:: Assalamualaikum ::
:: only HIM.. :: |
Syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana kita masih berada di bawah redup mentari, menghirup udara segar setiap pagi, masih berpeluang bersama-sama dengan orang yang kita sayang. Okay. Hari ni ieka nak kongsi satu story yang ieka dapat dari SH Navaid Aziz masa di Putrajaya. Satu story yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak tentang kehidupan kita di muka Bumi ini. Satu story yang jika kita hayati betul-betul isi kandungannya, insyaallah kita mampu mengalirkan air mata. Alhamdulillah, terima kasih kepada SH Navaid Aziz kerana berkongsi cerita ini. Tapi, mohon maaf, sebab ieka tak ingat nama watak dan tempat.
...................................................................................
Pada suatu hari, dua orang lelaki, yakni adik-beradik membawa seorang pengembala untuk dihakimi kerana telah membunuh ayah mereka.
Tanya hakim itu, " Betul kamu yang bunuh ayah mereka?"
Jawab si pengembala itu, " Ya, benar."
Tanya hakim itu lagi, " Sanggupkah kamu memaafkan pengembala ini?"
Jawab dua orang beradik itu, " Tak! Kami kamu hukuman yang setimpal seperti apa yang berlaku pada ayah kami!"
Setelah itu, hakim itu telah membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada si pengembala itu. Tapi, si pengembala itu telah memohon agar hukumannya dilakukan pada keesokan harinya. hal ini kerana dia mahu menguruskan harta peninggalan arwah ayahnya agar adik si pengembala itu tak susah setelah dia tiada. Si hakim itu berasa agak hairan dengan permintaan si pengembala itu lalu berkata, "Aku akan membenarkan permintaan kau jika ada yang sanggup menjadi penjamin bagi kau." Setelah beberapa ketika menunggu, nun jauh di sana, ada seorang lelaki yang mengangkat tangan dan menjerit, "Aku sanggup menjadi penjaminnya!" Setelah itu, si pengembala itu pun pulang ke rumah dan menguruskan apa-apa yang patut.
Keesokan harinya, yakni hari si pengembala itu akan dijatuhkan hukuman mati, ramai yang datang kerana ingin mengetahui apa yang bakal terjadi. Apakah si pengembala itu akan datang? atau apakah si penjamin itu yang bakal menanggung hukumannya? Setelah sampai masanya, si pengembala itu tak muncul juga.
Hakim itu berkata, " Oleh kerana dia tak datang, maka hukumannya akan ditanggung oleh kau sebagai penjaminnya."
Tak lama kemudian, si pengembala itu akhirnya muncul juga dan berkata, "Aku dah bersedia menerima hukumannya!"
Hakim berasa hairan lalu berkata, " Kenapa kau datang? Sedangkan aku tak menghantar apa-apa perisik untuk mengawasi tindakan kau? Kenapa kau tak larikan diri?"
Lalu si pengembala itu menjawab," Hanya kerana satu sebab. Aku tak mahu orang mengatakan ISLAM itu pengecut."
Tanya hakim kepada si penjamin itu," Kenapa kau sanggup menjadi penjamin sedangkan kau tahu jika pengembala ini tak datang, kau yang akan menanggung akibatnya?"
Jawab penjamin itu, " Hanya kerana satu sebab, aku tak mahu orang mengatakan ISLAM tak menolong saudaranya yang memerlukan bantuan."
Seketika kemudian, dua beradik itu berkata, " Kami memaafkan si pengembala ini. Kami juga tak mahu orang mengatakan ISLAM itu tak memaafkan orang yang melakukan kesilapan. "
...........................................................................................................
Subhanallah~ Betapa indahnya mesej yang ingin disampaikan dalam cerita di atas. Sekali lagi, maaf sebab ieka tak ingat nama watak dan tempat cerita ini. Bayangkan, hanya kerana satu sebab, mereka mampu melakukan semua ini. Berani menanggung kesalahan, berani menolong orang lain walaupun membahayakan diri sendiri, dan berani memberikan kemaafan. Indah kan? Memang itulah yang disarankan kepada kita agar sentiasa membantu saudara-saudara kita yang dalam kesusahan tak kira bangsa, umur, dan pangkat. seseorang pernah berkata kepada ieka yang segala apa yang kita lakukan itu semua membawa imej Islam di mata masyarakat. Cermin diri kita, tanya hati kita, mampukah kita lakukan seperti yang sedemikian? tepuk dada tanya minda. InsyaAllah~ Sama-sama kita mohon pada Allah SWT agar diberikan kekuatan hati dan fizikal untuk melakukannya. Salam ingatan ikhlas dari hati :)
"you will never enter Jannah until you believe. And you will never believe until you love"
so, until I love until you love until we love. InsyaAllah~
0 comments:
Post a Comment