CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 Jan 2012

M.A.R.A.H !

:: Assalamualaikum ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Hanya pada Allah SWT kita panjatkan segala pujian dan hanya kepadaNYA jua kita bongkarkan segala keluh-kesah yang terpendam di lubuk hati. Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabat baginda. InsyaAllah, setelah menyepi buat seketika, hari ini ieka ingin menulis satu entry yang mana ieka percaya setiap antara kita pernah alaminya paling tidak sekali seumur hidup, mungkin? Tentang apa ya? Kalau nak tahu, keep reading okay. 

Jangan tiru aksi ini :p

Ggggggrrrr!! Erk. Apakah? Simbol apa itu? Itu lah perkataan yang selalu ieka dengar bila orang tengah  m-a-r-a-h atau g-e-r-a-m. Topik yang ieka ingin kupas kali ini ialah tentang perasaan marah yang mungkin pernah menyelubungi kalbu kita. Satu perasaan yang kadang-kadang ianya datang tanpa kita minta, hanya datang sebagai spontaneous feeling apabila berlaku sesuatu yang mungkin membuatkan kita terkejut tapi tak sampai tahap myocardial infarction lagi semestinya. Jom kita refleks balik saat kita tengah marah, apa yang kita lakukan. Mengeluarkan kata-kata kurang manis? Memberontak? Tak bercakap seminggu? Masam mencuka? Termenung? Buat status kat facebook? Huu~ Ingat balik then keep it for a second while reading this okay cutie?

Ada satu hadis riwayat Bukhari yang mencoretkan kisah di mana Nabi Muhammad SAW telah dikunjungi oleh seorang yang lelaki yang meminta baginda untuk memberikan nasihat. Lantas Nabi Muhammad SAW menjawab, “Jangan marah.” Si lelaki tersebut mengulangi kembali pertanyaan beliau beberapa kali namun Nabi Muhammad SAW tetap menjawab, “Jangan marah.” Lihat, betapa perlunya kita untuk mengawal kemarahan sehinggakan Nabi Muhammad SAW asyik mengulangi nasihat yang sama pada lelaki yang bertanya itu. Sifat marah adalah penyakit hati yang boleh mengakibatkan berbagai-bagai penyakit hati yang lain seperti iri hati dan dendam. Bukan itu sahaja, sifat ini juga boleh merenggangkan silaturrahim sesama kita. Sebenarnya, sikap ini bukanlah sesuatu yang kita boleh pandang enteng kerana kita boleh menyifatkan marah ini sebagai satu himpunan kejahatan.     

Dalam dunia yang sarat dengan cabaran ni, kita mungkin merumuskan pelbagai definisi bagi menyatakan seseorang itu kuat atau tidak. Kuat fizikal, kuat mental. Namun kekuatan yang sebenar ialah kesabaran dan kelemahan sebenar ialah kemarahan. Jika kita ada badan yang segak sekalipun, ia akan cacat jika kita mempunyai sikap yang cepat marah. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Orang yang kuat bukanlah orang yang hebat dalam bergusti tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah.”

Ieka tahu bukan senang kita nak mengawal kemarahan kan? Nak nak kalau dapat tahu yang kita ditipu atau dikhianati oleh seseorang yang rapat dengan kita. Jadi, bagaimana caranya nak kawal kemarahan ni? Jom baca lagi okay..

Antara cara yang kita boleh lakukan untuk meredakan api kemarahan yang sedang membakar jiwa kita *acece* ialah dengan mengubah posisi. *garu kepala?* Usah rungsing-rungsing. Jom faham perkara ini dengan baca hadis ni.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda:

“ Jika salah seorang antara kamu marah, dan dia di dalam keadaan sedang berdiri maka hendaklah dia duduk, kerana kemarahan akan hilang, jika belum juga hilang maka hendaklah dia berbaring.”

Cara seterusnya ialah dengan diam. Sometimes,to keep silence is better rather than to cause chaos right? Api kemarahan kita akan terus bergelodak jika kita terus bercakap. Ha, inilah puncanya sesetengah orang akan cakap merapu bila tengah marah. Pot-pet-pot-pet sampai tak sedar apa yang terkeluar dari mulut. Dah sedar baru menyesal tak sudah. Tapi bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Ha, jawablah sendiri.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmizi dan Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda:

“Jika salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia diam.” *diucapkan sebanyak tiga kali*

Next is, by perform ablution. Marah selalu dikaitkan dengan api. Kalau dah api, mestilah kena padamkan dengan air kan? Bercakap tentang api dan air ni, ieka ingat satu kisah masa kecil-kecil dulu. Ada cikgu sekolah rendah ieka pernah pesan bahawa jika kita sedang menghadapi situasi di mana ada seseorang sedang marah pada kita, maka sebaik-baiknya kita berlembut kerana api dengan api maka akan lagi maraklah kan? Jadi haruslah dilawan dengan kelembutan yang diumpamakan sebagai air. Wuduk ialah satu perbuatan yang terkandung zikrullah sehingga syaitan yang sedang menyalakan api kemarahan dalam diri seorang anak Adam akan lari dan bersembunyi. 

Last but not least, jika kita tengah marah, ingatlah ayat ini:

“ Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan (muhsinin)” Surah Ali-Imran ayat 134.

Jadi, jom kita cari dan menjadi orang yang kuat hakiki okay? ^_^ InsyaAllah. Fighting! Kesukaran sesuatu perkara itu tak akan kita ketahui selagi kita belum mencuba. Sesuatu ke arah kebaikan, insyaAllah ada manfaatnya.Have faith okay?

Salam ingatan ikhlas dari hati :)

0 comments:

Post a Comment