CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 Jan 2013

cinta ibu bapa

Assalamualaikum w.b.t...

Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerna Allah SWT masih memberikan kita peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya dan masih diberi peluang untuk menjadikan diri kita sebagai muslim yang lebih baik dari semalam.

Andai dirimu pada hari ini lebih teruk dari semalam, menangislah akan kealpaanmu;
Andai dirimu pada hari ini sama sahaja macam semalam, usahalah perbaiki dirimu;
Andai dirimu pada hari ini lebih baik dari semalam, maka bersyukurlah pada Ilahi.

Teringat ana akan kata-kata Profesor Mazidah sewaktu kuliah Pathology minggu lepas,

"If you still have your parents, then try to spend your weekends with them. As long as they are still alive."

Ana yang duduk di barisan hadapan kuliah, memang dengar jelas setiap bait kata-kata beliau. Kata-kata seorang ibu. Allahu Allah. Terasa sebak sebab dah berapa minggu rancang nak pulang ke rumah tapi asyik tak jadi disebabkan kekangan tanggungjawab yang lebih aula. Homesick. Penyakit yang sememangnya sudah sedia menjangkiti diri ini sejak di SSP lagi. Tapi bila dah besar ni, kena la pandai kawal sendiri rasa homesick tu. Kata-kata ma haritu benar-benar mencucuk rasa seorang anak, "Ibu bapa mana yang tak rindu pada anak dia. Rindu sangat kat anak ma yang susah nak makan ni. Jangan risau tentang ma dan abah. Ma dan abah ok je. Kakak tu, jaga diri baik-baik kat sana."

Sapu habuk. 

Kasih sayang itu adalah anugerah Allah SWT buat hamba-hamba-Nya bagi mengisi ruang yang singkat ini; ruang yang dinamakan sebagai kehidupan. Sungguh sweet Allah SWT; Dia mengurniakan kita pendamping yang setia berada dengan kita dalam susah dalam lelah dalam setiap tawa gembira seawal kita masih dalam kandungan lagi. Mereka itulah ibu bapa kita. Insan yang sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan anak-anak mereka bahagia di dunia dan akhirat. Sungguh besar kasih sayang ibu bapa terhadap seorang anak. 

Ramai yang sedar akan tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya; tapi ramai yang terlepas pandang akan tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya. Ketahuilah, selautan pengorbanan yang kita lakukan untuk ibu bapa kita tetap tidak setanding dengan setitis pengorbanan mereka buat kita. Apatah lagi jika kita mengabaikan tanggungjawab kita; melayan mereka seperti mana mereka tidak wujud. Allahu Allah. Sedangkan perbuatan kita di dunia akan menjadi kayu ukur adakah kita benar-benar menghargai ibu bapa kita atau tidak. 

 Firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka jangan engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan jangan engkau menengking mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakan: Wahai Tuhanku! Kasihani mereka berdua seperti mana mereka sudah memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israk, ayat 23-24)

Dalam Al-Quran dah jelas menyatakan bahawa kita perlu untuk berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa kita. Kita harus menjaga mereka. Kita harus menyayangi mereka. Kita harus menggembirakan mereka. Kita harus mengikuti suruhan mereka selagi mana ianya tidak menyalahi apa yang telah disuruh dalam Islam. Maka wahai anak-anak, jagalah ibu bapamu sebaik mungkin. Hargailah mereka sementara mereka masih ada di muka bumi Allah ini. Ingatlah, segala apa yang kita miliki ketika ini adalah kerana adanya doa dari kedua-dua ibu bapa kita.

Buat bakal zauj,
Jagalah kedua-dua ibu bapamu sebelum berangan-angan nak jaga anak dara orang.

Buat bakal zaujah,
Hargailah ibu mu dan jagalah kepentingannya melebihi kepentingan kamu kerana suatu saat nanti pasti kamu juga akan merasa bagaimana perasaan menjadi seorang ibu.  

Abah dan ma in the middle together with sahabat-sahabat.

Dalam setiap usai solat, titiplah doa buat ibu bapamu.
Moga mereka kekal dalam lindungan Allah SWT.
Allahumma amin~



"Kalau tak sembuh lagi demam ngan selesema tu, takyah la balik. nanti makin teruk. minggu depan nak exam kan?" -ma-
Harus cancel lagi la rancangan nak balik minggu ni.

0 comments:

Post a Comment