CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 Dec 2011

Twins of Faith vol 2 :')

:: Assalamualaikum ::

Maha Suci Allah yang masih memberikan kita detik untuk bernafas dan merasai nikmat di muka Bumi ciptaanNYA ini. Alhamdulillah :) Ha, kome semua ingat tak entry Twins of Faith yang ieka post hari tu? Kalau tak baca lagi, klik sini entry lepas. InsyaAllah, hari ni ieka akan update tentang ToF juga. ^_^

Hari kedua : 25 Disember 2011

Hari ni, hari kedua Twins of Faith. Kami bertolak daripada MIAT jam 8.00 pagi. Alhamdulillah, semangat untuk mendengar talk pada hari ni menebal, acece :) Program pertama pada hari ni ialah sesi talk sisters dengan para penceramah. Terasa istimewa pulak sebab ada sesi khas untuk para ukhti. Alhamdulillah, sepanjang Twins of Faith berlangsung, memang jelas nampak ukhti begitu dijaga. Itulah keindahan Islam kan? Syukran Ya Rabb. Jadi, para ukhti, bersyukurlah kerana kita dikurniakan keistimewaan dalam Islam. Antara penceramah yang mengendalikan sesi talk bersama sisters ialah brother Boona Mohamed dan SH Yahya Ibrahim. Antara soalan yang diajukan oleh ukhti ialah tentang aurat wanita. SH Yahya Ibrahim mengatakan bahawa ada tiga kategori aurat iaitu aurat ukhti dengan suami, wali dan Allah SWT, aurat ukhti dengan mahram, dan juga aurat ukhti dengan public. Bagi ukhti yang nak tahu lebih lanjut tentang aurat wanita, boleh baca dekat sini bicaraukhti :) Soalan seterusnya ialah tentang perkahwinan. Majoriti mentaliti masyarakat kita pada hari ini menganggap usia di waktu belajar adalah tak sesuai untuk berinjak ke alam perkahwinan. Apabila anak mereka mengajukan isu tentang ini, mungkin ramai ibu bapa yang cakap, "amboi, gatai naa. belajar tak habis lagi dah nak kahwin. Belajar tinggi-tinggi dulu!" Ha, tu dia. Satu yang masyarakat tak sedar, iaitu perkahwinan adalah sesuatu yang suci, sesuatu yang boleh menyelamatkan anak-anak dari terjebak dengan zina. Bukankah perkahwinan itu menambahkan keindahan dalam kehidupan? InsyaAllah~ SH Yahya Ibrahim ada berpesan agar ukhti dan akhi berani untuk mengatakan, "I am ready for marriage!" kepada ibu bapa kita. Brother Boonaa pula mengatakan yang bila seseorang sudah mengisi hati kita, kita seharusnya melakukannya melalui cara yang halal iaitu perkahwinan. Soalan seterusnya ialah tentang isu poligami. Apabila si suami mengatakan hasrat mereka untuk berkahwin lagi dan si isteri redha dengannya, apakah persediaan yang harus dilakukan. Ya, isu poligami bukanlah suatu isu yang mudah untuk diutarakan kerana bagi wanita ianya sesuatu yang sensitif. Tapi, bagi ieka, jika si suami mampu untuk bersikap adil terhadap isteri-isterinya, mengapa tidak kan? Dalam kitab Al-Qardawi ada menyebut tentang isu ini yang mana mengatakan si suami boleh berkahwin lebih dari satu selagi mana dia mampu adil dari segi zahir dan batin dan haram baginya jika dia tahu dia tak mampu. Seterusnya ialah tentang solat istikharah, bagaimana kita nak tahu petunjuk yang kita peroleh. Bila SH Yahya menjawab soalan ni, barulah ieka sedar yang fahaman ieka selama ini adalah salah. Kita sering menganggap bahawa solat istikharah itu dilakukan bila mana kita ada lebih dari satu pilihan dan kita tak yakin pilihan mana yang harus kita ambil. Syukran Ya Rabb kerana telah betulkan kefahaman ieka. Menurut SH Yahya, solat istikharah perlu dilakukan bila kita sudah menetapkan satu pilihan tapi kita nak kan kepastian. Sebagai contoh, ukhti dilamar oleh seorang akhi. Bila diselidik segala latar belakang dan agama si akhi, si ukhti yakin bahawa akhi tersebut baik untuk dirinya. Tapi, si ukhti mahukan kepastian adakah akhi tersebut yang telah ditatpkan di Lauh Mahfuz untuk dirinya, maka saat inilah ukhti harus melakukan solat istikharah. Hal ini kerana dalam doa semasa solat sunat istikharah menggariskan, "Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya" Jazakallahukhair~ 

Talk oleh SH Navaid Aziz membawa tajuk "Yourself is the biggest investment." Beliau mengatakan kita tak akan mengenali seseorang dengan baik selagi belum melakukan tiga perkara iaitu, travel with them, doing business with them and spend a night with them. Dalam memilih sahabat, kita harus berhati-hati kerana peribadi kita mungkin akan terpengaruh dengan mereka. If you stay with nine idiots, you might be number ten right? :) Bercakap soal investment, mesti dalam kepala kita yang ada hanyalah money money money. Sedangkan kita tahu, yang duit ni tak boleh memberikan kita segalanya, because money can't buy deen, can't buy wisdom and yes can't buy happiness. Money should stay in our hands but should not reach our hearts. ^^ 
"Education is for life not for living." Itulah tajuk yang dibawakan oleh SH Ameenah Bilal Philips.Err apa bezanya ea? Cuba check balik, apa sebab kita struggle study tinggi-tinggi, masuk U bagai tu. *peringatan untuk diri sendiri juga* Sebab nak dapat a better life? nak dapat gaji tinggi so dapat boleh beli apa saja? Nak bagi parents bangga? Nak sama level dengan yang tersayang? or takde apa-apa sebab? Itulah silap kita sebenarnya. Hila Asyraf ada kata, "Kadang-kadang dalam kesibukan kita mengisi hidup, kita terlupa meletakkan Allah SWT di dalamnya. kerana itu hidup kita resah kerana tiada yang betul-betul kuat untuk menguatkan kita." Muhasabah diri. Pernah tak dalam hati kecil kita, kita niat nak study sebab nak kejar cahayaNYA? Pernah tak kita niat kita study sebab kita nak kejar ilmu Allah yang luas di muka Bumi ni? Pernah tak kita niat yang kita study sebab nak angkat imej Islam di mata dunia? Dalam dunia moden ni, Islamic education tak ramai yang ambil kisah, sebab bagi mereka tu tak ada ditanya dalam interview nak dapat kerja nanti, tapi sedarlah bahawa ia akan ditanya in the life hereafter. 

Salah sorang penceramah yang membuatkan ieka impressed ialah SH Tawfique Chowdury kerana beliau ialah seorang medical doctor(MD) yang sangat bergiat aktif dalam bidang dakwah. Beliau memberi satu analogi, iaitu harta ialah sebagai oksigen untuk Islam terus berkembang. Itulah sebenarnya yang harus kita lakukan. Dalam dunia yang fana ni, takde satu pun yang hakiki menjadi milik kita kerana semuanya ialah hak Allah SWT. DIA yang memberikannya kepada kita dan DIA juga yang berhak menarik balik semuanya daripada kita. For Allah SWT sake, do not be full, do charity and help others as it will be asked on the day of judgement. Mardhatillah~


Even baru dua hari Twins of Faith melabuhkan tirainya, ieka sudah rasa rindu dengan suasana semasa di sana. Suasana yang sangat mendamaikan dan suasana yang sangat positif. Rugi bagi sesiapa yang tak join Twins of Faith. Semoga semuanya tak berakhir di sini. InsyaAllah~ Sesuatu yang buatkan ieka excited dan sebak masa second day ni ialah dapat berjumpa dengan sahabat ieka masa kat SSP dulu. Mana tak excitednya, dah dua tahun tak jumpa since kami sama-sama meninggalkan SSP after SPM dulu. Masa nampak dia dekat Twins of Faith, ieka terus berlari even pakai long skirt, di celah-celah orang ramai dan terus peluk dia. Tak kisah dah apa orang nak cakap sebab rindu sangat dekat dia. Syukran Ya Rabb sebab berikan peluang ni. :')




skin, semoga awak berjaya dalam bidang Medic.
kenangan kita di SSP tak akan ieka lupa.
jaga koop sama-sama, teman ieka masa ada prob, study sama-sama :')
ieka akan sentiasa support awak and I know you too will do the same.


Lack of action towards Allah SWT indicate less knowledge. 

Salam ingatan ikhlas dari hati :)

0 comments:

Post a Comment