CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 Jan 2012

bisa yang tak terasa.

:: Assalamualaikum ::

Segala puji bagi DIA yang mengurniakan akal untuk menimbang-tara yang mana benar dan yang mana batil, yang mengurniakan kita sekeping hati untuk menyayangi, yang mengurniakan kita mata untuk melihat seisi alam yang indah. Dari DIA kita datang, dan kepada DIA jugalah kita akan kembali nanti. 




“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”

Pernah tak dengar tentang pepatah di atas? Pepatah di atas mengingatkan kita untuk berhati-hati dalam setiap pertuturan kita. Semestinya, dalam kehidupan seharian kita, kita tak akan dapat mengelak untuk berkomunikasi dengan insan sekeliling kerana terikat dalam satu hubungan yang memerlukan antara satu sama yang lain. Mulut kita enak mengeluarkan segala jenis perkataan yang berada di fikiran, tapi kita seringkali terlupa bahawa tersilap kata yang kita tuturkan, ada hati yang akan terguris.Dan, seringkali kita terlupa sekali kita sudah mengguris hati seseorang, lukanya susah untuk disembuhkan. Dua biji Paracetamol pun tak dapat membantu. Hee. Ieka ingin petik sedikit hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mana dalam hadis itu ada mengatakan, “ Siapa yang beriman pada Allah SWT dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam…….” Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa sebahagian daripada tanda kesempurnaan iman ialah berbicara dengan sesuatu yang bermanfaat sama ada bagi dunia ataupun bagi akhirat.Namun, sekiranya pertuturan kita itu akan membuatkan orang lain sakit hati, maka lebih baik kita berdiam diri. Ha, untuk menegaskan lagi isu ini, jom baca riwayat Imam Ahmad: 

“ Dari Anas r.a, dari Nabi saw baginda bersabda: “ Tidak akan (benar) keimanan seorang hamba kecuali setelah hatinya lurus dan tidak akan lurus hati seorang hamba kecuali setelah lisannya lurus.”

Seringkali kita dengar orang menasihatkan kita, “bersihkan hati.” Namun di sini, sebelum kita melihat persoalan hati, lihatlah dulu pertuturan kita. Gaya kita bertutur dan perkataan yang kita tuturkan. Ayuh kita renung dan berfikir sejenak, dalam kehidupan kita selama ini, pernah tak kita mencela orang lain dan sebagainya. Jika ada, ayuh kita muhasabah diri kita. Fikirlah, kita mencela orang lain, yang juga manusia ciptaan Ilahi seperti kita, tidakkah ia umpama mencela diri sendiri? Setiap umat Islam itu diciptakan bersaudara, tegakah kita mencela saudara kita sendiri? Semakin banyak kita mengeluarkan kata nista terhadap orang lain, nescaya akan semakin keraslah hati kita. Jika hati kita keras, bagaimana kita hendak membenarkan cahaya petunjuk Allah SWT untuk menembusinya? Ya akhowat, tepuk dada tanyalah iman.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “ Yang paling banyak memasukkan (manusia) ke dalam neraka adalah dua lubang, iaitu mulut dan kemaluan.” Riwayat Ahmad Dan Tirmizi.

Ingatlah, dunia ini umpama medan kita untuk menanam segala amalan. Setiap perkataan yang kita tuturkan, sama ada baik atau buruk, ia akan menjadi antara benih yang kita tanamkan dan akan dituaikan di hari akhirat nanti. Sesiapa yang menanam kebaikan dari pertuturan dan amalan nescaya dia akan menuai kemuliaan, tetapi bagi sesiapa yang menanam keburukan dari pertuturan dan amalan nescaya dia akan menuai penyesalan.

Salam Ingatan Ikhlas dari hati. :)

0 comments:

Post a Comment