CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

13 Feb 2012

manusia tapi ROBOT, ayuh hentikan!

:: Assalamualaikum ::

Alhamdulillah, syukur kerana kita masih mampu berjalan gagah di Bumi ini. Masih mampu menghirup udara segar, mendengar kicauan burung bebas berterbangan di langit nan tinggi. Dan juga kerana kita masih diberi nikmat nyawa untuk kita kembali ke jalan-NYA yang benar. InsyaAllah :) Syukran Ya Rabb kerana dengan rahmat-MU ieka terbuka hati untuk pergi juga ke program daulah Ini Sungguh Kool (ISK) walaupun lewat sehari kerana mengikuti program Baju Melayu Bertemu Baju Kurung di UTP. Syukur sangat-sangat. Satu pengalaman yang sangat berharga. Betullah apa yang dikatakan oleh akhowat, yang ISK ni ialah satu program yang amat dinantikan dan merupakan kemestian bagi kita, sang khalifah di Bumi asing ini. InsyaAllah, ieka ingin kongsikan sedikit pengisian di sana. 

Duhai akhi dan akhowat sekalian..

Setuju tak jika ieka cakap yang kita ni sebenarnya ROBOT??


Okay.Before you jump into a conclusion, teruskan membaca okay? Fighting~! :)

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, ayuh kita kenali siapa diri kita sebenarnya. Tanya diri masing-masing, siapakah diri anda sekalian. There will be so many answers widely range from oneself as a son or daughter to student/ workers. Walau apa pun jawapan anda, hanya satu jawapan utama di sini iaitu kita adalah hamba yang mencari keredhaan Ilahi. Kita adalah khalifah. Menyelusuri maksud khalifah itu sendiri membawa erti untuk memimpin diri dan juga orang lain serta menyambung kerja Rasulullah SAW. 

Dan (ingatlah) ketika Tuhan-MU berfirman kepada para malaikat,"Aku ingin menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, " Apakah Engkau ingin menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-MU dan menyucikan nama-MU?" DIA berfirman," Sungguh, AKU mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."
(2:30)

Saudaraku sekalian, ayuh, kita tanya diri kita, apa yang telah kita lakukan untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai sang khalifah? Sudah cukupkah usia yang diberikan Allah SWT untuk kita gunakan ke arah kebaikan kerana yakni akan ditanya di akhirat kelak. Apa yang harus kita suburkan dalam ingatan kita ialah tanggungjawab kita selain dari menjadi khalifah di bumi ini ialah untuk beribadah kepa Allah SWT. Ingatlah, Allah SWT tidak memerlukan kita, tetapi kitalah, manusia-manusia leka ini yang memerlukan Allah SWT. Nikmat usia yang masih diberikan kepada kita pada hari ini adalah sebenarnya satu peluang untuk kita bertaubat dan kembali kepada Allah SWT.

AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-KU. AKU tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan AKU tidak menghendaki mereka memberi makan kepada-KU.
(52:56)

Segala apa yang berlaku kepada kita adalah merupakan Odyssey sang khalifah di bumi yang fana. Ini bukanlah satu bebanan, paksaan atau apa sahaja yang sama waktu dengannya, tapi ini adalah merupakan sunnahtullah. Sunnahtullah yang yakni tak akan berubah. Sama ada kita sedar atau tidak, suka atau tidak, kita harus melaluinya.


Graf di atas ialah graf sejarah Islam dari seawal tahun kerasulan Nabi Muhammad SAW sehinggalah kepada tahun kita sekarang. Cuba kita renungkan lipatan sejarah kita, begitu besar pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menegakkan Islam. Jerih payah mereka dalam menyatakan pendirian yang satu iaitu Allah SWT walaupun mendapat tentangan yang hebat. Bukan sahaja tentangan fizikal, didera sebagainya tetapi juga penderaan mental. Bekalan makanan kepada orang Islam disekat sehinggakan mereka terpaksa berpuasa, Rasulullah SAW digelar sebagai penyair dan sebagainya. Tapi, semua itu langsung tak menggoyahkan keimanan dan kepercayaan mereka kepada Allah SWT. Mereka hanya kuat dengan perkataan, " Allah ada bersama kamu." Tetapi cuba kita bandingkan dengan keadaan kita sekarang. Tak perlu lihat ujian yang besar, ujian nafsu sudah cukup, kita sudah goyah. Inilah buktinya kita sebenarnya adalah ROBOT. Hanya mengikut sahaja. Lihatlah betapa hebatnya Islam pada masa dahulu. Saudaraku, dulu Islam menakluk hampir 2/3 dunia. Subhanallah~ Besar kan wilayah Islam pada suatu ketika dulu? Sehinggakan masyarakat Islam pada masa itu hanya perlu menggunakan kalimah syahadah untuk ke negara yang menjadi wilayah Islam. Tak perlu susah-susah buat passport bagai macam kita sekarang. Subhanallah, indah bukan? Belum lagi dilihat perang Badar. Perang pertama dalam Islam yang berlaku sekitar 2H. Walaupun hanya berbekalkan tentera sebanyak 3% daripada tentera lawan, tapi berbekalkan semangat jihad yang tinggi, tentera Islam mencapai kemenangan. Jika ada masa, ayuh kita kaji semangat yang ada pada tentera Badar ini. InsyaAllah :)



Ish. Kenapa pula ieka letak gambar telur mata kerbau ni kan? Ini sinonim dengan diri kita yang mana telur kuning melambangkan matlamat kita, apa yang kita ingin capai manakala telur putih pula melambangkan alat yang kita gunakan untuk mencapai si matlamat terbabit. Pada pendapat kamu, antara matlamat dan alat, yang manakah lagi penting? Ha, cer jawab cer jawab. Jawapannya ialah jeng jeng jeng semestinya MATLAMAT kita. Tanpa matlamat yang teguh, terlekat utuh di hati, jelas dan mantap, walaupun dengan alat yang secanggih mana sekalipun, pasti kita akan kandas. Oleh itu, ya akhi dan ukhti sekalian, teguhkanlah matlamat kita. Selami hati, adakah matlamat kita sudah cukup utuh? Tepuk dada tanya iman. Untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini, kita haruslah tegapkan matlamat kita ke arah mencapai ad-din, ke arah mencapai redha Allah SWT dan ke arah menegakkan syiar Islam. Cuba kita lihat graf, Islam jatuh pada pengakhiran graf. Bukan jatuh sedikit, tetapi jatuh menjunam. Tanya pada diri, kita berada pada graf yang mana, menaik atau menurun? Ya saudaraku sekalian, sedihnya kita berada pada graf yang menurun!! Kita sudah selesa dengan hidup kita sekarang, tapi tanya sama hati, adakah sekadar ini yang kita nak? Lihat graf hidup kita sendiri. Menaikkah? Menurunkah? atau hanya stereotaip?

"Heh! Ni hidup aku! kau peduli apa??! Aku nak buat apa pun suka hati aku la!"

Banggakah kita dengan berkata sedemikian? My life, my rules, my right. NO! It's WRONG! Yes, it is your life, but it is own by Allah SWT. Your rules? NO! Allah SWT dah nyatakan amal ma'ruf nahi mungkar yang harus kita ikut sayangku sekalian. Sedarlah, sedarlah, sedarlah. Kita sibuk menyatakan tentang zaman jahiliyyah, tapi cuba kita lihat apa yang kita ada sekarang. Kita hanya ada dakwah! Itupun tak secara menyeluruh dan tak menyentuh hati setiap Muslim di negara kita. Kita tiada daulah! Kita tiada tamadun! Jadi, banggakah kita? Tepuk dada tanya iman sayangku. Ada seorang cedekiawan menyatakan, " Aku dapat lihat sebuah negara Islam, tapi aku tak nampak Islam di sana." Inilah yang dimaksudkan dengan jumlah Muslim itu ramai tapi jiwa mereka kosong. Penghayatan Islam itu tiada. Tiada tarbiyah dalam diri mereka. Semoga kita tak tergolong dalam kelompok itu. InsyaAllah. Ayuh saudaraku, kita mula mengorak langkah untuk membangkitkan semangat Islam dalam diri kita. Bagaimana caranya? Apa tools yang harus kita gunakan? Tools yang ieka nak kongsi di sini iaitu pertama melalui penampilan kita. Tutuplah aurat wahai sayangku. Labuhkanlah hijabmu. Bawalah penampilan seorang muslim/muslimah Islam. 

Slot ISK diakhiri dengan satu pentomin oleh kak wani dan akhowat yang lain. Subhanallah~ Satu pentomin yang amat menyentuh perasaan sehinggakan semua peserta ISK mengalirkan air mata. Pentomin yang mengisahkan kita, pemuda-pemudi zaman sekarang. Diberikan dua keadaan insan-insan yang lagha dan dibutakan dengan karat-karat jahiliyyah dan juga saudara kita yang menderita dek ancaman zionis. Insan-insan yang lagha itu asyik melayan karat-karat jahiliyyah yang bersarang dalam jiwa mereka. Berchatting, tabarruj, make-up secara berlebihan, lepak sana-sini dan sebagainya tanpa mereka sedar yang saudara di Palestin yang ditindas memerlukan mereka. Mereka tahu hakikat itu tetapi disebabkan karat-karat jahiliyyah itu, mereka menjadi buta dan tak dapat mendengar. Itulah apa yang berlaku pada kita sekarang. Kita tahu apa yang kita lakukan itu salah, tapi kita tetap lakukannya disebabkan mata kita telah buta. Yang seterusnya kebutaan itu menggelapkan hati kita. Inilah masanya, kita buangkan karat-karat jahiliyyah itu. Bagaimana kita hendak mendaki ke puncak kejayaan menegakkan Islam jika kita bawa bersama karat-karat jahiliyyah itu? Ingatlah, kaum Yahudi dan Nasara akan mencuba pelbagai propaganda untuk menjatuhkan kita umat Islam. Jadi, mahukah kita tunduk pada mereka? mahukah kita terus menjadi ROBOT mereka?

duhai hati yang mengetahui,
bangkitlah kamu!
buangkan karat-karat jahiliyyah itu!
renungkanlah dunia yang luas, adakah kamu mahu menikmatinya dengan menjadi manusia tapi ROBOT?
Semoga kefahaman menjadi milik kita. InsyaAllah.

carilah tentera untuk kamu terus jalan mujahadah bersama-sama.
ingatlah, jalan mujahadah itu berat, sangat membebankan.
tapi kamu harus berani dan ingatlah, kamu tak berkeseorangan.

YAKINLAH WAHAI SAUDARAKU,
KEMENANGAN AKAN MENJELANG,
WALAU KITA TAK HADAPI MASANYA,
TETAPLAH AL-HAQ PASTI MENANG!

Ya, Al-Haq pasti menang. Itu janji Allah SWT yang pasti. Jadi, tentukanlah. It's up to you and me. Either we want to make history or we want to become history. Let's decide! 



Akhirkalam, syukran ya jazilan buat akhowat semua terutama Kak nana yang sanggup datang dari jauh, Kak wani, Kak cam, Kak Lem, Kak Sol dan Kak aina. :)
Hadiqatul Jannah ohsem!
Salam ingatan ikhlas dari hati :)

0 comments:

Post a Comment