CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 Nov 2012

Jaulah Bulatan Oreo

:: Assalamualaikum ::

Ieka pernah terdengar, "Kita tak akan pernah kenal seseorang selagi kita belum travel dengan si dia."

ehee. sebenarnya ada lagi karakteristik dia, tapi ieka ingin tekankan isi, t.r.a.v.e.l ni. 




Alhamdulillah, semalam Allah izinkan Bulatan Oreo Kita untuk jaulah bersama-sama. Kegembiraan melimpah ke ladang dan gandum! *kening kening* Hajat di hati untuk berjaulah dengan akhawat terchenta setelah sekian lama akhirnya Allah izinkan juga. :') 

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang dua jam terasa sekejap cuma dengan kehadiran akhawat. ohoooiii mak ngah! "2 jam? hangpa pi mana?" ehee. Ya, memandangkan ini jaulah pertama dan mungkin terakhir kami bersama-sama *hiris bawang*, maka kami telah sepakat untuk ke Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai yang masih terletak di lokaliti negeri Perak Darul Ridzuan. Sesampai sahaja di sana, kami dikejutkan dengan kehadiran ramai pengunjung. Dalam hati ieka, "Allahu, macam mana nak usrah ni. Ramai orang." Ehee. *tachycardia!* Sungguh, inilah tarbiyyah! Dugaan diteruskan lagi apabila pakcik guard *eh, yeke?* beritahu bahawa kami tak boleh bawa makanan masuk ke dalam taman rekreasi tapi boleh makan di padang. Maka, dengan membawa dapur portable dan makanan yang berbakul-bakul ke padang, kami kenyangkan perut yang memang meminta-minta untuk dibekalkan makanan. ehee. Sungguh, inilah kali pertama, seumur hidup ieka, berkhelah di bawah pohon kelapa sawit! ahaa. Namun, masih selesa. Minda terus hanyut membayangkan bagaimanakah nasib saudara-saudara di Palestin/Syria yang jerih payah mencari hanya sesuap makanan! Allahu. 

Perut sudah kenyang, maka hati pun perlu diisi juga, ye dak? Seiring dengan sesi makan, kami disajikan dengan pengisian surah Al-Muzammil oleh murobbi terchenta. Surah chenta dari Allah ni menyeru kita untuk bangun malam; melaksanakan solat sunat dan tadabbur Al-Quran. Tak semua orang mampu untuk meninggalkan keenakan dan keempukan tilam untuk qiyam. Tak semua orang mampu. Ya, tak semua orang mampu. Namun, ketahuilah, dengan qiyam inilah hati kita akan menjadi kuat. Maka dari itu, susah untuk bangun itu bukanlah satu alasan yang wajar dijadikan sandaran. Satu ketika dahulu, Allah pernah mewajibkannya pada sahabat-sahabat di zaman Rasulullah. Kerana apa? Untuk menguatkan jiwa mereka. Apa kita seenaknya menyangka kita senang untuk menghadapi onak duri dunia yang mencengkam dada jika untuk bangun qiyam pon kita liat? Allahu Rabbi. *hentak kepala*

"Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan pada waktu itu) lebih berkesan." Al-Muzammil ayat 6.
Setelah membayar tiket sebanyak RM12 satu kepala, maka kami dengan senang hati masuk ke dalam Taman Rekreasi Air Panas itu. Sungguh, tersangatlah ramai orang di sana. Tapi, alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami apabila ada satu kolam tidak dipenuhi dengan ramai orang terutamanya lelaki. Sedang asyik berendam kaki, murobbi mengajak untuk kami sama-sama membaca Al-Mathurat. Maka, dengan seiring dan senada, kami mengalunkan bacaan Al-Mathurat di kolam bersuhu 35-40 degree celcius. Alhamdulillah, Allah permudahkan lagi urusan kami apabila lelaki-lelaki yang ingin menjejak ke kolam itu membatalkan niat mereka. Jadi, jadilah kolam itu KOLAM UNTUK PEREMPUAN SAHAJA. ehee. suka hati je bagi nama ye. *kening kening* Alhamdulillah sangat :) Urusan kami diserikan lagi dengan hujan rahmat usai sahaja kami membaca Al-Mathurat.^___^ 

Walaupun penat, tapi alhamdulillah, nikmat ukhuwwah fillah itu sangat berharga. Walaupun kehadiran kami di sana dipandang seolah-olah kami ni makhluk asing yang datang dari planet Marikh, namun tetap jaulah kami terisi dengan cinta Allah, dengan cinta Rasulullah. Biiznillah.

Sungguh, Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan tetap kembali asing [titik]

Walaupun apa jua rintangan, teruskanlah langkahmu. Kerna tetap, Allah akan bersama-sama dengan orang yang ingin menuju jalan-Nya.  Sayang antunna fillah.




Kekalkan tautan hati ini, Ya Rabb.

Salam ingatan ikhlas dari hati.


0 comments:

Post a Comment