CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 Dec 2011

Twins Of Faith vol 1 :')

:: Assalamualaikum ::


:: twins of faith; PICC Putrajaya ::

Segala puji dipanjatkan buat Allah SWT yang menciptakan malam dan siang, pemilik semesta alam. Alhamdulillah, syuran Ya Rabb kerana ieka berpeluang untuk menyertai satu program yang bagi ieka sangat bermanfaat dan semestinya julung kali diadakan di Malaysia. Satu program yang mengumpulkan umat Islam dari serata dunia. InsyaAllah, ieka akan kongsi apa yang terjadi di ToF. 

Hari pertama : 24 Disember 2011 

Kami bertolak daripada kolej sekitar jam 5.00 pagi. Alhamdulillah, perjalanan ke sana lancar dan kami sampai di PICC, Putarajaya sekitar jam 10.00 pagi. Perkara pertama yang harus kami lakukan ialah ke kaunter pendaftaran. Macam pendaftaran biasa, kami diberikan sebuag beg yang mengandungi booklet, beberapa pamphlet program yang bakal diadakan tahun hadapan, pen, dan majalah. Urusan kami di sana agak mudah kerana dibantu oleh sisters yang jadi volunteer. Mereka sangat peramah dan setiap kali berjumpa salam sentiasa kedengaran. Alhamdulillah. Satu perkara yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita. Let us spread the SALAM. 

Sesi pertama ialah talk daripada SH Yahya Ibrahim. SH Yahya Ibrahim memberikan satu analogi kepada semua ukhti dan akhi yang hadir. Analogi beliau ialah, kita semua ni diibaratkan sebagai manusia yang sedang dahaga, thirst for deen, thirst for knowledge and thirst for wisdom. Dan semestinya, bila kita dahaga, kita akan cari sumber air untuk diminum bagi menghilangkan dahaga kan? Bezanya di sini, adakah kita semua berjaya mencari sumber air yang bersih atau terus meminum sumber air yang telah dicemari? Subhanallah~ Beliau juga ada mengingatkan agar kita tak melihat diri kita lebih bagus daripada orang lain dan semestinya kita tak boleh sewenang-wenangnya menilai orang lain. We hear from Allah SWT and we obey it. InsyaAllah~ jazakallah~ 

Sesi kedua ialah talk daripada SH Alaa Al-Sayed. Ieka sangat tertarik dengan cara beliau menyampaikan talk. He always remind us to build a nation, at least one block at a time. Kata beliau, ilmu tanpa amal adalah insane. Beliau juga ada memberikan tips untuk para ukhti dan akhi mencari pasangan hidup. Paling menarik pada hari pertama, ada sesi Marriage Corner yang dikendalikan oleh beliau. hee~ :) Build a nation builder not a nation breaker and do always remember who we are. InsyaAllah~

Sesi ketiga ialah talk oleh SH Navaid Aziz. Talk beliau adalah untuk memberi penegasan terhadap, " I am a Muslim and I should be PROUD." Ya. mulut mudah cakap, "I am proud to be a Muslim.". Tapi ketahuilah ucapan tanpa tindakan adalah satu tindakan yang tak matang. Jika kita bangga menjadi seorang Muslim, setiap tindakan kita, kita akan buat dengan sepenuh daya kita agar impak yang terhasil adalah yang terbaik. Dalam setiap tindakan kita, kita akan menonjolkan kepada non Muslim bahawa Islam itu indah. Contoh melalui tindakan adalah yang terbaik dan sememangnya itulah cabaran buat kita. Kenapa kita harus buat yang terbaik? because Allah SWT created us to worship HIM. InsyaAllah, sama-sama kita usahakan ya? Yesterday, I am stupid, so I am going to change the world. But today, I am wise, so I am going to change myself. 

Asyik talk je, penat juga kan? Ha, masa ToF ada juga sesi entertainment tau. Tapi, entertainment yang tak melalaikan kita. Alhamdulillah~ Sesi entertainment pertama ialah oleh brother Boonaa Mohamed. Ha, bagi sesiapa yang nak kenal brother Boonaa Mohamed dan nak beli CD beliau, boleh klik sini Boonaa. Beliau mendeklamasikan beberapa buah sajak hasil nukilan beliau. Turut hadir ialah seorang artis nasyid iaitu Mu'adz Dzulkefly. Nak kenal beliau? Tengok sini, Mu'adz. Dalam lagu yang didendangkan oleh beliau, ada beberapa mesej yang masih segar dalam ingatan ieka iaitu, " Make the best of your life before you die, make the best of your health before you sick." Turut memeriahkan suasana ialah Figure of Speech dari Japan iaitu Shinji. Ieka amat tertarik dengan beliau sebab walaupun beliau non-Islam tapi beliau amat aktif dalam aktiviti kebajikan bersama-sama dengan Viva Palestine. Jadi, kita sebagai orang Islam pun seharusnya mengaktifkan diri dalam aktiviti sebegini, untuk membantu saudara kita yang memerlukan. Ingat lagi tak cerita entry lepas? hee~ Seterusnya ialah Muslim Belal turut mendeklamasikan beberapa buah sajak beliau. Apa yang menarik tentang beliau ialah, beliau memeluk Islam sekitar usia belasan tahun. Mendengar cerita beliau, serious buat ieka rasa sedih. Satu qoute yang menarik dari performer seterusnya iaitu SH Hussein Yee ialah " ISLAM: I shall love all mankind" ^_^

Talk seterusnya ialah oleh SH Yahya Ibrahim yang membawa tajuk, "For the sake of HIM only!" Beliau berkata, " You must desire for Allah SWT." dan cara kita lakukannya ialah dengan mengorbankan masa, tenaga untuk seek for HIM. We also must enjoy the sincerity in the relationship with Allah SWt which this particular sincerity were show in our private life. Sama-sama kita renungkan :)

Okayy, basically, ToF ni dianjurkan oleh Mercy Mission. Satu badan kebajikan yang agak aktif dalam aktiviti dakwahnya. Cuba tengok sini, Mercy Mission :). InsyaAllah, sesiapa yang nak menderma kepada Mercy Mission, boleh derma di laman web berkenaan. Ataupun, boleh derma kepada NZF. Klik sini Letusbelieve. InsyaAllah, moga-moga apa yang kita lakukan mendapat keberkatanNYA. Okayy, ni adalah talk pada hari pertama, next entry ieka cerita tentang hari kedua okay? :) Alhamdulillah, walaupun sangat penat dan lapar kerana perut hanya diisi dengan dua biji muffin saja dari pagi sampai malam, tapi ieka rasa sangat happy! :)



0 comments:

Post a Comment