CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 Jan 2013

permata yang bersinar

Assalamualaikum w.b.t ...

"Kita berada di medan ini, bukan kerana kita mulia. Tapi kerana Allah nak bersihkan hati kita."


Alhamdulillah wa syukrillah. 

Selesai dengan MABIT semalam, memang sangat terkesan. Hari yang sangat hectic ini diserikan dengan satu whatsapp dari adinda TH Kelantan. Dunia semakin canggih ya sekarang.

Whatsapp itu berbunyi *jeng jeng jeng* 
" Kak Cahaya, street dakwah tu 16hb kan. *** exam 17 tu, kawan-kawan *** yang nak join  semua nak cancel. *** pun beritahu apa yang kak cahaya cerita masa TMM haritu..."

Apa yang kak cahaya tu cerita, biarlah rahsia sebab bukan itu yang ingin ana highlightkan di sini. Ana ingin highlightkan di sini tentang himmah seorang insan walaupun dia masih berada dalam usia persekolahan. Yang mana, mungkin jika kita ada di usia dia, kita masih berperangai keanak-anakan, kita masih sibuk melayani sesaknya dunia dengan pelbagai karenah. Allahu Allah. 

Mungkin ramai yang tercekik kenangan sendiri bila terlintas kenyataan ini. Tapi begitulah kehidupan, kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan. Sebab itu ramai yang memilih untuk mengunyah kenangan itu lama-lama sehingga kemudiannya lupa untuk menelannya. Hasilnya, kembali terperangkap dalam kenangan yang sama. 

Statik. ehem.

Persoalannya di sini, bagaimana ukhti itu boleh ada himmah yang sebegitu? 
Sila gunakan neuron anda untuk berfikir. 

Fikir..


Fikir..


Fikir..

Dah dapat jawapan?
Sebenarnya, jawapannya mudah sahaja. Semudah makan ais batu jagung masa sekolah rendah dahulu. 

It's all because HIDAYAH from Allah SWT.

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
Al-An'aam , 125
Betapa besarnya nilai hidayah itu bagi mereka yang mengetahui. 
Betapa indahnya nilai sebuah hidayah itu bagi mereka yang merasa.
Dan ia, datang kepada seseorang dengan cara yang berbeza-beza.
Ada yang datang melalui sahabat-sahabat.
Ada yang datang melalui keluarga.
Tapi walau apa jua cara hidayah itu datang,
Impaknya sangatlah ohsem.
Dan ia hanya menyapa hati-hati yang dipilh oleh Allah SWT.
Hati-hati yang ingin Allah bersihkan hatinya.
SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH. ALLAHUAKBAR.
Tapi, ramai yang tersalah anggap tentang perihal hidayah ini. Ramai yang lebih memilih untuk menunggu dan menunggu dan menunggu ia datang umpama durian runtuh. 
Typical. Bola tak akan datang bergolek. 
Analoginya di sini, kita dahaga. Air sudah tersedia di depan mata. Tapi adakah ia akan masuk sendiri dalam mulut kita jika kita tak berusaha untuk menggerakkan otot-otot lengan untuk mengangkat gelas itu. Ate, cer fikir. 
Tidak, bukan? Lainlah kalau gelas tu faham telepati. aha.
Maka, begitu juga dengan hidayah. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dari Allah SWT. Dah terang nyata lagi tak payah nak disuluh-suluh dah. Ada dalam kitab cinta Allah yakni Al-Quran.
 Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. 
Surah ar-Rad: ayat 11
Jika kita masih tidak disentap dengan hidayah Allah, maka jangan disalahkan keadaan atau jiran sebelah rumah. Tapi check lah diri sendiri terlebih dahulu. Muhasabah diri. Apa yang telah kita lakukan sehingga kita tidak disapa oleh hidayah Allah. Jika kita imbau kembali ingatan kita tentang sejarah penyebaran Islam. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW kekal dalam hidayah Allah SWT kerana sanggup berkorban demi jalan Allah. Dan ada juga penduduk di Mekah ketika Rasulullah SAW ingin menyebarkan Islam, Abu Lahab misalnya, terus kekal dalam kekufuran tanpa disapa hidayah Allah kerana hatinya terus menolak kebenaran. Hidayah itu dah ada depan mereka, tapi mereka telah letakkan hijab dalam hati mereka. 
Dan hijab kepada hidayah itu akan muncul bila mana kita selalu leka untuk mengerjakan amal makruf nahi mungkar. Bila mana kita letakkan rasa untuk berubah hanya dalam hati dan bukannya diserlahkan melalui tindak-tanduk perlakuan kita. 
Jika dulu kita suka laburkan wang entah kemana-mana; maka mulalah menderma.
Jika dulu kita suka meninggikan suara pada ibu bapa; maka mulalah belajar menghormati mereka.
Jika dulu kita malas untuk berdoa; mulalah untuk berdoa pada Allah SWT.
Jika dulu kita suka untuk meninggi diri; maka belajarlah untuk rendah-rendahkan diri.
Jika dulu kita sangat tidak sabar dalam berurusan; maka banyak-banyakkan istighfar.
Jika dulu kita suka mendedahkan aurat pada lelaki bukan mahram; maka mulalah tutup yang mana patut.
Jika dulu terlalu taksub dengan cerita korea; maka mulalah taksub pada ceramah agama pula.
Jika dulu suka jadikan Al-Quran perhiasan; maka mulalah mencintai ayat-ayatnya.
InsyaAllah, sekecil-kecil langkah yang kita lakukan untuk mendapatkan hidayah Allah, Allah tak akan sia-siakan semua tu. Berdoalah agar hidayah Allah menyapa diri kita yang sering alpa ini.

Dan bilamana hidayah sudah menyapa diri, maka ajaklah orang lain untuk turut sama merasa nikmatnya berada dalam hidayah Allah SWT. Insya Allah.

When your surrounding seems to be so dark,
Search for the light,
search for hidayah.

Allahumma Solli Ala Muhammad. ^_^
#Down Memory Lane

:: Perjumpaan yang disangkakan untuk bincang tentang anak usrah rupa-rupanya bertukar menjadi surprise.::
Jazakumullahu khairan kathira Nahnu Ansorullah yang disayangi. 

"Kerana Allah syg ieka, kami juga menyayangimu kerana Dia :)" -akhawat-
Moga Allah redha.

0 comments:

Post a Comment