CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 Feb 2012

sempurna itu bukan saya

:: Assalamualaikum ::

Mencari baris kata untuk ieka olah tentang perjalanan hidup diri ini, hanya satu perkataan yang asyik terbayang di minda iaitu M.E.N.C.A.R.I. Ya, ieka sedang mencari cahaya-NYA. Dalam meniti erti kata itu pula, satu perkataan lain muncul di bayangan, iaitu S.E.M.P.U.R.N.A.  Tidak, ieka tidak sempurna. Sama sekali tidak. Banyak kekhilafan yang telah ieka lakukan, terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Kesilapan itulah yang mengajar ieka erti kematangan dalam menilai, erti menerima sesuatu seadanya, erti mengorbankan kepentingan diri sendiri walaupun hakikatnya pedih terasa di lubuk hati dan juga erti syukur dengan segala nikmat kurniaan Ilahi. Ya, sempurna itu juga bukan ieka kerana ieka masih mencari satu kekuatan untuk tetap istiqamah, satu kekuatan untuk terus memacu diri ke hadapan dan satu kekuatan untuk melakukan perubahan bukan sahaja pada diri sendiri malah kepada orang di sekeliling ieka juga. InsyaAllah. ^^ Kita hanya mampu merancang namun Allah SWT yang menentukan segalanya. Dan setiap ketentuan itu ada hikmah di sebaliknya.



 keep your faith in HIM :)


Until I love Until You love Until I love.


2 comments:

renovatenrenew said...

Di hatiku ada 2 cinta yang berbolak balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia yang sedang berperang sangat hebat dan dasyat sekali.

Jika kau tanya aku, "adakah Allah di hatimu?"

Aku hanya mampu menjawab, “Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar Dia ada di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintaiNya, tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNya.”

(Pahrol Mohd Juoi)

Tiada manusia yang akan mencapai darjat kesempurnaan kerna pasti ada ruang2 untuk membaiki diri. yang pasti kita mesti terus mujahadah dan yakin bahawa DIA pastinya membantu, mesti yakin! Sama2 doa insyallah =)

Adwa' said...

syukran sahabat :)
ya, have faith in HIM ! InsyaAllah~

Post a Comment