CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

1 Feb 2012

diriku terpana

:: Assalamualaikum ::

Kadang-kadang, dalam meniti kehidupan yang penuh dengan perkara yang lagha ni, pada suatu titik, kita akan terpana tatkala kita come across something yang membuatkan minda kita seolah-olah bangkit dari satu mimpi yang mengasyikkan.Itulah yang ieka rasa saat ieka baca satu artikel di laman web. Artikel yang bukan sahaja membuatkan ieka terpaku tetapi membuatkan minda ieka berfikir dan merenung perjalanan diri sepanjang 20 tahun ieka bernafas di dunia ini. Artikel yang membuatkan ieka berfikir sejauh mana ieka mengerti tentang apa yang ieka kerjakan 5 kali sehari itu. Sudahkah ieka cukup memahami setiap bait kudus doa yang ieka lafazkan setiap kali usai solat? Adakah ia hanya bait-bait indah yang terlafaz di bibir? Tersentuh di hati tapi pemahamannya cetek? kerana sentuhan tanpa pemahaman ibarat tikus yang membaiki labu. Sebelum jari-jemari ieka terus menari menulis entry ini, ayuh sahabat sekalian, kita rendahkan hati, memohon hidayah dari Allah SWT. 


Duduk antara dua sujud. Itulah antara perlakuan dalam solat yang kita harus lakukan.Sahabatku sekalian, jika sebelum ini, kita hanya melafazkan bacaan semasa duduk antara dua sujud ini tanpa sebarang pengertia akan maksud bait-bait indah ini, ayuh, sekarang kita ubah semua itu. Mari kita lihat maksudnya. InsyaAllah, selepas ini, setiap kali solat, kita tanamkan pengertian ini. 

Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Warhamni.. (Sayangi aku..) 
Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii..   (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii..    (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii..(Maafkan aku..)

Subhanallah~ Bukan sahaja dalam doa, setiap kali kita duduk antara dua sujud, kita sudah memohon pada Allah SWT. Ieka terkedu kerana kita manusia kerdil ciptaan DIA, sentiasa meminta itu dan ini. Kita pohon, warhamni, untuk Allah SWT sayang kita, ingatlah DIA sentiasa menyayangi diri kita tapi adakah kita dah buat sesuatu yang melayakkan kita untuk mendapatkan kasih-sayang sebegitu rupa? Adakah kita hanya tahu meminta tanpa menghargai pemberian yang dikurniakan Allah SWT? Tepuk dada tanya minda.Ini adalah untuk peringatan diri ieka sendiri, sebagai seorang pengembara di dunia fana.

Salam ingatan ikhlas dari hati. 

p/s: syukran kepada housemates ieka yang susah payah buat suprise birthday party untuk ieka.thanks juga untuk that pink cute pressie. kamu semua memang awesome! :)

1 comments:

renovatenrenew said...

solat itu dalm erti kta lain, DOA itu sendri^^
dan doa itu kita tak lafaz dekt bibir ker, tp berkesan di hati terpantul dlm perbuatan.
dia akn buatkan seluruh anggota bdn kita back to fikrah^^

doa yuk! >.<

p/s well kiteorg mmg awesome..haha

Post a Comment