CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

13 Oct 2012

intai-intai

:: Assalamualaikum ::

Sudah lama rasanya jari-jemari tidak aktif mencoret di Fanzuruu ni. Kekangan dengan urusan dunia dan kekangan dengan titian hijrah yang sedang dilalui. Moga segalanya Allah redha. Allahumma ameen! Dan hari ini, jam 7.40 malam, sementara menunggu hadek-hadek datang bertandang *eheh* diri ni terasa ingin berkongsi sesuap rasa. Rasa yang sedang dialami dan mungkin akan masih dialami suatu saat nanti. 

Rasa yang....

Erggghhhh!!!!

Rasa yang....

Phewwww!!!!

-terasa ingin tampar diri sendiri- 
 Walau kesannya umpama Slapped cheek by Human Parvovirus B19 pun masih tidak mampu untuk menghilangkan sekudap rasa ni. *nanges guling-guling*.

Intai-intai Deko [??]
Dan rasa ini selalu saya dapat bila saya --- INTAI-INTAI---. Intai-intai masa lalu yang Allahu Rabbi! *tutup muka* Kata orang, tanpa masa lalu tiadalah masa kini. Ya, betul! Tapi masa lalu saya, tidaklah seindah cerita Ramio and Juliat. 

Hitam+Putih= Kelabu asap!!

Itulah masa lalu saya. 

JIKA bisa diputar balik waktu, banyak perkara yang ingin saya DELETE dari corat-coret hidup saya. *eheh* Tapi itu hanya akan wujud dalam cerita dongeng zaman dahulu kala. Maka dari itu, saya hanya mampu untuk mengintai dari ruang kecil masa kini agar masa depan saya tidak lagi menjadi KELABU ASAP!! Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu tanpa sebab kerna caturan Allah tersangatlah ohsem! Pasti, ada sesuatu! 

Bila ada yang kata, "Saya nak jadi sekuat awak."

Diri ni hanya mampu tersenyum.

Hambar! Kerna saya bukanlah sekuat itu! Air hujan mula nak mencurah-curah bila terkenang zon KELABU ASAP yang pernah saya lalui. Jadi, layakkah saya dikatakan kuat? Allahu! *lap habuk*

Saya tak kuat, tapi saya cuba untuk kuat. Saya cuba untuk mengambil ibrah dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar alam untuk setiap apa yang terjadi dalam hidup saya. Dulu, kini dan di masa hadapan. Biiznillah. Dan saya cuba untuk COPY PASTE setiap ibrah yang saya dapat ke derap-derap langkah hidup yang saya lalui sekarang. 

Doakan saya agar dapat terus tsabat di jalan al-haQ dan tidak menyimpang ke cerun al-hawa.
Ayuh, sama-sama!

Takkan surut walau selangkah, takkan henti walau sejenak! 

Post-SH, walau rasa sedih itu ada, namun himmah untuk terus berjuang di jalan al-haQ umpama gunung berapi yang mahu meletup. muehehe. Rasa sedih ini takkan saya biarkan menghalang langkah saya lagi. Ia akan jadi booster yang akan menggerakkan langkah ke hadapan. Biiznillah!

Kerna kita adalah da'ie, kita harus kuat untuk terus kikis sang karat yang tidak chomel lagi tidak ohsem itu! 

*rindu bila tengok gambar akhawat. sampaikan salam lewat doa, moga tautan hati terus berada dalam redha Allah*

Hadek-hadek sudah datang, bertemu lagi di lain hari ^^
Salam ingatan ikhlas dari hati.

0 comments:

Post a Comment