CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 Dec 2012

Tautan Mahabbah Muslimah

:: Assalamualaikum ::

AMARAN: Entry ini agak panjang. Sila SABAR :)

Ingin ana mulakan entry pada kali ini dengan satu ungkapan, "Ukhuwwah itu letaknya bukan pada manisnya kata-kata, saya sayang awak sahabatku, tapi manisnya ukhuwwah itu rasanya di dalam hati apabila ukhuwwah itu tersulam indah kerana Allah SWT." *ahah, panjang bebenor*

Antara sebahagian peserta Tautan Mahabbah Muslimah. Waktu ni tengah nyanyi lagu tema, 'Seiring Sehaluan'.
Ihsan gambar dari belog ini. She wrote about TMM very well. Logam kamu wahai ukhtiku sayang. use it well, InsyaAllah :)


Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada 25 Disember 2012 #TeamHijrah Kelantan telah menganjurkan satu program berteraskan 'Ukhuwwah Semanis Kurma' di Masjid Telipot.  Sungguh, beberapa hari sebelum program hati ana sudah berdebar-debar. Aha, seingat ana kali terakhir ana rasa macam ni adalah semasa menghadiri walimah Kak Asma di Kedah. Orang lain kahwin kome pula yang berdebar. *geleng kepala* Kami tidak pernah bersua muka. Ya, ini adalah fakta. Mesyuarat sesama ahli jawatankuasa pun hanya dijalankan melalui sms dan muka buku. Jadi, itu bukanlah sesuatu yang pelik jika ana rasa berdebar, ye dak?

Alhamdulillah juga, cuaca pada pagi itu sangat redup dan mendung. Program bermula pada jam 9.00 pagi. Namun, disebabkan sesat masa nak pergi Kota Bharu *banyak betul jalan sehala*, jadi ana terlambat sampai 10 minit. Aseef jiddan ya adik-adik.

'Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.'

Sampai sahaja di Masjid Telipot, terus menuju ke dewan muslimat. Jazakillahu khayr ukhti Ana kerana bawakan barang-barang yang sangat banyak itu. Kami disambut oleh dua orang ukhti yang sedang menunggu di hadapan pintu masuk dewan muslimat.
 Dalam hati ana masa tu, 'errr. AJK pendaftaran Cik Love. Tapi yang mana satu Cik Love ni. Takpe la, salam je dulu.' *aha, rasa ingin ketuk kepala sendiri*

Tapi belum sempat ana perkenalkan diri masa tengah salam tu, salah seorang ukhti bersuara.

"Aaa, ni kak Cahaya ea? Keciknya akak! Ni Cik Love. hehe." -Cik Love-

"Oh, ni la Cik Love. Aseef akak lambat sampai. Sesat masa nak ambil ukhti Ana tadi. Dah ramai sampai?" -Kak Cahaya-

"Tak ramai lagi. Tapi yang dah sampai tengah tunggu kat dalam." -Cik Love-
Usai sesi pendaftaran, program diteruskan dengan Solat Dhuha. Pada awal-awal sesi, semua masih malu-malu nak tegur antara satu sama lain. Biasalah, baru kali pertama saya nampak awak, awak nampak saya. Lepas je Solat Dhuha, sesi kenyang perut suka hati pun bermula. Seriyesss, tak berkelip mata tengok kuih-muih yang akhawat-akhawat bawa. Sangat banyak! Tak cukup dengan tu, ada yang siap pergi beli di kedai 24 jam tak jauh dari masjid tu. Aiwah adik-adikku ini sangat semangat. Pada sesi makan-makan ini, di samping penuhkan perut, ilmu di dada pun perlu diisi juga, ye dak? 
"Okay, kita semua umat Rasulullah SAW kan? Jadi, apa caranya kita tunjukkan yang kita sayang pada Rasulullah SAW?" -Kak Cahaya-

...krik krik krik krik...
ada seorang ukhti jawab, "ikut sunnah Rasulullah SAW!"
"Ha, betul betul. Jadi, apa antara sunnah Rasulullah SAW masa makan?" -Kak Cahaya-
Ramai yang bagi jawapan, antara sunnah-sunnah Rasulullah SAW ketika makan ialah:
 #Basuh tangan sebelum makan.
#Membaca bismillah.
#Makan menggunakan tangan kanan. Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan yang kanan sehinggakan ada sebuah kisah di mana Rasulullah SAW ingin mencukur rambut dan Rasulullah SAW kepada si pencukur rambut itu agar memulakan mencukur di sebelah kanan.
#Makan dalam dulang. Seriyesss, ini sungguh ohsem! 
#Memulakan makan dengan mengambil makanan yang dekat.
#Menjilat tiga jari selepas makan.

Susah dan senang kita tempuhi bersama.
Bertemu berpisah kerana Allah.
Allahuakbar Allah Maha Besar.
Lailahaillallah.

Itulah antara lirik lagu 'Seiring Sehaluan' oleh UNIC yang menjadi lagu tema kami. Sebelum sesi taaruf dimulakan, kami menyanyikan lagu tema ini. Sungguh, yang penting bukanlah untuk menghafal lirik lagu berkenaan, tapi yang penting adalah untuk menghayatinya. Sematkan dalam hati dan sematkan dalam tali ukhuwwah yang dibina ini. 

-SESI TAARUF-

Tema sesi taaruf ini juga adalah berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. Para peserta diberikan sekeping kad dan diarahkan untuk melakonkan kad yang mereka dapat. Setelah itu, para peserta harus mencari siapakah gerangan yang melakonkan watak yang sama seperti mereka. Nah, maka itulah kumpulan mereka. Untuk memudahkan kerja, sesi taaruf ini kemudiannya dijalankan mengikut kumpulan iaitu kumpulan Hentak Kasut sebelum Pakai, kumpulan Jilat tiga Jari selepas Makan dan kumpulan Berjalan Tegak. Aha, sungguh klasik nama-nama kumpulan itu. Tapi itu bukanlah sekadar nama-nama kumpulan kerana itulah antara amalan yang dilakukan Rasulullah SAW. Kumpulan ana iaitu Berjalan Tegak terdiri daripada Mia Mira, Nasiha Gaberan, Amalina Hamzah dan Syuhada. Setelah berkenalan, ana bertanyakan tentang cabaran sepanjang mereka berada dalam DnT ini. Allahu Allah. Sungguh, pengalaman mereka cukup memberikan something buat diri yang sedang dalam proses pembelajaran ini. 



Khusyuk sungguh mereka mendengar. ^_^
Makan tengah hari. ^_^
Oh! Terima kasih abah sebab angkatkan periuk yang sangat berat itu. *lap habuk*


-AKTIVITI UKHUWWAH 1-

Setelah bertaaruf, program diteruskan dengan game yang berteraskan ithar dan tafaqud. Ana tak dapat nak ceritakan dengan lebih lanjut apa yang berlaku kerana ana tiada di tempat kejadian waktu ini. Ana cuma sempat memberikan briefing tentang game ini. Tapi menurut laporan AJK *acewaahh*, alhamdulillah, akhawat dapat grab apa yang ingin disampaikan dalam game ini kerna sungguh, ini bukanlah game yang kosong semata-mata. 

tindakan game: Para peserta dikehendaki menulis nama masing-masing pada kertas yang diberikan dan AJK akan menyorok kertas berkenaan. Para peserta akan diikat kaki antara satu sama yang lain mengikut kumpulan dan dikehendaki mencari kertas yang terisi nama ahli kumpulan masing-masing. Mana-mana yang tak dapat cari akan didenda.

Aha, sebenarnya tak ada sebarang denda pun, cuma satu propaganda yang ingin diwujudkan. Jahat, bukan? Tujuannya adalah untuk melihat nilai yang ada pada para peserta. Jika wujudnya ithar yakni melebihkan kepentingan sahabat dari diri sendiri dan tafaqud yakni membantu sahabat tanpa perlu diminta, maka para peserta tidak akan tergopoh-gapah untuk mencari nama sendiri terlebih dahulu sebaliknya mereka akan mencari nama sahabat-sahabat lain agar mereka tidak didenda. 

-PENGENALAN #TeamHijrah Kelantan dan BULATAN GEMBIRA: HIJRAH-
Antara objektif program Tautan Mahabbah Muslimah ini adalah untuk memperkenalkan AJK Tertinggi #TeamHijrah Kelantan dan juga memaklumkan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan nanti. 

Penolong: Kak Cahaya
Setiausaha: Cik Love
Penolong Setiausaha: Wardatul Jannah
Bendahari: Syazwanie
Penolong Bendahari: Raudhotul Jannah
Ketua Aktiviti: Azim

Aha, mesti kalian duk fikir, "Asal pelik sangat nama-nama kat atas ni. Asal dari planet lain kah?" Tidak tidak. Semua manusia biasa yang cukup dikurniakan nikmat fizikal oleh Allah SWT cuma ingin di-sirrkan nama sebenar untuk kemaslahatan umum. Antara aktiviti terdekat ialah Kempen Tutup Aurat dan Street Dakwah. Kepada sesiapa yang ingin turut serta, aha moh la ye! 

Pengisian tentang Hijrah diberikan oleh seorang hamba Allah yang masih dalam proses tarbiyyah diri. Pengisian yang bukan berdasarkan teks semata, tapi pengisian yang insyaAllah lahirnya dari hati dan pengalaman. 

" Sesungguhnya aku melihat air yang tidak mengalir itu akan rosak dan membusuk dan jika ia mengalir ia akan bersih dan elok." -Syair Imam Syafi'e

-AKTIVITI UKHUWWAH 2-

Disebabkan masa yang agak limited, maka aktiviti ukhuwwah 2 dijalankan dalam satu bulatan sahaja. Tapi sedih sebab ana tak dapat join sama sebab harus berikan briefing kepada adik-adik. Game kedua ini adalah berteraskan Tafahum dan Ta'aluf. Tafahum beerti saling memahami manakalan Ta'aluf beerti bersatu Muslim dengan Muslim yang lain. Objektif game ini adalah untuk menyuburkan dalam diri peserta agar bersatu sebagai satu muslim yang kuat kerana apabila kita kuat nescaya tiada anasir-anasir luar yang bakal menggoyahkan kesepaduan kita. Ketahuilah, jahiliyyah di luar sana takut jika umat Islam bersatu antara satu sama yang lain!

tindakan game: Para peserta diminta membuat satu bulatan dan berdiri rapat-rapat. Selepas itu, para peserta diminta menghadap ke sebelah kiri/kanan dan membengkokkan lutut agar sahabat di hadapan dapat duduk di atasnya. Selepas itu, peserta diminta berjalan ke belakang dan ke hadapan berulang kali sehingga tiada peserta yang jatuh dan dapat berjalan secara serentak.

Aha, bukan senang, tahu? Kalau tak percaya sila cuba.

 Sesi fotografi sebelum pulang walaupun ada sudah yang pulang -.-'

Tiga hari berturut-turut gigih membuat bookmark dengan penuh berhati-hati. Maklumlah, first time guna mesin laminate. Terima kasih ma dan adik sayang sebab tolong kakak. Terima kasih juga pada sahabat untuk mesin laminate itu.












Kami pulang dengan hati yang sarat dengan rasa. Dengan ukhuwwah yang sumpah sangat manis itu!
Walaupun itu adalah kali pertama kami bersua muka, namun ikatan ukhuwwah yang terjalin bagaikan sudah bertahun-tahun berkenalan. Sungguh, ana sangat rindukan kalian. Moga ukhuwwah yang terjalin ini mendapat redha Allah. Sungguh, hati berbunga-bunga bila baca status muka buku dan text yang kalian hantar. Syukran untuk nikmat ukhuwwah ini Ya Rabb :')



Sahabat sampai Syurga;
~Ukhuwwah Semanis Kurma~








0 comments:

Post a Comment