:: Assalamualaikum ::
:: mencari cinta hakiki :: |
Pada suatu hari, datang seorang lelaki menemui seorang wanita idamannya.
encik ABC : Assalamualaikum awak. em. saya ada sesuatu nak cakap dengan awak.
cik 123 : [hanya d.i.a.m....]
encik ABC : em. awak, saya nak tanya something boleh?
cik 123 : [hanya d.i.a.m...]
encik ABC : awak dah ada yang punya ke?
cik 123 : [masih d.i.a.m....]
encik ABC : sebenarnya kan awak..em.. saya dah lama perhatikan awak. saya sebenarnya.. em dah lama sukakan awak. penampilan awak yang simple buat saya tertarik untuk lebih mengenali awak.
cik 123 : [d.i.a.m ]
encik ABC : Saya perlukan awak untuk melengkapi kekosongan dalam hati saya. Jujur, saya sangat menyayangi awak.
cik 123 : [memandang tanpa sekelumit rasa..]
encik ABC : Saya benar-benar ingin awak menjadi milik saya. Saya janji hanya awak di hati saya dan awak tiada yang lain dapat menjadi pengganti awak.
cik 123 : [menghela nafas panjang] cukup. saya tak nak dengar lagi kata-kata kosong awak tu.
encik ABC : ha?? tapi saya betul-betul maksudkannya. [ekspresi muka terkejut]
cik 123 : Enough is enough. Jika betul awak sayangkan saya keranaNYA, jumpalah wali saya. [beredar tanpa bicara]
.............................................................................................
Indah kan kalau rijal yang datang dalam hidup kita melamar kita melalui wali kita dan bukannya kata-kata sarat dengan bunga-bungaan tapi hakikatnya kosong. Subhanallah~
duhai bapa,
" jika datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia, jika tidak kamu nikahkan maka akan timbullah fitnah dan kerosakan" HR Tirmidzi
duhai akhi,
"barangsiapa yang menikahi wanita kerana kehormatannya (jawatan) , maka Allah akan menambahkan kehinaannya, barang siapa yang menikah kerana hartanya maka Allah tak akan menambah kecuali kefakiran, barang siapa yang menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan) maka Allah akan menambah kerendahan, dan barang siapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya dan memperat silaturrahim maka Allah akan memberikan barakahNYA kepada suami isteri tersebut." sabda Rasulullah SAW.
salam ingatan ikhlas dari hati :)
0 comments:
Post a Comment