CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

16 Dec 2011

soal hati : beza antara couple dan bercinta

:: Assalamualaikum ::


:: ikatan perkahwinan yang berlandaskan kerana DIA pasti kekal selamanya. InsyaAllah~::

Syukur ke hadrat Ilahi kerana ieka masih diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan pada hari ini. Syukran Ya Rabb~ Baiklah, istilah couple dan bercinta tentu sekali sinonim bagi remaja mutakhir ini. Dulu, ieka sering tertanya-tanya, apa beza couple dan bercinta ni. bukan sama ke? errrr errrr eh eh -.-" sama ke tak ye? sila gunakan neuron anda untuk berfikir :) Lahiriah, kita adalah manusia biasa yang ada rasa untuk dicintai dan mencintai. Fitrah kehidupan. Bagi ieka, couple dan bercinta ni are totally different. kenapa beza ye? Sila renungkan fenomena yang berlaku di sekeliling kita sekarang. Ya. Ramai remaja yang couple. I love you, you love me. and that is it, we are happy. Eh, betul ke happy nei? Ramai orang cakap, "untunglah ada orang sayang..." eh, betul ke untung? Tepuk dada tanya minda okay? Jangan tanya sama hati, sebab hati itu kalbu yang boleh berubah-ubah. Sebelum menulis entry ini sebenarnya, ieka dah banyak bertanya pada orang-orang sekeliling, bertanya pada yang pakar. Berdasarkan apa yang ieka dapat dan juga melalui pengalaman sendiri, ieka kuatkan diri untuk tulis entry ni. 

Baikhlah. Couple. Saat yang paling indah. Semuanya nampak betul belaka. Kalau boleh nak berikan yang terbaik pada si dia bukan? Jangan tipulah. Tapi, cuba kita renungkan, selama kita berada dengan si dia, betul ke perhubungan korang tu berdasarkan cinta? Ye la. Hari-hari cakap "saya sayang awak" bagai kan, tapi tulus ke? ikhlas ke? Tu, ieka tak dapat nak cakap, cuma tanya lah diri sendiri sebab kita boleh tipu orang lain tapi kita tak mungkin boleh tipu diri sendiri. Realitinya, tak semua remaja yang bercouple, hubungan mereka adalah beralaskan cinta. Mungkin berdasarkan hawa nafsu semata-mata, atau trend masa kini yang remaja harus couple. haha. seriously ridiculous.Tanya sama diri, "a few years later, dia lagi ke yang akan mengisi hati saya?" tanya lagi, " sepanjang saya dengan dia, ada tak orang lain yang menganggu fikiran saya?" tanya lagi, " Sepanjang dengan dia, apa yang kami lakukan untuk mengejar redhaNYA?" jika jawapannya, ya, tak ada orang lain dan anda telah mengajak antara satu sama lain ke arah kebaikan bukan kemungkaran Allah SWT, insyaAllah dia adalah mungkin jodoh yang ditentukan untuk anda. Tapi, jika bukan, pandai-pandai lah fikir atas dasar apa hubungan itu.


Tapi berbeza pula dengan bercinta. Bercinta tak semestinya bercouple dan ianya tak semestinya dizahirkan dengan kata-kata yang boleh hanyut dibawa angin lalu. Ianya boleh secara diam atau dizahirkan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kerana, cinta ini adalah dari hati yang suci untuk memberi. Dan dengan cinta ini juga, mereka akan berusaha sedaya upaya, semaksima yang mungkin untuk menjaga ikhtilat, menjaga cinta ini agar tidak tercalar oleh fitnah dunia dan juga agar sentiasa diberkati Allah SWT. Kebahagiaan yang berlandaskan penipuan tak akan kekal lama kan? Correct me if I am wrong :) Nak tahu lebih lanjut tentang persoalan ni? Baca di sini. dan juga di sini. Semoga kita mendapat seseorang yang mencintai kita dengan seikhlas hati dan bukannya seseorang yang telah tergoda dengan fitnah dunia. InsyaAllah ^_^ Jazakallah~

Ya, kita seharusnya berusaha mencari jodoh kita, tapi persoalannya, usaha yang bagaimana? Tepuk dada tanya minda~

pesanan dari seorang sahabat :)
pesan pada diri,
jangan tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi,
pada insan yang tak mengerti,
kerana sekali kamu memberi selamanya di hati,
berhati-hatilah dalam memberi hati,
kerana ia adalah untuk orang yang tahu menilai betapa berharganya sekeping hati ^^

0 comments:

Post a Comment