:: Assalamualaikum ::
:: sederhana itu adalah paling baik ::
Kaif halik sisters?
Alhamdulillah, ieka dah habis baca buku yang dipinjam dari Kak Aina. Buku itu bertajuk Perhiasan Wanita Muslimah. Baru-baru ini sahabat ieka ada bertanya tantang persoalan Tabarruj. Terlebih dahulu, syukran pada sahabat ieka yang bertanya kerana sedikit sebanyak ia turut membuatkan ieka untuk lebih celik tentang hal ini. Tabarruj ialah perbuatan berhias secara berlebih-lebihan sehingga boleh menarik perhatian tanpa mendedahkan aurat. Persoalan tabarruj ni sebenarnya bukanlah kerana tak menutup aurat ya ukhti. Untuk lebih jelas, ieka berikan analogi. Sebagai contohnya Cik B keluar dari rumah dengan memakai shayla yang bukan kebiasaannya, dan itu menarik perhatian masyarakat di luar sana maka ianya adalah tabarruj dan ianya adalah dilarang walaupun pada dasarnya shayla itu telah menutupi auratnya. Sebagai contohnya lagi, Cik C keluar dari rumah dengan memakai make up yang jelas menampakkan wajahnya lain dari kebiasaannya, maka itu juga adalah tabarruj. Ya, ieka akui perkara ni agak kompleks untuk kita fahami dan bagi ieka sendiri, ieka pun masih dalam usaha untuk memahami dan insyaAllah mempraktikkan perkara ini. Sebab itulah ieka cakap di atas yang sederhana itu adalah yang paling baik. :) Banyak penampilan muslimah mutakhir ini yang sebenarnya boleh menjerumus ke arah Tabarruj sebagai contohnya memakai sanggul yang tinggi even masa pakai khimar, memakai tudung yang tak menutupi paras dada, memakai wangi-wangian yang berlebihan sehingga mampu menarik perhatian lelaki bukan mahram serta banyak lagi.
Untuk lebih memahami konsep Tabarruj ni, kita perlulah terlebih dahulu memahami konsep berhias yang betul bagi Muslimah. Perhiasan ialah sesuatu yang fitrah bagi setiap wanita dan berhias ialah salah satu faktor pemikat hati suami agar rumah tangga yang telah terpateri lebih bahagia. Islam itu sendiri amat menitik beratkan persoalan berhias ni. untuk apa ya ukhti? Untuk menjaga kehormatan kita. Jika kita lihat lembaran sejarah Islam itu sendiri,Islamlah yang telah mengangkat martabat seorang wanita ketika ianya diperkotak-katikkan sebelum kedatangan Islam. Namun, wanita mutakhir ini lebih gemar mentaqliid budaya berhias yang secara jelas lain dari apa yang telah digariskan untuk kita. Ayuh kita lihat ajaran Islam tentang perhiasan.
* menjaga batasan yang telah ditetapkan Allah SWT
* Tidak terlalu berlebihan dalam mencari perhiasan
* Tak mensia-siakan waktu untuk berhias.
* Perhiasan untuk suami. Fikirlah, apa keistimewaan yang kita nak tunjukkan pada suami kita nanti jika sekarang kita berlebih-lebihan dan itu menjadi tontonan lelaki bukan mahram kita?
Salah satu etika berhias yang perlu dititik-beratkan oleh muslimah iala untuk tidak menyerupai pakaian wanita kafir iaitu pakaian yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Jom kita fikirkan persoalan ini. Wanita muslimah ialah golongan yang telah dimuliakan Allah SWT dan telah ditinggikan darjatnya. Apakah kini kita rela mengikut budaya fesyen yang akan merosakkan ketinggian darjat kita? Tepuk dada tanya iman. Ada satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA, " Barang siapa menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk sebahagian daripada mereka.". Ada satu kisah di mana Rasulullah SAW melihat sahabatnya memakai baju bergambar burung lalu Rasulullah SAW menyuruh sahabat itu mencampak pakaian itu darinya. Apabila sahabat bertanya di mana hendak mencampakkannya, Rasulullah SAW berkata, "fi an-naar (neraka)". Hal ini jelas menunjukkan larangan memakai pakaian yang menyerupai orang kafir.
jom fahami Tabarruj :)
Ya ukhti, tak boleh macam ni ya. Sebelum keluar rumah, check penampilan anda dulu. Peringatan untuk diri ieka sendiri juga :) "aku nak cari lelaki kaya." bermaksud belum jadi suami, jadi tak boleh berhias berlebihan okay. :) Ingat, niat tak menghalalkan cara.
Untuk renungan bersama :)
Salam ingatan ikhlas dari hati.
0 comments:
Post a Comment