CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

19 Sept 2012

Kuliah Baitul Muslim Fasa 1.

:: Assalamualaikum ::




ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.ALHAMDULILLAH.

Sebelum jari-jemari hanyut melakar kata di Fanzuruu, ingin ana panjatkan syukur kerana Allah telah gerakkan hati ana untuk join Kuliah Baitul Muslim oleh Ummu Atifah malam ni. Sungguh, walau hanya berkuliah menggunakan Paltalk Messenger, namun sunggub terasa kesannya. Zapppp! Terus masuk ke lubuk hati. Benarlah, sangat penting untuk kita bersihkan hati sebelum mendengar sesuatu kuliah walaupun hanya 'depan laptop'. *senyum simpul* Bukan tu sahaja, adab-adab dalam majlis ilmu pun harus dijaga. InsyaAllah, ada keberkatannya. Bukankah malaikat akan memayungi majlis-majlis ilmu? Subhanallah!

Tadi, ummi ada pesan: 

Tangan-tangan kita akan menjadi saksi di akhirat kelak. Tangan-tangan kita akan berkata-kata. Oleh itu, take any moment untuk mencatit. Moga-moga apa yang kita catitkan itu akan menambahkan timbangan amal kita di akhirat kelak. Jangan catit perkara yang boleh menjebakkan kita ke neraka. Nauzubillah. Jika kita sampaikan ilmu, dan orang lain amal dan sampaikan ilmu tu, insyaAllah pahala berganda-ganda! Allahu Rabbi! Untung, berbaloi-baloi gitu. Fastabiqul khairat.

Nah, bonus bonanza berganda-ganda tu! Walaupun hanya dengan mencatit dan menyampaikan ilmu.MashaAllah! 

Jadi *gelak kecil*, insyaAllah, ana nak kongsikan ilmu yang ana dapat dalam Kuliah Baitul Muslim at depan Laptop tadi. 



1. Tentang solat.

Sebagai umat akhir zaman, kita harus kembali pada Allah. Solat ialah masa kita dating dengan Allah. Nah, tak perlu nak dating dengan pakwe/makwe bagai. Dating dengan Allah lagi ohsem. *Peluh besar*. Solat ialah perbuatan yang cukup indah kerana dalam solat terselit perbualan Allah dengan kita secara berbisik. Maka dari itu, jagalah bacaan solat, dirikanlah solat dengan baik. Untuk dapatkan solat yang baik, perbanyakkan istighfar. Dalam solat, kita akan perbaharui syahadah kita sebanyak 9 kali. Dalam solat juga Allah akan pastikan kita untuk memohon taufiq dan hidayah kerana kita mudah tergelincir, hati kita mudah untuk berubah. Allah Allah Allah! Sungguh, Allah SWT amat sayang akan hambaNYA. *lap habuk*. Kita mudah untuk tergelincir dari niat dan keistiqamahan. Maka dari itu Allah syariatkan kita untuk berdoa pada Allah agar hati kita tetap di atas landasan sirat ini. Hanya Allah yang berhak memegang hati-hati manusia. Jika Allah tak pegang hati kita, nescaya kita akan sedikit condong pada kebatilan. Kita ada perjanjian dengan Allah, perjanjian yakni tujuan kita berada di muka Bumi Allah yang cukup indah ni. 

"Eh, perjanjian apa ni?" *kening kening*
   
" Tidak Kami jadikan jin dan manusia, melainkan beribadah kepadaKU " Ad-Dzaariyat:56

Nah, sudah terang nyata lagi tak payah nak disuluh-suluh, kita dicipta oleh Allah untuk beribadat kepada-NYA. Remember by heart, bear in our mind. Sungguh, hidup kita penuh dengan perjanjian. Perjanjian yang pasti akan diselidiki oleh Allah di akhirat kelak. 

SOLAT ITU TIANG AGAMA.
macam nak bina rumah, kalau tiada tiang, achane nak dirikan rumah, ye dak? *soalan common*
ha, pikiaq la sendiri. 

2. Preparation diri.

Ana pernah dengar;

Jika mahukan keluarga yang sakinah mawaddah warahmah, carilah bakal zauj yang mantap agamanya. 
Dan jika mahukan bakal zauj yang mantap agamanya, jadilah individu muslim yang mantap dahulu.

Mantop jiddan untuk ummah! ALLAHUAKBAR! 

eheh. tapi semangat, semangat juga. Nak jadi individu Muslim yang mantap ni bukan boleh dibina dalam seminggu je. Nak jadi individu Muslim yang mantap ni dia takde auto atau manual. Kena lalui proses-proses pembinaan jati diri dan iman yang berkala. Ummi pesan, preparation zauj dan zaujah adalah penting untuk proses pembentukan anak-anak yang soleh dan solehah. Dosa-dosa yang dilakukan oleh zauj dan zaujah akan memberikan impak yang besar terhadap pembentukan kesolehah anak-anak. Maka dari itu, janganlah tinggalkan sisa-sisa atau calit-calit dosa terhadap anak-anak yang dilahirkan. Biarlah anak-anak yang dilahirkan itu suci bersih tanpa secalit dosa, ibarat kain putih. Ibu-bapalah yang mencorakkan anak-anak menjadi Nasrani, Yahudi atau Majusi. Jangan kita langgar dan jangan kita rempuh batas-batas yang telah ditetapkan Allah SWT. Jangan kita rempuh hudud-hudud yang digarisi Allah SWT. 

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

Jangan kita dekati zina, bermula dengan zina mata. Kawal mata kita agar mata kita sujud pada Allah SWT. Bukan dahi sahaja yang sujud ketika solat, tetapi mata dan hati turut sama bersujud agar seluruh anggota badan kita turut sama akur pada Allah SWT. InsyaAllah, Allahumma amin!! 

Keredhaan Allah itu amat penting. Dalam amalan kita, jangan berlaku kepincangan. 
Contohnya: kita solat tapi tetap pakai baju ketat.kita solat tapi masih ragu-ragu ada dalam hati.

Persediaan zauj dan zaujah haruslah mantap bukan untuk membina rumah tangga biasa tapi duat; bukan duat biasa tapi duat cemerlang. Ini adalah preparation individu. Tiada balasan diharapkan. Tiada ucapan terima kasih yang dinantikan. Tetapi doa agar kita mendapat hidayah dan menjadi abid di sisi Allah SWT. Allah SWT sentiasa ada untuk mendengar setiap bait-bait doa yang keluar tulus dari hati kita. insyaAllah.

3. Surah Al-Hujurat.

Jazakallahu khairan kathira pada akhi yang mentadabbur surah ini tadi dari ayat 1 hingga ayat 10. 


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya, dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui."49:01

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalanmu akan terhapus sedangkan kamu tidak menyedari." 49:02 

Asbabun nuzul ayat ini diturunkan ialah sebagai teguran buat Saidina Umar dan Saidina Abu Bakr. Hal ini ekoran kerana berlaku pertengkaran antara Saidina Umar dan Saidina Abu Bakr yang berbeza pendapat tentang khalifah.Thabit bin Qais menangis ketika ayat ini diturunkan kerana Thabit merasakan bahawa ayat ini diturunkan untuknya. Sungguh, inilah contoh orang-orang yang bertaqwa. Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepada Thabit, "adakah engkau tidak redha hidup terpuji dan masuk syurga?" Lalu, Thabit menjawab bahawa dia redha dan tak akan meninggikan suara. Ayat ini diturunkan lama dahulu, namun cer cuba refleks diri kita. Adakah kita pernah meninggikan suara kita melebihi suara Nabi? Cer cuba rasakan bahawa ayat ini diturunkan untuk diri kita. Selami ayat ini. 

"Sesungguhnya orang-orang yang memanggil engkau (Muhammad) dari luar kamar (mu) kebanyakan mereka tidak mengerti." 49:04

"Dan sekiranya mereka bersabar sampai engkau keluar menemui mereka, tentu akan lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang." 49:05

Rumah Rasulullah SAW berdekatan dengan masjid. Keluar je dari bilik Rasulullah, terus masuk ke masjid. Atau lebih senang dikatakan, ruang tamu rumah Rasulullah ialah masjid. Telah diceritakan bahawa orang arab sikapnya kurang sabar. Kadang-kadang, bila Rasulullah ada dalam bilik, mereka akan menjerit untuk memanggil Rasulullah.

4. Taubat

Taubat. Taubat itu bukanlah dilakukan sekali seumur hidup macam bayaran nak buat kad di kedai buku gitu, tapi ianya harus dilakukan setiap hari. Dan taubat bukanlah dilakukan oleh orang yang merasakan dirinya berdosa je, tapi harus dilakukan oleh semua orang. (ada ke yang rasa diri dia tak berdosa. eh? nauzubillah) Ini adalah salah satu metodologi untuk kita rapatkan diri dengan kasih sayang dan cinta Allah SWT di samping dapat menyucikan hati kita daripada titik-titik noda yang telah kita lakukan. Ada 11 terminal penyucian yang telah Allah SWT sediakan. Allahu Rabbi! Bayangkan kawan-kawan, 11 terminal! Ingatlah, tiada orang yang berdosa yang akan masuk syurga. Nah, ambil homework ni. (aceh! macam cikgu pula. hee *senyum simpul*) Sila cari apa 11 terminal penyucian itu. ookeee? bagus anak-anak murid cikgu. eh? *kening kening*

"Mereka itu adalah orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf  dan mencegah dari berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang beriman." 9:112 

Orang yang bertaubat ialah orang yang mempunyai rasa takut kepada Allah SWT dalam hatinya. Dan rasa takut ini lahir daripada kefahaman (al-fahmu). Dan orang yang salah faham akan konsep taubat ini malas untuk bertaubat serta tidak takut untuk berbuat dosa. Nauzubillah! Moga kita dijauhkan. 

Antara konsep yang salah dalam perihal taubat ini ialah:
"Buat apa taubat? bukan buat salah pon." 

Ingatlah, Rasulullah SAW yang maksum, suci dari dosa itu pun sentiasa membasahkan lidah dengan beristighfar kepada Allah yakni bertaubat, inikan pula kita yang tak kebal dari melakukan dosa setiap saat setiap detik? Tepuk dada tanya iman. Taubat ini berlaku pada semua peringkat keimanan. Tidak kira lah orang tu pelaku dosa besar ke, pelaku dosa kecil ke semuanya harus tajdid taubat masing-masing. 

Nah! Dan untuk wujudnya al-fahmu, kita harus ada ilmu. Ilmu ada dua pakej. Pertama ialah tafakkur yakni berfikir. Fikir apa? fikir sama ada sesuatu ilmu itu alQuran kata yes or no, Rasulullah kata yes or no. Kedua ialah Tazakkur yakni cernakan ilmu yang dapat tadi dalam diri. 

Apa pentingnya ilmu dalam BM ni?

jeng jeng jeng.. *gelak kecil*

Orang yang mempunyai ilmu akan melihat perkahwinan ini sebagai sesuatu yang besar. Allah telah meniupkan rasa keinginan dalam diri wanita dan lelaki. Maka dari itu, Allah SWT syariatkan perkahwinan. Perkahwinan ni bukan sesuatu yang enteng, tahu? Tengok kenan aje, jom buat zina. Tengok kenan aje, jom kahwin lari. Ini adalah sikap orang yang tiada tafakkur. Lelaki yang tafakkur pasti tidak akan goyah walau ada seribu perempuan menggedik dengannya. Lelaki yang tafakkur tak akan pilih wanita yang mendedahkan aurat di hadapan bukan mahram sebagai bakal zaujah. 

Bagaimana rasa urgensi untuk bertaubat?
Pertama, kita kena sedar bahawa kita ni hamba Allah yang kerdil. Kedua, kita kena sedar betapa banyak hak Allah yang telah kita langgar. Bayangkan, jika orang langgar hak kita, mesti kita agak emosi, ye dak? apatah lagi ni HAK ALLAH! Jika kita sedar perkara ini insyaAllah kita tak akan ammpu tidur tanpa menunaikan solat sunat taubat. Ketiga, sedar bahawa hati ibarat diperah. Fikir itu otak, tazakkur itu hati. Bila kita rasa bersalah, semestinya ada sesuatu yang tidak kena wujud. Kenapa? Sifat dosa itu pasti melahirkan rasa tidak tenang. Ini sebenarnya hint dari Allah SWT untuk kita bertaubat. Keempat, mulut tergamam. Bila mulut tergamam, nyata indicator ada buat salah. Solusi? taubatlah. 


InsyaAllah, setakat ini sahaja perkongsian dari ana. Moga bermanfaat. 

Kita tahu bila tarikh kita lahir, tapi kita tak tahu tarikh kita akan dikafankan. Sungguh, demi masa, gunakanlah untuk kebaikan. Larilah ke arah jalan Allah. Kejarlah pengampunan Allah yang sungguh, sangat besar melebihi calit-calit dosa kita. Allah Allah Allah! 

"Ummi doakan anak-anak ummi yang hadir dalam perbincangan malam ni akan digerakkan hati untuk ketemu jodoh yang Allah dah tentukan untuk anak-anak ummi." ummu Atifah.

p/s: insyaAllah, jika mahu lihat full version note kuliah ini (hasil contengan akhawat/ ikhwah) boleh minta dengan ana. =)

Salam ingatan ikhlas dari hati. 



0 comments:

Post a Comment