CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 Aug 2012

berat melepaskan 'dia' pergi ;*

:: Assalamualaikum ::

Ku lihat Ramadhan di kejauhan, lalu ku sapa ia,
"Hendak ke mana?"

Dengan penuh kelembutan, Ramadhan menjawab, 
"Maaf, "Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin. Ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah ISTIQAMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA. Itupun Syawal..ia sudah tiba. ".

Ku lihat Ramadhan pergi.. jauh..

:: Dialog di atas perkongsian dari seorang akhawat di group Mujahidah. Jazakillahu khairan kathira ukhti :: 

 Sedar tak sedar, lagi 4 hari Ramadhan bakal meninggalkan kita. Lagi empat hari gerombolan syaitan akan membawa kembali bagasi mereka serta peta minda untuk memusnahkan ad-deen para manusia. Kembali akan menemani para manusia. Eheh ! "Please la, siapa yang nak bertemankan syaitan?"

Sebulan kita berada di Universiti Ramadhan. Sebulan kita mendapat peluang dari Allah Azza Wa Jalla untuk kita perbaiki diri kita tanpa usik-usik dari Encik Syaitan.

Tapi....

Tapi...

Dalam sebulan tu, cukupkah mutabaah amal kita?

Dalam sebulan tu, cukup beriye kah kita mengimarahkan Universiti Ramadhan?

Fenomena Ramadhan. Ramai yang membawa Ramadhan ini umpama lari jarak dekat. Terus pecut pada fasa yang pertama dan akhirnya lelah pada fasa yang terakhir. Terus, kosong kosong kosong. 

Sepatutnya, momentum Ramadhan ini adalah umpama lari jarak jauh. Pecut dengan sekuat hati pada fasa yang ketiga kerana pada fasa ini terkumpulnya hadiah istimewa dari Allah, yakni pembebasan dari api neraka. Allahu Rabbi ! Syiok, bukan?

Dan di Fasa yang ketiga ini jugalah adanya malam yang lebih baik dari 1000 malam. Malam apa malam apa? Malam Lailatul Qadr. 

"Ek eleh ! Takde benda lain ke nak beritahu? Common la. Semua orang tahu !"

Eheh. Ya. Semua orang tahu what-so-called malam Lailatul Qadr ni. Semua orang nak malam Lailatul Qadr. 

Tapi ada dua golongan yang menggunakan dua pendekatan berbeza.

Adanya satu golongan, yang di dalam hatinya kangen dengan Lailatul Qadr tapi zahirnya mengejar Lailatul Bazar.

Siang malam mengejar SALES dunia di sana sini. 
Tiada baju raya baru kecoh satu dunia.
Ingatlah, pakaian terbaik adalah pakaian TAQWA.

Dan ada pula golongan yang kedua, yang hati dan perilakunya begitu tertaut dengan Puan Laila dan Encik Qadr. Jelas terpancar keazamannya.

Yang mana satu diri kita? Tepuk dada tanya iman. Selami hati masing-masing.
Di mana hati kita?
Cair dengan mega sales dunia atau terpikat dengan bonus bonanza kebabomm Ramadhan?

"Lek ah bro ! Syawal setahun sekali je kot. Tak kan tak boleh?"

Eheh. Ya. Syawal setahun sekali. dan Ramadhan; juga setahun sekali, bukan?

Saya tak kata SALAH untuk menyambut kedatangan Syawal. Tak, tak. Tak salah pon. Sebab, Syawal itu tanda kemenangan kita setelah bermujahadah selama sebulan, tanda hadiah kasih dari Allah SWT.

Tapi...

Yang salahnya, bila Syawal lebih dinanti berbanding Ramadhan.
Yang salahnya, bila Ramadhan diabaikan.
Yang salahnya, bila kita berhabisan wang ringgit, masa dan tenaga secara berlebihan untuk Syawal.

"Eh, biarlah saya nak berhabis segala bagai untuk raya. Raya, mestilah kena meletupp ! Awak nak jeles tu kenapa?"

Eheh. Seriously, sedikit pon tak terdetik jeles di hati ni.

Ya, silakan berhabisan asalkan:
a) Ramadhan anda meletupp kebabomm juga.
b) saudara yang memerlukan bantuan (Rohingya, Palestin etc), anda tak lupakan mereka

Ada beran?

Tepuk dada tanya iman.

Di kejauhan, bila tibanya saat melepaskannya pergi, sungguh berat. 
Ya Ramadhan, mungkinkah kita akan bertemu lagi?
atau mungkin.. Ini Ramadhan terakhirku?
Allahu Rabbi !

notakaki: Ini sekadar perkongsian rasa. Diri ini masih belum cukup sempurna. Andai ada khilaf, tegurlah dengan berhikmah. InsyaAllah. Semoga bermanfaat =)

Moga kita dapat manfaatkan sisa Ramadhan yang masih berbaki untuk menjadi bekalan yang ohsem untuk kita hadapi 11 bulan mendatang. InsyaAllah. ^^






Salam ingatan ikhlas dari hati.







1 comments:

Unknown said...

nice post.. jom ieka.. JOM LARI LAJU2, JAUH2 TINGGALKAN JAHILIYAH

:"|

--Ya Allah sedihnya background music ni ukhti

Post a Comment