:: Assalamualaikum ::
kau dan aku.
kita mungkin sama rasa, sama identiti.
tapi kisah kita nyata berbeza. :)
Sebenarnya ayat di atas tak ada kena mengena dengan apa yang ieka ingin tulis pada entry kali ni. Kalau suka, baca if tak suka scroll down saja okay? :) Kita ada hak untuk memilih. acece~ Kau dan aku. Kau. Aku. Antara perantara diri yang selalu digunakan dalam perbualan tak rasmi. Mungkin panggilan ni adalah common dalam kalangan masyarakat. Tapi, percaya atau tak, ieka adalah antara orang yang tak berapa nak suka untuk menggunakan panggilan ni. Kenapa ya? Entahlah. Masing-masing ada citarasa tersendiri kan? Bagi ieka, ieka lebih selesa untuk menggunakan 'saya awak' atau just menggunakan nickname saja. Kalau dulu, sahabat ex-amanahians 07 sudah masak dengan sifat ieka. Mostly, mereka tak akan guna 'kau aku' semasa bercakap dengan ieka. If ada yang TER-guna 'kau aku' dengan ieka semestinya satu cubitan akan hinggap di lengan mereka. hee~ Takpe. Semua perempuan. Itulah yang menarik dan syoknya sekolah satu gender saja. Kita akan dapat cuba macam-macam perkara. ^_^ Tapi sekarang, dekat kolej, jika ada yang menggunakan 'aku kau' dengan ieka semestinya ieka akan buat muka blurr plus angkat kening tanda tanya. :p Bukan sebab apa, cuma berfikir sejenak, "eh, dia ni marah ieka ke apa?". Satu tips di sini, kalau nak buat ieka terdiam tanpa bahasa, gunakanlah perkataan ni dengan ieka. (*~*) Depends on nada juga, if nada soft ala-ala lullaby takdelah nak terasa sangat kan. hehe Tapi, jangan risau, kita ada hak untuk buat apa yang kita rasa selesa, jadi ieka terima saja if sesiapa nak guna that particular language. Janganlah takut pula nak bercakap dengan ieka ya? :) Sebenarnya, ieka pernah la juga guna perkataan ni masa di KMKN dulu, tapi serious ieka rasa tak selesa sangat. Ye la, bila kita buat sesuatu yang lain dari kebiasaan kita semestinya satu rasa aneh akan mula hadir. Jadi, kamu semua, buatlah apa yang kamu rasa selesa selagi ianya tak salah dan tak menganggu orang lain okay? InsyaAllah :) Perkataan apa yang kita guna untuk mewakili diri kita ianya ta penting selagi mana kita tak guna perkataan kasar dan menjaga jati diri. Ingat ya, terlanjak perahu boleh diundur, terlajak bahasa binasa jawabnya.
Salam ingatan ikhlas dari hati :)
0 comments:
Post a Comment