CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

16 Dec 2011

ICE: OT :)

:: Assalamualaikum ::

Syukran Ya Rabb kerana hari ini ieka berpeluang untuk melawat ke OT atau nama penuhnya Occupational Therapy. Mula-mula ieka ingatkan Operation Theater, tempat doktor bedah orang tu. Dah kecewa sikit semalam tapi bila dah pergi OT hari ini, rasa gembira sangat. Alhamdulillah. Kata orang, sesuatu yang telah dirancangkan tu pasti ada kebaikan yang tersembunyi. Ieka sampai di OT tepat pada jam 8 pagi, lengkap dengan berkot putih. dah rasa macam doktor pula. InsyaAllah~ 5 tahun lagi :) kome semua tahu tak OT buat apa? ha, OT ni nak sama macam fisioterapi. Cuma, rawatannya lagi detail sebab rawatan yang diberikan juga melibatkan kognitif manusia. Rawatan yang diberikan bukan sahaja untuk membantu memulihkan kecacatan yang dialami, tetapi juga untuk membantu pesakit untuk berdikari dalam kehidupan seharian. Franky speaking, hari ni baru ieka tahu tentang kewujudan OT ni. Kat sana, ada banyak bilik yang dibahagikan kepada beberapa jenis rawatan. 

Okay, bilik first yang ieka kunjungi ialah tempat rawatan untuk pesakit yang mengalami kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan. Antara rawatan yang diberikan ialah pain management dan juga fluidotherapy. Bilik kedua ialah bilik simulasi motor. huhu. translate habis -.-" Bilik ni dah macam gymnasium dah rupanya. Banyak alatan untuk bersenam ada di sana. Masa ieka melawat bilik ni tadi, ada seorang patient strok yang datang untuk rawatan. Mula-mula dia diberikan rawatan muscle tone iaitu untuk menguji keupayaan otot dia. Seterusnya ialah rawatan menggunakan hand cycling untuk meningkatkan koordinasi otot tangan beliau. Bilik seterusnya ialah bilik rawatan kanak-kanak. Ha, ni part paling best bagi ieka. Almaklumlah ieka memang suka kanak-kanak dan memang cita-cita ieka untuk jadi pakar kanak-kanak. Kenapa part ni best ek? Sebab ieka berpeluang untuk membantu petugas di sana merawat seorang kanak-kanak yang mengalami Poor Attention Spent. PAS ni adalah sejenis penyakit di mana that particular person feels very hard to concentrate on something for a long period. Dia akan mudah terganggu dan jika diperhatikan mata dia akan terarah pada tempat lain walaupun kita sedang bercakap dengan dia. Selain itu, pesakit PAS juga akan mengalami kesukaran untuk bercakap di samping kesukaran untuk menulis. Adik yang ieka main-main dengan dia tadi, walaupun umurya sudah menjangkau 4 tahun, lahiriah sepatutnya sudah pandai mewarna tapi dia hanya mampu menconteng. Rasa sebak bila ieka tengok dia. :* Ni menguatkan lagi semangat ieka untuk menjadi pakar kanak-kanak, ingin membantu kanak-kanak seperti adik tadi. Sebelum balik, ieka ternampak seorang budak yang sedang dikendong oleh ibunya. Tiba-tiba, ada sesuatu yang menganggu ieka. Upslanting eyes, small flat nose, small face. " Budak ni down syndrome ke?" detik hati ieka. dan ya, memang betul dugaan ieka. Satu lagi keadaan yang buatkan ieka sebak. em. Ya Allah, KAU bantulah kanak-kanak seperti mereka untuk meneruskan kehidupan di muka Bumi ini. AMIN~

Selain dari melawat, doktor di sana menyuruh kami untuk merasai suasana berada di bilik rawatan sensory management untuk kanak-kanak. hee~ serious! Rasa macam budak-budak. Bilik tu ada simulator animasi gambar ala-ala muzium sains, alat-alat mainan, lampu yang warna-warni. hee~ best sangat! Alhamdulillah hilang tensi kejap. Mungkin tu juga yang dirasai oleh kanak-kanak yang mendapat rawatan di sana. Adik-adik, semoga cepat sembuh ya? Be tough! :)

:: there is no way to escape, face it!::

0 comments:

Post a Comment