CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 Jan 2012

a comforting solution

:: Assalamualaikum ::


Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
How lucky we are right? 

Alhamdulillah, dapat juga meluangkan masa sekejap dengan blog setelah seminggu yang teramat hectic. :)

Dulu, ustaz pernah ajar if kita berada dalam situasi yang mencemaskan dan kita perlu kekuatan, baca ayat ni :

" La takhaf wala tahzan, innallah ma'ana"

Selepas itu, seringkali ieka amalkan ayat ni sewaktu ieka ketakutan dan alhamdulillah, ieka dapat rasakan satu kekuatan muncul dalam diri. Subhanallah~ Allah SWT itu Maha Berkuasa. Sebenarnya, itulah yang terbaik. Pabila kita dalam masalah, jangan cepat mencari manusia yang juga ciptaan Allah SWT seperti kita untuk diluahkan segala yang terbuku, tapi carilah DIA. HE will always be with us through thick and thin, through sorrow and depression, through hunger and satisfaction and here the list goes on. Yakinlah, bila Allah SWT ciptakan ujian buat kita semestinya DIA juga sudah ciptakan solusi untuknya. 

Dear akhowat yang disayangi,

Biar mata buta kerana cinta dunia, asalkan ia mencelikkan kita tentang jalan tarbiyah,
Biar hati disakiti oleh manusia di dunia fana, asalkan ia menyembuhkan jiwa ke arah keredhaan Allah SWT,
Biar telinga sering mendengar kata-kata nista lagi dusta, asalkan suara kebenaran dapat menggantikannya,
Biar sekalian dunia membenci, asalkan kita disayangi dan dijaga oleh sang Pencipta.
 
Ingatlah, 
Jangan mencari simpati manusia, kerana lagikan cahaya malap apabila malam menjelma. Seek for HIM because only HIM will hold you forever. Bila tiada insan yang ingin mengesak tangisan kita, ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa ada. Bila tiada insan yang ingin mendengar, ingatlah Allah SWT sentiasa mendengar doa-doa kita. Bila tiada insan yang ingin memberikan perhatian, ingatlah yang Allah SWT sentiasa memerhati dan menjaga kita.

InsyaAllah. 
Jazakillahu khairan kathira.
Salam ingatan ikhlas dari hati.

 




0 comments:

Post a Comment