungkin akan melahirkan bayangan yang lurus, begitu jualah peribadi kita.Yakinlah bahawa ajal maut, jodoh pertemuan itu sudah ditentukan buat kita.
Kadang-kadang, senyap itu lebih baik, kan? ^_^
Once you are give up, just think the moment you hold on for so long dear myself.
Salam ingatan ikhlas dari hati.
Until i love until you love until we love.
0 comments:
Post a Comment