CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 Mar 2012

hati yang bersedih

:: Assalamualaikum ::

Jika rasa sedih ini ialah angin,
Biarkan ia berlalu dihembus sang bayu,
Biarkan ia berlalu menerpa lembut ciptaan-MU yang lain, 
tapi jangan ke jiwa dan sanubariku kerana sudah cukup angin rasa yang bertakung di situ.
jangan biarkan ia berhembus untuk melemahkan aku,
kerana aku khuatir aku tak bisa bangkit kembali.

Jika rasa sedih ini ialah ialah air,
biarkan ia mengalir tenang di sungai,
mendamaikan jiwa yang melihatnya,
jangan biarkan ia mengalir di kelopak mataku kerana sudah cukup air mata yang aku tangiskan,
kerana aku khuatir air mata itu akan melekakan aku dari-MU.

Jika rasa sedih itu ialah bisa,
Biarkan ia membunuh virus yang makin menggila,
semoga makin ramai nyawa yang mendapat manfaat,
jangan campakkan ia ke hati ini,
kerana sudah cukup bisa yang membuatkan hati ini terhiris luka,
kerana aku khuatir bisa itu akan menjauhkan aku dari-MU.

Namun,
Jika rasa sedih itu ialah teguran dari-MU,
Jika rasa sedih itu ialah cahaya petunjuk dari-MU,
Pancarkan ia ke hatiku,
agar aku makin dekat pada-MU,
agar aku makin rindu pada-MU,
agar aku dapat membiaskan cahaya itu pada sekeliling,
moga ramai yang terkesan dengan cahaya itu.

coretan oleh si gadis pinky :)
20 Mac 2012.


“Kami berfirman: Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 38.

Sayang-sayangku sekalian, jika kalian juga sedang bersedih hati, janganlah ikutkan sangat perasaan tu oke. Tembakkan doa semoga Allah SWT jadikan kesedihan itu sebagai satu petunjuk untuk mendekatkan kita pada-NYA. Duduk terperap dalam bilik sambil dengar lagu sedih dan termenung? Ish ish ish. Jangan sesekali buat macam tu. Bukan saja kita tak akan terlepas dari kesedihan malah akan menjauhkan kita dari Allah SWT. Carilah DIA kerana hanya pada DIA tempat kita bergantung. Tadabburlah al-Quran kerana ia terkandung pesanan dan cinta Allah SWT buat kita.



 
 Terukir di bintang tak mungkin hilang....
*sila sambung sendiri :)

Salam ingatan ikhlas dari hati.

0 comments:

Post a Comment