CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

3 Mar 2013

lepaskan THK?

Assalamualaikum w.b.t.

"Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Telah lama rasanya ana biarkan blog ini sepi tanpa sebarang coretan. Allahu Allah. Sungguh, terlalu banyak yang ingin dikongsi tapi semuanya tersekat di batas waktu.

Sejak program Kempen Menutup Aurat dan Street Dakwah di Kelantan beberapa minggu yang lepas, peti mesej phone dan facebook tidak lekang dengan mesej-mesej dari sahabat-sahabat #TeamHijrah [Kelantan]. Ada yang minta agar ana kendalikan usrah; ada yang mencadangkan variasi program-program yang hebat-hebat lagi ohsem dan tidak kurang pula yang mengutarakan pelbagai persoalan dari bab jodoh, dakwah dan tarbiyyah sampai lah ke bidang medic. Pada yang bertanya dan tak kurang pula yang nak 'tolong' daftarkan ana dalam baitul muslim, jazakumullahu khairan kathira ana ucapkan. Hari yang agak memenatkan menjadi ceria bila baca inbox antum.

Bila teringatkan yang adik-adik THK punya idea yang sangat vavavoom; bila teringatkan yang banyak permintaan adik-adik THK yang terpaksa ana letak dalam mode KIV dulu disebabkan kekangan jarak Ipoh-Kelantan --> hati ana berbisik, "Mungkinkah patut ana lepaskan THK agar adik-adik THK lebih terjaga?" 

Allahu Allah.

Lama juga pemikiran itu berlegar-legar di minda ana. Istikharah adalah jalan yang terbaik, ye dak? Bila kita terlalu mengharapkan fitrah hati, khuatir itu adalah mainan syaitan yang ingin perlahankan langkah kita. Maka dari itu, petunjuk Allah SWT adalah yang terbaik untuk setiap inci langkah kehidupan kita. 

Ada sahabat yang sudah ana kenal sejak 4 tahun yang lepas, sahabat yang sentiasa menjadi tempat ana minta pendapat menghantar text menanyakan kenapa ana ingin mengambil keputusan sedemikian. 

Diam. Kaku. Membisu. 

Lama juga ana ambil masa untuk jawab. Dalam pemikiran ana pada masa itu, semuanya yang ana ingin lakukan ialah demi kemaslahatan adik-adik THK. Bagi ana penglibatan ana dalam THK adalah secara KEBETULAN kerana pada masa itu ana rasa ada keperluan untuk seseorang menjadi initiator bagi perjalanan THK dan bila THK sudah mula bergerak dengan aktif, mungkin ini masanya untuk ana lepaskan.

Tapi, ada seorang akhawat berikan ayat ini semalam;
"Tiada ruang kebetulan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak." - Syed Qutb

Headshot! Tepat kena pada diri sendiri. Alhamdulillah wa syukrillah, Allah SWT datangkan ayat ini pada ana. Teguhkan pendirian. Ada seorang sahabat berkata, "THK masih perlukan awak."

Allahu Allah. 

Walaupun ana mungkin bukan orang yang paling layak untuk menerajui THK, tapi ana akan cuba sehabis daya kudrat yang ada untuk THK sehingga tiba waktu yang Allah SWT dah tetapkan untuk ana. Demi Allah SWT, demi dakwah dan tarbiyyah, demi mahabbah ana  pada THK. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah akan membela kamu dan meneguhkan pendirianmu." Surah Muhammad ayat 7.

Moga langkah ini, Allah SWT pandu. 

Bercakap tang kebetulan, selalunya kita akan dengar masyarakat di luar sana cakap, "Ish, NASIB BAIK saya.............". "Eh, kebetulan pulak jumpa!." dan macam-macam perkataan yang sama waktu dengannya. Nah, mungkin ini masanya kita ubah paradigma kita. Ingatlah, Allah SWT tidak jadikan sesuatu dalam hidup kita itu secara kebetulan kerna pasti ada sebab musabab di sebaliknya. Sebab musabab yang harus kita selongkar dan terima dengan hati yang terbuka. Biasakan diri dengan sesuatu yang biasa bukan dengan keterbiasaan kita. InsyaAllah =)

"Tiada satu pun yang mungkin atau yang akan berlaku dalam hidup kita adalah lebih baik dari sesuatu yang telah berlaku." - petikan kata-kata Syed Qutb.

Wallahua'lam~

Peserta Kempen Menutup Aurat dan Street Dakwah

Street Dakwah di Pasaraya Billion

Jika muncul di hadapanmu akan dua pilihan, maka istikharahlah <3



0 comments:

Post a Comment