CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 Dec 2012

OkTengsBai!!

:: Assalamualaikum ::

Ingin ana mulakan entry kali ini dengan satu ungkapan;

"Kadang-kadang yang tak terlihat di mata itu lebih tajam akibatnya."

Renung-renungkan dan selamat beramal! :D 


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerna mini daurah pada hujung minggu lepas dapat dijayakan dengan lancar walaupun hanya dirancang dalam jangka masa yang singkat. Alhamdulillah juga kerna Allah telah membuka hati seramai lebih kurang 40 orang peserta untuk hadir ke mini daurah tersebut. Teringat pula sesi sharing dengan Kak Aisyah Z beberapa minggu yang lepas. Kak Aisyah Z ada mengatakan, "Makin ramai tentera kita itu bukannya atas dasar usaha kita tapi itu merupakan hadiah dari Allah." Ya, itu adalah hadiah dari Allah. 

Innamal a'malu binniyat.

Daripada Umar RA, Rasulullah SAW bersabda,"sesungguhnya sesuatu perkara itu bergantung kepada niat,bagi seseorang apa yang diniatknnya. Jika hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan RasulNya.Jika hijrahnya adalah kerana duniawi, atau kerana wanita yg ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang diinginkan."

Mini daurah dimulakan dengan sesi kompas. Aha, mungkin ada yang fikir, "Eh, nak main-main dengan kompas ke?" atau mungkin ada yang fikir, "Eh, nak tentukan kiblat ke?" *geleng geleng* Sesi kompas boleh dikatakan sebagai sesi ice-breaking. Cuma bukanlah dengan bertaaruf bagai tu [semua dah kenal antara satu sama lain] tapi lebih kepada sesi membetulkan niat para peserta tentang tujuan mereka datang ke daurah di samping untuk mengingatkan para peserta tentang tujuan hidup iaitu Al-Baqarah ayat 30 dan Adz-Dzaariyat ayat 56. Adalah sangat penting untuk kita semua sentiasa ingat dua tujuan ini kerna tujuan inilah yang akan memandu kehidupan kita sepanjang di muka Bumi Allah ni. Jika kita lupa, nauzubillah apa yang akan terjadi. 

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Adz-Dzaariyat ayat 56.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Surah Al-Baqarah ayat 30.  


Sebagai abid dan juga khalifah. Ingat tu!

Dah berkompas, sesi diteruskan dengan Ghazwul Fikr. Dengar tajuk macam best, ye dak? Tapi content dia ohoooiii bikin jantung luruh! Oke, hiperbola di situ. Tapi ini seriyesss! Jadi, sebelum anda meneruskan pembacaan, diminta mengambil mood yang seriyesss dan tidak main-main. [warning]. Tak kenal maka tak cinta, ye dak? Oleh itu, jom kenal-kenal apa itu Ghazwul Fikr. Secara harfiah, Ghazwul Fikr dapat diertikan sebagai Perang Pemikiran. Kita berfikir melalui apa, otak bukan? Jadi maksudnya di sini, perang pemikiran ini berlaku apabila neuron-neuron otak kita difungsikan oleh pihak musuh untuk bekerja dengan tidak mengikut konsep Islamiyyah yang sebenar. Kerna apa? Kerna neuron-neuron ini telah diracuni dengan anasir-anasir yang dibawakan oleh pihak musuh melalui pelbagai cara dan yang sedihnya, kadang-kadang kita tak sedar yang itulah sebenarnya serangan pemikiran terhadap kita; yang sebenarnya itulah jahiliyyah yang sedang melekat dalam hati kita! Allahu Allah! 

Sebenarnya, GF ni dah lama berlaku; dah lama wujud sejak tamatnya Perang Salib. Ingatkah kita akan lembaran sejarah Islam itu? Kegemilangan kaum Muslimin dengan kemenangan semasa perang itu telah mencabar pihak musuh. Walaupun sedang dipenjara, King Louis tak duduk diam. Dia sentiasa memerhatikan apa umat Islam lakukan. Dan melalui pemerhatian dia, dia meninggalkan wasiat yang berbunyi:

"Kita kalah dalam peperangan ini sebab tentera Islam berpegang teguh kepada kitab mereka (Al-Qur'an). Mereka berperang nak mati (syahid) manakala kita berperang nak hidup. Jadi kita kena ubah taktik dalam nak mengalahkan mereka. Kita tak usah lagi berperang gunakan senjata tapi kita perangi pegangan mereka. Kita mesti buang Al-Qur'an daripada dada mereka. Percayalah selepas ini kita akan berjaya....."

Allahu Allah! Rasa macam ada sesuatu yang menusuk tak? Seriyesss, bila ana baca kenyataan di atas yang memang jelas terpampang di skrin yang besar itu, rasa macam nak menangis pun ada. Sebab apa? Lihatlah kesungguhan mereka mengadakan 'usrah' untuk menjatuhkan umat Islam. Lihatlah kehebatan mereka menyusun strategi untuk menghapuskan iman kita. Macam Mustafa Kamal Atartuk tu. Dia nak hapuskan Islam dari kehidupan rakyat dengan menukar azan dan Al-Quran ke dalam bahasa Turki, mengasingkan Islam dari sistem politik, memaksa para wanita untuk tidak menutup aurat dan sebagainya. Oh, sangat bersungguh-sungguh dia ini bukan? Dan kita, sebagai umat Islam, apakah tindakan kita untuk menangani GF ini? Adakah dengan sibuk berjihad di jalan Allah atau sibuk ber'usrah' dengan artis korea bagai? Ahah. tepuk dada tanya iman. Tak cukup dengan kesungguhan itu, King Louis hantar pula perisik ke negara Islam untuk mempelajari Islam. Kak Ina ada sebut puak ini sebagai Orientalis dan mereka-mereka ini membentuk satu jabatan yang dipanggil Research and Development to investigate about Islam. Aiwahhh! TAPI mereka belajar Islam bukanlah untuk mempraktikkan Islam tapi untuk mencari kelemahan umat Islam dan seterusnya mencairkan Islamiyyah dan Quraniyyah yang ada dalam hati umat Islam.

Siapa musuh kita?

 "Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka (sekian lama) tertutup dari pandangan mereka, sambil berkata: “Tidakkah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?”. Surah Al-A'raf ayat 20-22.

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu." Surah Al-An'am ayat 112. 

Kesemua musuh-musuh Islam ini datang dari pelbagai bentuk dan rupa yang dapat di-akronimkan sebagai 4S 4F. Smoke, sex, song, sport, fun, female, food dan juga fashion. Meh nak ulas antara modus operandi musuh-musuh Islam ni. Melalui song atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai lagu, mereka gunakan medium ini untuk melalaikan umat Islam. Jika kita tengok sekarang, betapa banyak lagu yang liriknya entah hape hape tapi sangat melekat dalam jiwa anak remaja. Betapa banyak lagu yang liriknya entah hape hape tapi sentiasa diputarkan di corong-corong radio. Allahu Allah. Korea tak korea. English tak English. Semua sama je. Dah tu, dari segi fun atau keseronokan. Wahaiii! Teramat sangatlah ramai anak muda yang berbekalkan moto, "rileks lah! Hidup masih panjang! Kita enjoy!!!" Dussshhh atas dahi kang baru tahu. Konsert sana sini sampai nak hampar sejadah nak solat pun tak sempat dah. Female atau perempuan. Kalau kita tengok sekarang segala jenis iklan nak letak gambar perempuan seksi kat situ. Apa kaitan pun tak tahu. Pernahkah kita fikir perkara ini atau hanya lihat dengan tiada perasaan? Wahai wanita, di manakah maruahmu, di manakah martabatmu yang dijulang tinggi suatu ketika dahulu? Allahu Allah. Fashion; juga berkait rapat dengan anak remaja masa kini. Sangat tergila-gilakan style korea yang entah hape hape tu. Singkat sana terdedah sana terdedah sini. Cantik sangat lah tu? Tak cantik langsung oke! Kenapa nak agung-agungkan fesyen yang entah hape hape tu sedangkan fesyen Islam dah cukup sempurna? Dah cukup dijelaskan dalam Al-Quran? Semua nak cantik, ya betul. Tapi bukankah sederhana itu paling cantik? Tepuk dada tanya iman.

Ketahuilah wahai akh wa ukhti, Ghazwul Fikr ini tersangatlah BAHAYA dan MEMUDARATKAN! Jika Ghazwul Qitali atau perang fizikal kita dapat lihat kesannya sangat jelas melalui korban nyawa atau kerosakan harta benda. Tapi Ghazwul Fikr kesannya ialah umpama tumour yang merayap secara senyap dan datang setelah tiba stage yang parah! Dan parahnya kesan ini sehingga boleh mengakibatkan seseorang itu hilang kepercayaan terhadap Allah! Maka dari itu wahai akh wa ukhti, sentiasalah muhasabah diri; recharge iman agar tidak teresap dengan Ghazwul Fikr ni. Peringatan untuk diri sendiri juga. =)

Tumbuk Encik J selumat-lumatnya!

Makan dalam dulang with akhawat sangat awesome!


Sajak GF by WardatulSyauQah =)

Wahai ukhtiku,
Aku lihat kau diam membisu di sana..
Diam..
Kaku..

Lihatlah fenomena di luar sana,
Lihatlah sang umat yang sesak dengan al-hawa',
Apakah.. kau pernah ambil tahu?
Apakah.. ia singgah di benak fikiranmu?
Atau hanya ibarat angin lalu..

Wahai ukhtiku,
Lenanya dikau diulit mimpi nan indah,
Riangnya tawa dikau dibuai segala kemewahan,
Bebas ke sana ke mari.
"Argghhh! Ini dunia aku! Aku bebas berbuat apa saja!"
Sungguh gah setiap calit kata yang kau tuturkan!

Tapi wahai ukhtiku,
Sedarkah dikau?
Yang kini kau sedang diserang!
Bukan dengan bom-bom yang turun ibarat titis air hujan,
Bukan jua kereta kebal dan jet pejuang nan hebat!
Tapi kau diserang dek dakyah barat!

Ya! Mereka serang pemikiran kau!
Habis punah-ranah!
Tapi sayangnya, 
kau tak pernah sedar,
Hanyut dibuai janji dunia.

Senjata ghaib itu,
Buat kau alpa!
Buat kau lupa akan sang Pencipta.
Lupa tanggungjawab kau di muka Bumi ini!
Untuk menjadi khalifah di bumi Allah!
Untuk mengabdikan diri pada Allah yang Esa!

Cintakan dunia takutkan mati,
Itulah wahan,
yang telah menular, merebak, dan menyerang segala saraf imanmu.

Wahai ukhtiku!
Bangkitlah! Sedarlah dari terus diam membisu,
Gunakan matamu!
Gunakan telingamu!
Gunakan deria rasamu!
Dalam aliran dakwah dan tarbiyyah!

dikarang pada hari Jumaat; 14 Disember 2012.



Allahumma amin!    
Moga bermanfaat.

                     
 

0 comments:

Post a Comment