CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

5 Sept 2012

#muhasabah

:: Assalamualaikum ::



"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan."- Surah Ar-Rahman;

Ayat cinta dari Allah di atas diulang sebanyak 31 kali di dalam surah Ar-Rahman. Bayangkan, 31 KALI! Cukup Untuk memberi gambaran pada kita bahawa Allah sangat memberi penegasan melalui ayat ini.

Nah, sekarang, ayuh kita tanya diri kita sendiri;

"Ada tak nikmat Allah yang kita dustakan?" 

Nauzubillah...

Jika kita telusuri perjalanan hidup kita, banyak nikmat yang Allah dah berikan pada kita. Malah, nikmat iman dan Islam itu sendiri merupakan satu nikmat yang sudah cukup besar buat diri kita. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah Ya Rabb. =') 

 Checklist:

Usai bangun dari mimpi setiap pagi, pernah tak kita mulakan pagi kita dengan mengucapkan 'Alhamdulillah' kerana dikurniakan satu lagi hari, satu lagi peluang oleh Allah untuk kita perbaiki diri kita, untuk kita bertaubat pada Allah? Muhasabah diri.

Nikmat paras rupa, kecantikan semua tu. Adakah kita guna ke arah kebaikan? Atau kita tayangkan kecantikan kita di muka buku, twitter dan segala bagai untuk membangga diri? Nauzubillah~ Muhasabah diri.

Dalam sedar atau tidak, dalam sehari kita bernafas secara purata 20,000 kali; dalam sehari jantung kita berdegup lebih kurang 100,000 kali; dan lebih kurang 700 otot kita bekerja saban hari. Tapi, pernah tak kita fikir, adakah setiap nafas, setiap degupan jantung dan setiap otot yang bekerja itu kita manfaatkan untuk ad-deen, atau hanya untuk dunia semata? Muhasabah diri.

Nikmat harta. Ya, semua mengimpikan untuk hidup senang, untuk mendaki roda yang paling atas. Dan mungkin, ada segelintir antara kita yang sudah berada di atas. Tapi, adakah harta yang Allah pinjamkan tu kita infakkan ke jalan Allah? dan adakah harta yang Allah pinjamkan tu kita kongsikan sedikit dengan orang-orang yang memerlukan? Muhasabah diri.



Dan sungguh, jika nak menghitung satu persatu nikmat yang Allah berikan, tak cukup satu entry ni. 
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl: Ayat 18).

Apa-apa pun, sentiasa muhasabah diri kita agar kita tak tergolong dalam orang yang mendustakan nikmat Allah. Ringankanlah mulut untuk mengucapkan ALHAMDULILLAH. Syukur Pada Allah atas segala nikmat. Tak susah, ye dak?

Telah diriwayatkan bahawa Nabi Musa Alaihis Salam pernah bertanya kepada Tuhannya: “Ya Robb, bagaimana caranya saya bersyukur kepada Engkau? Robbnya menjawab: “Ingatlah Aku, dan janganlah kamu lupakan Aku. Jika kamu mengingati Aku nescaya kamu telah bersyukur kepadaKu. Namun, jika kamu melupakan Aku, kamu telah mengingkari nikmatKu”. Allahu Rabbi =')



 Jadilah hamba Allah yang bersyukur. Tiada guna bangga diri dengan segala nikmat yang Allah berikan kerana itu hanya pinjaman semata-mata. Bila-bila masa Allah boleh berikan; dan bila-bila masa juga Allah boleh tarik nikmat itu. Dan janganlah dengki akan nikmat yang ada pada orang lain kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.

Moga bermanfaat.
Salam ingatan ikhlas dari hati.


0 comments:

Post a Comment