CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 Mar 2013

sakit itu.....


Assalamualaikum w.b.t..

"Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Sakit itu....

(Sila sambung ayat di atas.. )

Masih segar di fikiran ana perkara yang  terjadi di Kolej MARA Kuala Nerang sewaktu membuat persediaan di sana. Perkara yang betul-betul menyentak fikiran ana. 

Waktu tu hari kedua ana di sana dan masih dalam minggu orientasi. 

Antara yang cakap bila tahu perkara ni, "Eh, baru 2 hari dah kena tahan di ward?"

Ya, ana ditahan di ward. Setelah lama menahan kesakitan dan akhirnya jatuh, warden asrama membawa ana ke Hospital Kuala Nerang dan ana telah ditahan di wad selama satu malam sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star pada keesokannya. Sesampai di Hospital Sultanah Bahiyah, ana terus dibawa ke A&E sebelum dimasukkan ke dalam wad persediaan untuk surgery. 

Allahu Allah. 

Pengalaman di sana...

Terpaksa tahan sakit sebab tidak dibenarkan untuk diberi sebarang pain killer sebelum surgery.

Nak solat, nak mandi semuanya kena buat slow-slow dan terpaksa ditemankan nurse dan juga IV drip.

Betul-betul....

Betul-betul mengajar ana erti syukur dengan nikmat sihat. Sihat sebelum sakit.

Benarlah kata orang, "Tiada orang yang dapat mengenal erti syukur menjadi kaya kecuali orang miskin; tiada orang yang dapat mengenal erti syukur menjadi sihat kecuali orang sakit."


Tapi, pada waktu ana sakit itulah yang paling banyak mengajar ana erti syukur. Syukur kerana di waktu sakit ini Allah SWT ingin ingatkan, "Sesungguhnya, nikmat Allah SWT boleh Allah SWT tarik bila-bila masa je."

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". Surah At-Tagaabun ayat 11.

Ya benar, setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita hatta sakit sekalipun, itu datangnya daripada Allah SWT. Dan sungguh, setiap apa yang terjadi itu terkandung satu mesej yang tersirat. Satu mesej yang sangat bermakna.

Antara mesejnya ialah sakit itu datang kerana Allah SWT ingin hapuskan dosa-dosa kecil kita kerna sungguh, kita hamba Allah SWT yang lemah, penuh tercalit cebis-cebis noda.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 
 Tak dapat tidak, sakit itu puncanya datang dari kita sendiri. Yang tak pandai nak jaga kesihatan, yang selalu menyiksa tubuh badan dengan perkara-perkara yang tidak patut tapi sayangnya Allah SWT pada kita, Dia hilangkan sebahagian dosa kita. Allahu Allah. betapa sayangnya Allah SWT kepada kita.
 
Jadi, janganlah mencaci setiap kesakitan yang menimpa diri kita. Janganlah mengeluh dengan setiap apa yang terjadi. Allah SWT tidak memberati hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka hadapi. Sungguh, Allah SWT sangat sayangkan hamba-hambaNya, maka dari itulah Dia timpakan pelbagai dugaan. 
 
Jika diri masih ingin terasa untuk mengatakan, "Eeee! kenapa demam pulak ni! Dah la nak exam minggu depan! Menyusahkan!"
 
Cepat-cepatlah istighfar. Kita insan mudah lupa, maka sakit itu sebagai peringatan. Dan jadilah orang yang memerhatikan peringatan itu dari sudut kasih sayang Allah SWT. Pasti indah, bukan?
 
Kita insan kerdil.
Tapi masih kita ingin berbangga diri!
Allahu Allah.
 
Bila fizikal sakit
Kita mampu makan ubat.
Kita mampu jumpa dengan pak doktor.
tapi apabila rohani kita sakit.
Apa yang kita lakukan?


Sakit itu kafarah dosa.
Sakit itu tanda sayang Allah SWT pada kita.
Sakit itu tanda kita manusia yang lemah.
Sakit itu tanda kita harus kembali pada yang Maha Esa. 

Maka dari itu bersyukurlah!

Alhamdulillah wa syukrillah :)



1 comments:

ENCIK MUSAB said...

nice sharing
jay zack kay kay
(Y)

Post a Comment