:: Assalamualaikum ::
:: sayang sahabat kerana Allah SWT :: |
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat hidup oleh Allah SWT. Dalam hidup kita, kita ada sahabat yang menjadi teman kita berbual, bergosip dan sebagainya. Sahabat yang menjadi belangkas kita ke mana sahaja kita pergi. Indah bukan? Tapi lagi indah jika ikatan persahabatan tu disulamkan, dijalin rapi kerana Allah SWT. Kita pernah melafazkan, "Saya sayang awak." kepada sahabat kita. Sekarang, praktikkan pula ucapan, " Ana Uhibbuki Fillah" atau " Saya sayang awak kerana Allah." Nescaya, ia akan lebih indah dengan syarat lafaz itu datangnya ikhlas dari hati. Kita beruntung jika kita ada sahabat, tapi akan lagi beruntung jika kita ada sahabat yang dapat mentarbiyah diri kita ke arah jalan yang diredhai Allah SWT.
Ketika menulis entry ini, sebak di dada kian terasa kerana ieka rasa amat bersyukur dikurniakan sahabat yang sentiasa tak kering gusi dalam memberikan nasihat, memberikan teguran dan berkongsi ilmu dengan ieka. Sahabat yang sentiasa mengajak ieka ke arah kebaikan. Sahabat yang bukan sahaja menyekang air mata ieka bila kesedihan tetapi yang mengingatkan ieka the reason behind everything that happened. Syukran Ya Rabb.
duhai sahabat yang ieka sayang kerana Allah SWT,
Andai ieka terlena kejutkanlah ieka dari mimpi yang palsu,
Andai ieka lalai janganlah takut untuk memberikan teguran,
Andai ieka jauh dari-NYA segeralah tarik ieka kembali,
Andai ieka khilaf maka marah dan perbetulkanlah,
Andai dirimu ieka sakiti maka maafkanlah.
Semoga ukhwah yang terjalin antara kita kekal hingga Jannah dan sentiasa di bawah rahmat-NYA. InsyaAllah. Ukhwah Fillah Abadan Abada. :)
Sekeping hadis santapan rohani :
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”
Ana uhibbuki fillah....♥
:: Housemates ::
p/s : hargailah sahabat anda sementara anda masih punya masa.
quote from sahabat today : If you are afraid to make the first step, there will never be second step.
0 comments:
Post a Comment