CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 Jan 2012

pemisah yang hakiki

:: Assalamualaikum ::

Di suatu pagi yang hening, Danisha duduk termenung di kaki jendela. Fikirannya melayang entah ke mana. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tak mampu untuk menghentikan lamunannya itu. Fikirannya bertaut pada satu memori yang masih segar dalam ingatannya. 

12 bulan yang lepas..

Danisha melompat-lompat kegembiraan apabila mendapat surat daripada pakcik posmen. Hatinya bagai berada di cloud nine. Surat yang sudah sepurnama dia tunggu, dari hari ke hari akhirnya tiba jua. Dengan penuh berdebar-debar, dia membuka dan membaca isi kandungan surat itu. 

TAHNIAH!

Anda telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti of Cardiff.

Nama : Nur Qutreen Danisha
No IC : xxxx-xx-xxxx

Hanya satu kalimah yang mampu dia ucapkan. "Alhamdulillah." Lalu, berita gembira itu terus dikhabarkan pada ibu dan abah tersayang yang sedang berada di laman rumah. Segera dipeluk cium ibu dan abah sebagai tanda terima kasih kerana telah banyak menyokong dia dalam pelajaran hingga ke tahap ini. Air mata jernih mengalir di pipi si ibu, bangga dengan kejayaan anak dara yang ditatang bagai minyak yang penuh. Si abah melirik senyuman tanda kegembiraan. Satu majlis kesyukuran dilakukan sebelum Danisha berangkat ke luar negara. 

Di lapangan terbang...

"Ibu, abah, Isha pergi dulu ya?" luah Danisha sambil menyekang air matanya.
" Isha, ingat pesan ibu ya, belajar rajin-rajin, jaga diri baik-baik di tempat orang sana." pesan si ibu.
" Ada masa, jangan lupa telefon kami di sini tau?" pesan si abah pula.
" Ibu, abah. doakan Isha ya. Isha akan selalu ingat pesan ibu dan abah." jawab Danisha sebelum menarik bagasi. 

Di Cardiff...

Awalnya, semuanya masih teratur. Ikhtilat dijaga rapi. Sopan santun dikekalkan. Prinsip yang satu sentiasa segar di ingatan. Segala pesan ibu dan abah terngiang-ngiang di minda. Nur Qutreen Danisha. Seorang gadis Malaysia yang dikenali dan diminati jejaka-jejaka dek kerana kemanisan akhlaknya. Dek kerana tutur katanya yang sentiasa menyenangkan hati. Dek kerana peribadinya yang tetap utuh walaupun berada di perantauan, jauh dari sanak saudara. Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Banyak cabaran dan rintangan yang menggugat jati dirinya sepanjang di sana. Hati terasa lemah, tiada tempat untuk mengadu segala yang terbuku di lubuk hati. 

" Hoy Isha! Kau ni tak payah nak bajet macam perempuan melayu terakhir sangat la! Dengan tudung labuhnya, kau ingat kau bagus sangat ke ha?! Kau ingat semua lelaki suka kat kau, kau hebat la ha?! Blah la kau!" 
" Weh Isha! Kau ni kan ketinggalan zaman la! Kau sesat ke apa??! Orang sekarang mana pakai tudung macam ni dah cik Isha sayang! Up to date la sikit! Nama je belajar dekat luar negara, tu pun  nak kena ajar ke?!"
"Kau ni memang tak ada life la! Asyik study study study je kerja kau! Wake up la!"

Itulah antara cemuhan yang diterima oleh Danisha sepanjang berada di sana. Jika nak dikira, tak terhitung gamaknya. Hati pedih. Telinga sudah bernanah. Tak sanggup lagi untuk menempuhi semua ini. Dia tahu dia perlu kuat, tapi dia tak mampu. Pada suatu hari, di universiti...

" Phewiit! Girl mana cun sangat ni! tak pernah nampak pun kat kolej before ni. Fuhh! Dah la baju meletup habis. Kalau jadi girlfriend aku ni, bangga kot!" kata Farish.

Semua mata terpana ke arah gadis tersebut. Yang cantik lah kunun. Tiba-tiba, semua mata terbeliak.

Isha???!

Ya, akhirnya dia tewas dalam cemuhan manusia yang nyata telah sesat. Yang nyata jiwanya telah buta dek racun duniawi. Ikhtilat tak lagi dijaga. Tudung yang labuh sudah bertukar kepada tudung ala-ala sister di gereja. Baju sudah jarang, sendat, ketat-metat lagi padat. Bak kata orang, culture shock. Betul ke culture shock atau hanya tewas dalam gelodak pendirian sendiri? Jika dulu, hanya buku dan kitab al-Quran menjadi peneman tetapi kini itu semua hanya menjadi hiasan di rak. Waktunya dihabiskan untuk bersuka-ria bersama insan yang menggelar diri mereka sebagai sahabat. Berita tentang perubahan mendadak Danisha itu akhirnya sampai ke telinga ibu dan abah di kampung. Betapa hancur luluh hati seorang ibu dan abah apabila mendapat berita anak mereka yang dijaga sejak kecil, dengan jerih payah mencari duit demi sesuap nasi, biar diri kelaparan asalkan perut anak kesayangan sentiasa kenyang, sudah rosak dek kerana hanya beberapa bulan berada di negara orang.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, si ibu berpesan pada anaknya yang tersayang, " Isha. berubahlah sayang. Kembalilah pada fitrah kamu. Carilah pemisah yang hakiki. Pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Nescaya kamu akan lebih mengerti Isha sayang."

Pesanan terakhir oleh si ibu tadi benar-benar memberikan kesan pada diri Nur Qutreen Danisha. Lalu, diri memulakan perjalanan mencari pemisah yang hakiki. :)

................................................................................

Ya, akhowat dan akhi sekalian. Sememangnya, pemisah yang hakiki itu ada. Cuma, kadangkala mata kita yang tak mahu melihat, hati kita yang sengaja dibelenggukan. Maka diri mula lugai-lugai saja. Hayati maksud ayat ini :

" Dan janganlah kamu campur-adukkan kebenaran dan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya." Surah Al-Baqarah ayat 42.

Itulah pemisah hakiki kita. Pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Yang sememangnya umum antara kita mengetahui. Namun, apabila mata buta dalam menilai, memandang nikmat dunia lebih besar berbanding akhirat sana, maka pemisah itu umpama menjadi hypertrophy, bergabung kedua-duanya. Bak kata sahabat ieka tadi, jika kita masih berbuat kebatilan maka mungkin ada kebenaran yang kita belum laksanakan kerana kebenaran dan kebatilan itu jelas, umpama kutub Utara dan kutub Selatan atau umpama air dan minyak yang tak mungkin akan bersatu. InsyaAllah~



p/s: dah lama tak buat cerpen, namun harap cerita yang tak seberapa ini mampu mengoleskan sedikit kesan di hati akhi dan akhowat semua. Kerana ieka, dan akhi serta akhowat semua adalah insan biasa yang sering terlupa dan perlukan 'alarm' untuk memberi peringatan. 

Jazakillahu khairan kathira~
Salam ingatan ikhlas dari hati.

0 comments:

Post a Comment