:: Assalamualaikum ::
Sedang ieka asyik membaca artikel di laman sesawang Muharikah, mata ieka terpaut pada suatu tajuk, "Hadis Logam-Extended Version." Lalu, minda mula menggali cari kotak memori. Ya! Ieka pernah dengar tentang hadis logam ni semasa sesi bulatan gembira ohsem! yang lepas apabila naqibah ieka berkongsi perihal hadis ini. Jadi hari ini, ieka nak berkongsi sedikit tentang hadis logam ni. InsyaAllah~
Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w berkata : Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis besi-besi), baiknya mereka di waktu Jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (faham).
Dan kamu akan dapati sebaik-baik manusia dalam urusan ini adalah yang paling kuat kebencian mereka (terhadap Islam dahulu, seperti Umar Al-Khattab, Ikrimah Abu Jahal, Khalid Al-Walid), dan kamu dapat seburuk-buruk manusia berwajah dua, di mana mereka apabila datang kepada satu kaum dengan satu wajah, dan satu kaum lain dengan wajah lain (ada syarah yang mengatakan mereka itu dianggap buruk sebab mereka berperangai seperti orang munafiq) ( Muttafaq alaih)
Syarahnya:
2) Bahagian 2, Rasulullah .s.a.w sebenarnya mahu menerangkan kepada para sahabat yang merujuk pada bahagian awal tadi, orang yang berkualiti tinggi tu sebenarnya kalau tengok adalah terdiri dari para sahabat nabi yang pada zaman jahilliyah mereka adalah orang yang paling asyadd (sangat dahsyat), karohiyah (kebencian) mereka kepada Islam. Dulu mereka itu amat bencikan Islam.
Para ulama’ ada yg tafsirkan contoh macam Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid, Suhail bin Amru, Amru bin Al-As dan Ikrimah Abu Jahal. Orang2 ni mungkin anasir taghyir, yg tak menerima dakwah Rasulullah s.a.w dengan mudah, namun apabila dia masuk Islam, mashaAllah, merekalah manusia yg paling berkualiti, paling mempertahankan Islam, paling tu, paling ini untuk Islam.
3) Bahagian ketiga pula, Rasulullah s,a.w menerangkan antara mereka yang logam itu, ada yang berkualiti rendah. Mereka disebut dzulwajhayn (mempunyai dua wajah). Para ulama’ kaitkan benda ni dengan bahagian pertama, mereka ini orang-orang yg sangat senang terima dakwah pada zaman Rasulullah s.a.w, terutama bila ade faktor-faktor external yang nampak menguntungkan apabila mereka masuk Islam.
Mereka menerima dakwah tanpa berfikir panjang,mereka itu ada yang bersifat dua wajah ( dzulwajhayn), bila berjumpa geng Islam, jadi baik,jadi seperti muslim. Namun apabila berjumpa geng jahilliyah, jadi macam jahiliyah semula.Golongan ini buruk kualiti mereka kerana mereka berperangai macam munafiq.
Jazakillahu khairan kathira~
Salam ingatan ikhlas dari hati.
Salam ingatan ikhlas dari hati.
0 comments:
Post a Comment