CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 Feb 2012

:: anak aset ke Syurga atau Neraka.

:: Assalamualaikum ::

Subhanallah~ Satu rasa menyelinap ke dalam jiwa membuatkan ieka tersentap apabila melihat dan menghayati video ini. Minda terus mengintai kembali apa yang telah ieka lakukan sepanjang 20 tahun bergelar seorang anak dara kepada  ibu bapa ieka. Kita selalu mendengar, tanggungjawab ibu bapa ialah untuk menyediakan keperluan kita dan menjaga kita dari saat kita lahir sampailah kita dewasa tapi sedarkah bahawa kita sebagai anak pun turut mempunyai tanggungjawab yang besar kepada ibu bapa kita?

Ayuh kita renungkan sebentar, bawa minda kita menerokai susunan ayat di bawah...

Bila matinya anak Adam, akan terputus segala amal ibadat kecuali tiga perkara iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah dan amal jariah serta anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.

Apa yang ieka ingin tekankan di sini ialah yang ketiga iaitu anak soleh yang mendoakan ibu bapanya. Subhanallah, lihat, betapa besarnya tanggungjawab kita. Doa anak soleh akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah~ Ayuh, belum terlambat untuk kita mulakan langkah sekarang sebagai tanda kasih kepada ibu bapa kita. Ieka ada terbaca dalam sebuah buku yang mengatakan, "Hubungan antara anak dan ibu bapa adalah satu hubungan yang mulia kerana ia adalah berdasarkan nasab." Betapa indahnya Islam. Walau dimana jua kita berada, jagalah diri kita sebaik mungkin. Jagalah maruah kita kerana kita membawa maruah ibu bapa kita juga.

Jom hayati video ni :)


Allahuakbar! Kematian itu suatu yang pasti bila mana masanya sudah tiba. Semoga kitalah anak yang dapat menjadi imam tatkala ajal menjemput ibu bapa kita, semoga kitalah anak yang memandikan jenazah mereka di saat mereka terbujur kaku, semoga kitalah anak yang meletakkan mereka ke dalam liang lahad di saat masanya tiba dan semoga kitalah anak yang dapat membacakan talkin kepada mereka. Dan semoga bila mana sebelum sampainya waktu itu, kita dapat mempersiap siagakan diri kita untuk memahami Islam yang sebenar dan menjadi anak yang soleh kepada ibu bapa kita.

0 comments:

Post a Comment