CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 Sept 2012

Chenta itu

:: Assalamualaikum::


Sungguh, bertemu dan berpisah kerana Allah sumpah sungguh ohsem !! *laphabuk*



Kita merancang, Allah juga merancang.

dan alhamdulillah, Allah kabulkan apa yang telah ana rancangkan.
Selesai sahaja daurah sekitar jam 2.30 petang, ana terus drive pulang ke rumah; solat, kemas barang-barang dan terus 'terbang' ke stesen bas dalam jam 3.20 petang. hehe Nak kemas bukan senang, tahu? ;D Dengan aktiviti yang boleh dikatakan agak padat minggu itu, penat itu ada tapi demi sahabat yang disayangi fillah, tetap gagahkan langkah untuk ke sana. Yosh!

 Dengan penuh berdebar yang belum sampai tahap tachycardia, ana melangkah ke kaunter tiket Plusliner.
"Kak, tiket ke Klang ada?"
Sambil menulis sesuatu di kertas,"Pergi terminal 7 sekarang, bas dah nak gerak."

Di dalam bas, aktiviti dipenuhi dengan mendengar nasyid + berzikir sambil menikmati keindahan alam semesta ciptaan Ilahi. Itulah seronoknya travel naik bas, duduk tepi tingkap, tahu? hee~ Dua jam perjalanan begitu membuatkan ana terfikir akan nikmat serta kebesaran-kebesaran Allah di muka bumi ini. Sedih melihat ada segelintir manusia yang cuba untuk menoreh nikmat ini untuk kesenangan sendiri tanpa memikirkan jerih payah segelintir yang lain. Moga-moga ana dan sahabat sekalian tidak tergolong dalam golongan itu. Allahumma amin!

Rasa takut sebab ini kali pertama travel sensorang ke Klang, satu tempat yang tak pernah ana jejak itu ada, tapi ana yakin, jika kita lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah, pasti Allah akan menjaga kita. Alhamdulillah, setelah dua jam perjalanan, ana sampai ke Klang Sentral. Rasa gembira dan syukur yang bersarang dalam hati waktu bersua muka dengan ukhti Nur Amirah Nabila hanya Allah yang tahu. Syukur sangat! Dia adalah antara orang yang banyak mengetuk ana di kala ana leka; dia selalu ada di kala ana perlukan bahu untuk bersandar; dan dia selalu mengerti apa yang ada dalam hati ana tanpa perlu ana luahkan. Allahu Rabbi! Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan hambaMU sahabat yang sangat baik.

Semalaman di sana, menjadi penawar rindu ana buat dia selama lebih kurang 3 tahun tidak ketemu. Semalaman di sana, menjadi penawar rindu ana buat keluarga nun jauh di Kelantan. Terima kasih pakcik dan makcik untuk layanan yang sangat ohsem! *lap habuk*

Eratnya rangkulan itu, ana tahu susah untuk kami lepaskan antara satu sama yang lain. Di benak masing-masing, hanya satu persoalan, "Bilakah lagi kita akan ketemu?" 

InsyaAllah, satu masa yang diizinkan Allah, kita pasti akan ketemu jua. Chenta kamu Fillah!

"Ieka, jaga diri baik-baik. Jadi doc muslimah yang mantap."

Kamu juga ya? ;)

0 comments:

Post a Comment