:: Assalamualaikum ::
Dalam perjalanan kita melayari bahtera kehidupan ni, banyak perkara yang dapat kita lihat. Typical human behaviour. Sebab tu lah ada peribahasa yang mengatakan," banyak orang banyak ragam." Ya. Sepanjang dua hari ni, banyak betul ragam manusia yang dapat ieka lihat. Ada yang menyenangkan, ada juga yang tak. Biasalah. Ya, manusia tak sempurna. Tapi perlu ke kita menjadikan alasan itu sebagai sandaran? Ieka tak nafikan yang manusia memang tak sempurna, ieka pun banyak cacat celanya, tapi sekurang-kurangnya, ketidaksempurnaan kita tu tak menyakitkan orang lain, boleh tak? Mungkin dah banyak kali orang cakap benda ni, "put youself in others shoes." tapi pernah tak kita amalkan? Sesuatu ilmu tu akan menjadi sia-sia jika hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. sedar tak? Eh, apa yang buat ieka kesal sangat ni? Lupa pula nak ceghite. Sedang ieka asyik berjalan-jalan, *acece* tiba-tiba ieka terdengar suara orang yang sedang marah-marah.
"Makcik! jalan lah cepat sikit! lambat lah! saya nak cepat ni! ish!"
Serious! Ieka terkejut. Mata terus mmencari arah suara itu. Ternampak seorang makcik tua, mungkin baya wan ieka, sedang termengah-mengah menaiki tangga dan ada seorang lelaki muda di belakangnya.Okay. Fine. Semua orang ada kerja masing-masing yang perlu dibereskan. Tapi, perlu ke sampai naik angin macam tu? Ingatlah, sehebat mana pun kita, secantik atau sekacak mana pun kita, suatu hari nanti, jika nyawa masih dikandung badan, pasti kita akan menjadi tua juga. Pasti kulit kita akan kedut juga. Pasti kita akan berjalan termengah-mengah begitu juga. "What goes around comes around." Suka tak if suatu ketika nanti, bila kita dah bergelar atok/nenek,suka ke if orang sergah kita dengan nada kasar begitu? Mestilah tak kan? Bagi ieka, senang jak, apa yang kita tak suka, kita jangan buat benda yang sama pada orang lain. Kita kan ada budi bahasa. Jadi, cakap dengan berhemah. Susun kata kita agar pihak sana tak terasa hati. Boleh je cakap macam ni, "maaf makcik, tumpang lalu..". Budi bahasa budaya kita. atau, slogan ni hanya menjadi paparan jak?
Tak cukup dengan tu, ada lagi yang lebih membuatkan ieka sangat kesal. Kesal kerana ucapan itu terkeluar dari mulut seseorang yang ieka rasa dia patut sudah matang dalam membuat penilaian. Ops, ieka tak kenal siapa dia okay? Sejahat-jahat mana pun kita, janganlah sesekali kita merendahkan martabat agama kita sendiri. Jika dulu, dalam kes Natrah yang pernah menjadi suatu isu yang hangat di Tanah Melayu bila masyarakat bersuara untuk mempertahankan Natrah untuk agama Islam, kini kenapa ada antara kita sendiri yang mempersendakannya? Serious! Ieka hanya mampu beristighfar dan berharap agar pakcik tu sedar suatu hari nanti. Ya, mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman, namun apakan daya kudrat ieka hanya sebagai gadis berusia 19 tahun 11 bulan jak. em. :*
Semoga apa yang ieka kongsikan dapat sama-sama kita manfaatkan.Sayangnya, semua yang berlaku ni adalah perbuatan belia yang bakal meneraju masa depan negara kita nanti. Jika beginilah sikapnya, bagaimana nasib negara kita nanti? Cukuplah negara kita pernah dijajah dahulu, tak kan kita nak biarkan minda kita pula dijajah?
buka hati, buka minda, sama-sama kita fikirkan .
salam ingatan ikhlas dari hati :)
0 comments:
Post a Comment