:: Assalamualaikum ::
Alhamdulillah, dalam kedinginan malam, kita masih diberikan peluang untuk menatap keindahan alam semesta ciptaan Ilahi. Hari ni, ieka tergerak untuk menulis tentang satu isu yang makin menjadi bualan umat Islam sekarang. Terima kasih kepada sahabat ieka kerana mengajak ieka untuk sama-sama berdiskusi tentang isu ini iaitu Syria. Ha, ni bukan tudung syria yang kome semua tu pakai tau, ni sesuatu yang lebih serius dan lebih penting daripada itu.
" Ahh! buat apa nak ambil peduli! Bukannya kat Malaysia pun!"
Anda masih berkata demikian? Sedarlah. Bangkitlah dari mimpi yang lena! Jika bukan kita, saudara yang seagama dengan mereka membuka mata tentang isu ini, siapa lagi? Kita nak harapkan siapa lagi untuk membantu mereka? Sedarlah. sedarlah!
Ayuh, kita menyelusuri peristiwa yang berlaku di sana terlebih dahulu.
Tampuk pemerintahan Syria sekarang dipegang oleh Basyar Al-Assad, iaitu anak kepada Hafeez Al-Assad yang telah memerintah Syria selama 32 tahun lamanya. Lama bukan? Tapi sayangnya, corak pemerintahan mereka ialah berasaskan diktator. Ha, kome ingat lagi tak diktator tu apa? Cer belek buku sejarah balik. Kalau nak cepat boleh tengok kat sini DIKTATOR! Ada yang mengatakan, apa yang berlaku di Syria ialah hasil daripada pemerintahan puak Syiah, sama dengan apa yang berlaku di Iraq. Si Basyar Al-Assad ni telah dilatih oleh ayahnya iaitu si Hafeez Al-Assad untuk membunuh bayi sejak kecil lagi. Inilah apa yang dikatakan, bapa borek anak rintik. Sehelai kain putih, jika kita mencorakkannya dengan baik, maka cantiklah kain tu, tapi kalau entah apa-apa corak yang kita lakarkan, maka hasilnya pun akan jadi entah apa-apa juga. Ha, bagi bakal ibu bapa, didiklah anak anda sebaik mungkin. Acece :)
Ni la ghupenya Basyar Al-Assad |
Sejak bermulanya pemerintahan Hafeez Al-Assad, konflik Hama yang berlaku pada tahun 1982 mengorbankan hampir sejumlah 46000 penduduk Hama. Astaghfirullah, banyak kan? Effect peristiwa ni, penduduk di Syria mendiamkan diri dari medan politik buat masa yang agak lama. Namun, sejak 8 bulan yang lepas, rakyat di sana kembali bangkit di mana kebangkitannya bermula di Hama dan merebak ke bandar-bandar yang lain seperti Dar'aa, Hauran dan Halab.
Nak tahu tak apa punca kebangkitan mereka? ha, cer teka cer teka.
Punca kebangkitan mereka ialah apabila sekumpulan kanak-kanak seramai 28 orang telah menulis slogan RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN di dinding sekolah mereka. Pasukan keselamatan Syria telah bertindak dengan menangkap kanak-kanak ini dan menghukun mereka dengan mencabut kuku kaki dan tangan mereka. Boleh bayangkan tak betapa sakitnya mereka? Jika kita terkopek kulit sedikit pun dah sakit, ni apatah lagi dicabut kuku. Astaghfirullah~ Salah seorang kanak-kanak terbabit mati. Apabila keluarga kanak-kanak terbabit minta mayat anak mereka dikembalikan dan kanak-kanak lain dilepaskan, pihak keselamatan ni berikan syarat iaitu mereka harus berikan wanita-wanita mereka untuk dinikahi. Amboi. Sesuka hati dorang aja ye. Ni sebenarnya merupakan satu bentuk penghinaan kepada kaum wanita. Teringat kembali zaman jahiliyah di mana maruah wanita dihina dengan diperlakukan macam barang dah boleh diwarisi. Sebab inilah mereka bangkit menentang.
Antara bentuk kezaliman sepanjang tempoh saurah ialah:
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...
Alhamdulillah, kebangkitan ini semakin meningkat apabila 30000 tentera yang juga terdiri daripada pegawai telah bersama-sama dengan rakyat lantaran tak tahan dengan kekejaman Rejim Basyar yang sesuka hati membunuh rakyatnya. Alhamdulillah~ Syeikh Yusuf A--Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini dikira sebagai SYAHID.
Gambar di atas ialah adik Marwah 'Adil Bahar yang telah mati akibat kepalanya dipenggal oleh tentera Basyar. Kejam! Alfatihah buat adik Marwah. Kebanyakan kanak-kanak di sana, di usia sekecil mereka, mereka telah kenal apa itu erti perjuangan bagi menegakkan kebenaran, mereka telah kenal apa itu erti jihad. Tapi kita di sini? Masih senang lenang dengan pelbagai kemudahan yang ada, tidak ambil peduli dengan apa yang terjadi dengan saudara kita. Berjuang. Tapi berjuang untuk hal duniawi yang melekakan. Ayuh, bangkitlah! Kita pasakkan keteguhan dalam hati kita untuk membantu mereka.Bagi sesiapa yang baru tahu mengenai hal yang berlaku di Syria ini, tiada erti lambat bagi anda. Bak kata Ustaz Don Daniyal, kalau esok kiamat sekalipun, jika ada benih di tangan, tanam benih tu. Maksudnya di sini, selagi ada masa, selagi tu lah kita kena terus mulakan langkah.
" Errr. nak tolong? Bagaimana ya? tak tahulah."
Ha, kome semua. Antara cara yang dapat kita lakukan untuk membantu mereka ialah setiap kali usai solat, kita panjatkan doa buat mereka. Kita doa agar mereka dipermudahkan dan mencapai kemenangan ke atas Rejim Basyar yang kejam ni.Dalam setiap doa qunut kita juga, kita boleh tambah qunut nazilah. Tapi, bak kata Hilal Asyraf, doa sahaja tak cukup, perlu juga disertai dengan action. JAdi, antara cara lain ialah kita boleh menghulurkan sedikit sumbangan kepada agensi yang membantu rakyat di Syria. Tak pun, let us spread the words tentang apa yang berlaku di Syria kepada sahabat handai, saudara mara yang masih belum tahu tentang hal ini. Daripada kita bercakap perkara yang lagha, better cakap perkara yang berfaedah ni.
Qunut nazilah~ |
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Berita terkini tentang Syria ialah Basyar telah membuka empangan Rastan bagi menenggelamkan penduduk di Hama. Boleh bayangkan keadaan mereka nanti? Em~
InsyaAllah~ :) |
Sedikit pautan tambahan :
0 comments:
Post a Comment