CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 Nov 2012

Mahabbah Fillah

:: Assalamualaikum ::

Masih ada yang tiada dalam gambar. 

Buat kamu, kamu dan ya kamu di sana :)

Dahulu, pernah ada yang berbisik, "Allah akan uji titik paling lemah dalam diri kita."

-senyum-

Dan ya, benarlah apa yang diperkatakan.

Allah akan uji titik paling lemah dalam diri kita.

................................

Entah macam mana titik persahabatan itu mulai mekar. Ibarat bunga, daripada benih terus bercambah dan mekar menghiasi taman nan indah. Dan ya, sahabat-sahabat ana itu umpama bunga, yang mekarnya menghiasi taman hati. *lap habuk*

Mungkin ini sesuatu yang tidak pernah ana katakan pada mereka; tapi sungguh, ana sayang mereka kerana Allah. Sungguh, persahabatan itu sesuatu yang sangat berharga; umpama mutiara yang duduknya jauh dalam gelapnya laut namun sangat menjadi kegilaan ramai. 

Sungguh, ana sangat beruntung mempunyai mereka sebagai sahabat ana. 

Teringat akan satu peristiwa; yang hadirnya peristiwa ini sungguh terkesan di jiwa.

"Oke. Pilih nak keychain mana."

"Em. Yang ni lah. Yang pink kasi kat ieka lah sebab dia minat pink."

-senyap-

Ithar. Apa lagi yang harus diperkatakan. Mungkin bagi orang lain ini adalah perkara biasa. Tapi, tidak bagi ana kerana ana orang yag sangat mudah tersentuh apa lagi jika ada kaitan dengan sahabat-sahabat yang dikasihi. Jiwa perempuan itu lembut. *lip lap lip lap*

Tapi, entah mengapa. Perlu wujud perasaan itu. Persaan yang errrggghh! Pheeewww! Campak jauh-jauh.

Ada yang kata;
"Kawan itu umpama butiran pasir di pantai. Senang datang dan senang juga hilang. Teman itu pemimpin ke arah kebaikan. Dan sahabat itu dia lah kawan, dia lah teman."

Dan ana tidak kamu menjadi sekadar kawan kepada mereka.
Tidak mahu juga menjadi sekadar teman.
Tapi ana mahu menjadi seorang SAHABAT pada mereka. 

In shaa Allah. 

Dan ujian ini, tidak akan ana jadikan alasan untuk lemah. 
Ana akan pertahankan demi persahabatan kita. ^_^

 
"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)"(HR Ahmad)

"Learn to understand before expecting something."
Husnodzhon.

0 comments:

Post a Comment