CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 Sept 2012

sederap langkah kecil ini.

::Assalamualaikum::

Adik kakak abang pakcik makcik, kabare Enche Iman dan Puan Taqwa kita?

Moga-moga sihat hendaknya. Allahumma ameen!

Entry ini lebih kepada luahan hati seorang insan yang sedar bahawa dia punya banyak kelemahan, punya banyak kekurangan. 

Jika mengikut kiraan kalendar biasa, ana sudah mencapai usia 20 tahun, namun jika mengikut kiraan kalendar Islam, ana sudah menjangkau usia 21 tahun. Ya, mungkin ada yang mengatakan, "wah, sudah besar dah dia." atau mungkin ada yang mengatakan, "dah boleh kahwin dah ni." uhuk *batuk batuk*

Tapi, bagi ana, ana umpama bayi yang mampu merangkak.

Eiiii. Perasannya budak ni! eheh.

Tapi, itulah hakikatnya. Kerna walau usia ana pada zahirnya sudah menjangkau 20-an, tapi ana baru saja mengenali dan merangkak dalam denai DnT. Diri ana baru sahaja menjejak titian hijrah lebih kurang setahun yang lalu.

I am still a baby! uhuk *batuk batuk*

Dan dalam setahun ana meniti titian DnT dan titian hijrah ni, ana sangat kagum pada akhawat-akhawat yang sudah lama mendapat DnT. Begitu mantop sekali langkah mereka. Jujur ana katakan, ana sangat bangga dengan mereka. Aset berharga untuk Islam, insyaAllah ! Langkah mereka begitu besar dan jika hendak dibandingkan dengan langkah ana. Allahu Rabbi! Bagai langit dengan bumi, mungkin. Ya, bagai langit dengan bumi.

Sederap langkah kecil ini. Ya, kecil. Tapi ana yakin dengan satu hadis, "Sampaikanlah walau sepotong ayat."

"Dan Kami akan memudahkan bagimu ke jalan kemudahan (mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat). Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat." 87:8-9

Walaupun ana hanya mampu menyampaikannya lewat laman sosial dan blog serta madah-madah kecil buat sahabat yang disayangi, namun ana harap peringatan kecil ini mampu menyentuh hati, mampu menjadi cahaya buat mereka walau ana sudah tiada nanti. Sederap langkah kecil ini.

"Sungguh mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, Kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala pada orang yang mengerjakan kebaikan itu." 18:30

InsyaAllah, walau sederap langkah ini kecil, akan ku teruskan melangkah hingga ke titian yang terakhir dan InsyaAllah, himmah itu tidak akan pudar ditelan dek gelodak dunia yang mencengkam jiwa. Walau ana tidak mampu menjadi sehebat akhawat-akhawat itu, akan ku teruskan perjuangan ini mengikut apa yang ana mampu. =)

Doakan ana tsabat dalam jalan ini.
Sederap langkah kecil ini.

sebelum bicara ketemu noktah;
Berusahalah kerna sekecil mana usaha kita, Allah Maha Melihat.
Berdoalah kerna seperlahan mana suara kita, Allah Maha Mendengar.
Bertaubatlah kerna sebesar mana dosa kita, Allah Maha Pengampun.

 

Salam ingatan ikhlas dari hati.


0 comments:

Post a Comment