CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 Sept 2012

Ana merancang. Allah juga merancang.

:: Assalamualaikum ::

Moga ini bermanfaat buat diriku, dan buat kamu semua ^___________^

Kita selalu merancang.
Kita rancang bila dan dengan siapa kita hendak keluar pada hari ini.
Kita rancang bidang apa yang kita nak ambil 5 tahun akan datang.
Kita rancang dengan siapa kita nak mendirikan baitul muslim 10 tahun akan datang.

and the list goes on..... (no fullstop? eh.)

but, above all, adakah semua yang kita rancang itu jadi exactly macam apa yang kita rancangkan?

Cuba reflect balik. (fokus !)

Kita mungkin sedang bersedih tatkala apa yang kita rancangkan tidak menjadi kenyataan.
atau kita mungkin sedang gembira bila ianya menjadi kenyataan.
Tapi ingatlah. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancang ialah Allah SWT.

Apa yang kita rancangkan, itu namanya USAHA.
Dan apa yang Allah sudah tentukan, itu namanya TAKDIR.
Jangan penat untuk terus berusaha dan redhalah dengan takdir yang datang.

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)





OH ya, after so many years; siapa yang tak terkejut kan?
Mungkin, mungkin ada sesuatu yang manis di sebalik semua ini nanti.
Kerana ana merancang, dan Allah juga merancang. ^___^

Wallahua'lam~

Salam ingatan ikhlas dari hati.

0 comments:

Post a Comment