CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 Jan 2013

habuk yang menerpa.

Assalamualaikum w.b.t..

"Air mata adalah salah satu diri berbicara saat tiada kata yang mampu dilafazkan untuk mengungkap isi hati."

Setelah sekian lama rasanya pipi tidak dibasahi dengan air mata disebabkan urusan kerja, dan akhirnya semalam tewas juga. Allahu Allah. Jika sebelum ni rasa macam Incredible Hulk, semalam dah rasa macam Kiteretsu balik. Aha. 

Etiology kepada air mata tersebut ialah ayat ini :

Andainya kamu teliti hadis- Hadis Rasulullah S.A.W nescaya kamu akan menangis di atas jawatan yang kamu perolehi. Sabda Rasulullah " Jawatan itu awalnya penyesalan, pertengahannya dukacita dan akhirnya ialah azab Allah di akhirat". Aku sangat gerun bila mengulangi hadis itu berulang kali. Andainya kamu diberi pilihan antara menerima atau menolak sesuatu jawatan, maka tolaklah semampu kamu, kerana engkau tidak akan terbeban dengan amanah berat yang kamu perlu tanggung.
Sekiranya kamu tidak dilantik sebarang jawatan, bersyukurlah kepada Allah kerana Allah tidak bebankan kamu di akhirat. Janganlah kamu kecewa kerana Allah Maha Mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada kamu. .
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Saat terbaca setiap patahayat berkenaan, timbul satu rasa dalam hati. "Mampu ke saya?" Terasa macam menonton filem ngeri masa budak-budak dahulu, terasa seram sejuk. Air mata semakin laju mencurah-curah ke ladang gandum. Perasaan kena buli masa jadi ketua kelas masa tadika dulu pun tak macam ni. aha. Tapi neuron-neuron otak tidak dibiarkan terus hanyut melayani badai perasaan. Ligat mencari ayat-ayat chenta dari Allah. 

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami beriman.", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan.)" 
Surah Al-Ankabut: 2

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah”
Surah al-Baqarah 155-157

Ya, syurga Allah tu bukan percuma. Ibarat kita masa kecil-kecil dulu. Ibu bapa cakap, "Ha, adik. nanti kalau dapat 5A, ma abah kasi basikal." Dan semestinya, nak dapatkan basikal itu, kita harus usaha semaksima mungkin, kan? Dan semestinya kita harus berkorban; berkorban masa, tenaga, dan wang untuk dapatkan apa yang kita mahu yang hakikatnya semua itu adalah pinjaman dari Allah SWT. Begitu juga syurga Allah, kampung abadi kita di akhirat kelak. Dunia, yang merupakan ladang akhirat kita, tempat kita mengumpulkan amal kebajikan agal dapat sedikit sebanyak menjadi bekal buat kita di sana nanti. Dan salah satu caranya, kita gunakan masa yang Allah SWT pinjamkan ni untuk sampaikan ilmu Allah. Dan untuk menyampaikan ilmu Allah SWT juga ada tahapnya. Kita bermula sebagai mutarabbi, dan semestinya suatu saat kita harus melonjakkan diri kita untuk menjadi murobbi, untuk menjadi pemimpin. Kerna sifat seorang da'ie itu adalah bergerak. Harus lajukan langkah kita dalam medan dakwah dan tarbiyyah. Kerna tidak dapat tidak, KITA adalah seorang da'ie.

Lumrah kehidupan, pasti kita akan tersepak dengan batu yang menjadi halangan kepada perjalanan kita. Tapi depends pada kita untuk melihat batu itu dari segi apa; dari segi kasih sayang Allah SWT atau sekadar batu yang tiba-tiba muncul entah dari mana yang hanya menimbulkan amarah dan juga menyiramkan baja putus asa dalam hati. It really depends on us; or should I say it is actually depends on our iman?

" Tidak seorang muslim yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hatu, sedih, disakiti orang, derita, sehingga sebatang duri menikamnya, kecuali dengan Allah memadamkan itu dengan dosa-dosanya." 
Riwayat Bukhari dan Muslim.


Sesungguhnya Allah swt akan menguji keimanan para hamba-Nya dengan melihat setinggi manakah kesabaran mereka ketika ditimpa musibah. Musibah adalah segala bentuk ujian berat yang menimpa kehidupan kita. Maka dari itu, sabarlah dan terus hayunkah langkah dalam medan ini tanpa lelah. 



We have ikhwah/akhawat that will support us.
We have our family that will always be there for us,
and the most importantly WE HAVE ALLAH. 

"walau diri tak ada ilmu..walau diri tak ada kekuatan tapi Allah Maha Mengetahui kemampuan kita.. mungkin Allah pilih kita untuk terus sebarkan syariatNYA..siapa tahu...ini jihad dijalan NYA penghapus dosa lalu.. Allah ada dengan kita..Dia akan bantu kita" -Kak Fie


dan benarlah, di setiap titis air hujan, pasti ada pelangi menanti. setelah puas menyapu habuk semalam, hari ini Allah datangkan dengan pelbagai berita gembira. Alhamdulillah. Syukur kerana Allah permudahkan urusan ini. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ^^

terus mara berjuang!

0 comments:

Post a Comment