CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

1 Nov 2012

sanggar pengorbanan

:: Assalamualaikum ::

Masih terbayang-bayang bait kata-kata ini;

"Setiap langkah yang terhayun ku aturkan untuk jalan ini dan setiap kata yang terlafaz ku alunkan demi cinta-MU Ya Rabb."

Allah Allah Allah. 

Sudah benar melekatkah kata-kata itu di hati ana?

atau sekadar tersangkut di angin lalu?

Nauzubillahu min zalik~

Dan benar,
jalan ini tidak ditaburi dengan bunga-bunga yang mewangi,
tidak dihampar dengan red carpet yang bam bam boom. eheh macam nak pergi terima award je (?)

sebaliknya,
jalan ini ditaburi dengan ujian cinta dari Ilahi,
untuk Dia spark minda dan hati,
"betulkah jalan ini yang aku mahukan?"

dan jalan ini...
ber co-enzyme-kan calit sang pengorbanan. 



Ya, PENGORBANAN. Pengorbanan yang memerlukan kita untuk berfikir. Pengorbanan yang memerlukan kita untuk memilih. 

Sebut tentang memilih, teringat ana satu alkisah di muka buku. Kisah antara ayah dan anak. Tatkala si ayah menyuruh si anak memilih antara RM5 ATAU RM10. Lantas si anak menjawab, "Kedua-duanya." Si ayah mengatakan bahawa si anak telah kehilangan kedua-duanya.

TAMAK!! Kita tak akan mampu untuk mengambil kedua-dua benda sekaligus. Kerna landasan hidup ini sendiri bersandarkan pilihan. 

 Hak tak mungkin akan bercampur dengan yang batil.
Susu tak mungkin akan bercampur dengan minyak. 

"Eh, bolehla campur! Tak caye cer try!!"

eheh. sinis. Ya anak-anak, yukk kita buat experiment.Paling senang, experiment diri sendiri. Cuba study dan online muka buku dalam masa yang sama. Yang mana lagi meresap. Ilmu buku atau ilmu muka buku? (muhasabah diri)

-hentak kepala-

To get something precious, there's a price. 

Begitu jualah dengan kemanisan syurga Firdausi. Ada harga yang perlu kita bayar. Harga yang berupa cek pengorbanan yang nilainya tiada tara. Dan pengorbanan ini terkadang akan membuatkan kita dilema. Akan membuatkan heart kita separa tachycardia mungkin. eheh. 

"Untuk menuju jalan kebaikan, kekadang kita harus menguburkan kebiasaan."

Jika kita sanggup korbankan wang ringgit untuk belikan hadiah buat yang tersayang, mengapa tidak kita korbankan dunia yang sementara ini demi akhirat yang kekal abadi?

Allah dah cakap dah dalam surah Az-Zumar:67
"Dan mereka tidak mengagungkan Allah sebagaimana semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-NYA pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya...."

Lihatlah. Betapa kecilnya dunia ni. Maka masih mahukah kita melebihkan dunia?

Kita tak sanggup nak korbankan masa demi dakwah. 
Kita tak sanggup nak korbankan study demi usrah yang sekejap cuma.
Kita tak sanggup nak korbankan cerita korea demi untuk talaqi Al-Quran.
Kita tak sanggup nak korbankan keempukan tilam dan bantal demi sujud pada Ilahi di sepertiga malam.

Maka, apa sahaja value yang ada pada DnT kita?
Apa sahaja bekalan kita di sana kelak?
Apa sahaja hujah yang kita ada nanti?

Gedebusshh! Tepuk dada tanya sama enche Iman.

Allah Allah Allah. :*


Ya, ianya tak mudah. Berliku-liku! Tapi siapa kata ianya mustahil, ye dak?

Bak kata pepatah, 'berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.'


Biar kita sakit, biar kita menangis, biar kita lelah asal semua itu dipasakkan untuk DnT. Sungguh, ianya hanya sebentar. Ibarat persinggahan di RnR sewaktu sedang bermusafir. Natijahnya, bahagia, indah di sana kelak. Biiznillah. Sungguh, pengorbanan itu tidak sia-sia. Setiap calit pengorbanan, setiap titis peluh yang dialirkan untuk DnT pasti Allah akan kira. 



Datangnya sesuatu dengan izin Allah. Perginya sesuatu juga dengan izin Allah. Kerna hakikat kehidupan ini cumalah pinjaman. Maka dari itu, janganlah takut dan bakhil untuk berkorban di jalan Allah. Kerna sungguh, ianya bukan milik kita. Masa, harta itu semua milik Allah!!


Dan..

Pengorbanan itu akan terasa indah jika diselitkan dengan keikhlasan. Jadi redhalah atas setiap sesuatu. 

Wallahua'lam~

Jazakillahu khayr pada murobbiku. InsyaAllah akan alert dengan aturan jadual selepas ini ;)

Yang baik itu datang dari Allah,
Yang kurang itu juga dari Allah tapi disalurkan melalui ana.

Aseef jiddan.
Salam ingatan ikhlas dari hati :)



0 comments:

Post a Comment