CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 Jul 2012

Konvensyen Mahasiswa Ikram (KOSMIK) Perak 2012

:: Assalamualaikum ::

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.... 28 Julai 2012, Allah berikan peluang untuk ieka menghadiri satu program di Ipoh. Agak excited memandangkan ini adalah program rasmi IKRAM pertama yang ieka join di Ipoh. Sebelum ni pernah join program dengan Srikandi IKRAM di Kelantan. Untuk makluman, IKRAM ni adalah salah satu badan bukan kerajaan atau omputih kata NGO yang ada di Malaysia ni. Nak tahu lebih lanjut boleh klik sini IKRAM.

Eh, program apa ni?

Dah terang lagi bersuluh di atas sana, KONVENSYEN MAHASISWA IKRAM (KOSMIK) PERAK 2012.

Setelah perjalanan yang penuh mencabar *agak hiperbola di sini*, akhirnya sampai jua ke destinasi, Pusat Pendidikan Al-Hidayah.

Nak tahu lokasi nya? cer tanya enche google map yang baik hati. hee. Apa yang ieka dapat tahu daripada akhawat, sekolah ni adalah sekolah yang dibina hasil daripada infak pakcik dan makcik IKRAM. Allahu! Perasaan bila masuk je ke pintu pagar sekolah ni, tak dapat ieka gambarkan. Ohsem sangat! Walaupun sekolahnya agak sederhana, idok le segah sekolah-sekolah di luar sana, namun environment di sana sangat menenangkan. Tambah ohsem lagi, waktu ieka tengah jenjalan di sana, ieka ternampak satu banner yang tertulis, ' ZON BAHASA ARAB'. Allahu Rabbi! Sangat ohsem! Bagi ieka sendiri, penting untuk kita memartabatkan bahasa arab terutama dalam ledakan anasir-anasir yang membuatkan generasi kini lebih tertarik dengan bahasa yang lain seperti korea, jepun etc.

Sumbangan gambar : enche google~




Okay. cukup dengan secebis pengenalan. Jom kita ke isu utama. acece. Hiks. Orang kata, ilmu yang kita dapat, kalau kita simpan buat pekasam sorang-sorang, tak ada manfaat juga kan? Jadi, InsyaAllah pada entry kali ni, ieka nak share sedikit ilmu yang ieka dapat hasil perkongsian ikhwah dan akhawat semasa KOSMIK semalam.

Takrifatul dakwah atau jalan dakwah. Apa yang anda tahu tentang jalan dakwah?

either ini.....

or ini....


Jalan dakwah itu adalah suatu jalan yang tidak ditaburi dengan bunga-bunga yang harum untuk menyambut dan mengiringi kita, tapi ianya dipenuhi dengan onak duri, imtihan dan cabaran yang harus kita hadapi satu persatu.Namun, segala imtihan itulah yang bisa membuatkan kita merenggut apa yang dikatakan nikmat sebuah perjuangan dan nikmat keberkatan melalui denai-denai menuju Ilahi. Ohsem, kan? Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jadi, taaruflah dengan jalan ini, maka pasti kita akan cintakan jalan ini. *sapuhabuk* Dan pasti, jalan dakwah menuntut kita untuk banyak bersabar. Kita disuruh melakukan usaha semaksima yang mungkin dan bukan melihat kepada hasilnya. Para da'ie sekalian, moga terus tsabat dan qanaah di jalan ini. Jalan dakwah akan melalui tiga jenis marhalah iaitu marhalah at-ta'rif yakni marhalah propaganda, marhalah takwin yakni marhalah pembentukan dan marhalah tahfiz yakni marhalah pelaksanaan. Ketiga-tiga marhalah haruslah bergerak seiring jalan dalam melaksanakan dakwah.


" Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar, dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." 29:3

 " Aku pelajar, bukan da'ie !!"

Aku pelajar bukannya da'ie. Betulkah statement di atas?

Tanya sama minda, "Betul lah bro ! Bila masa pula aku daftar jadi da'ie ni?"

Tanya sama iman, " Aku adalah pelajar, dan aku juga adalah da'ie sepenuh masa kerna itulah tanggungjawab aku di muka bumi Allah ni."

peta kehidupan kita dari awal hingga akhir. Lengkap !!
Inikah kita??? *tutupmuka*

Sepanjang sembilan bulan sepuluh hari kita berada dalam rahim ibu, kita amat lemah, tidak mampu mencari makanan sendiri, tidak mampu bernafas sendiri dan tidak mampu mempertahankan diri sendiri. Setelah itu, kita lahir ke dunia hinggalah saat kita masih bernafas sekarang ni. Tanya sama diri, "Masihkah aku ingat tentang tujuan aku dilahirkan? Sudahkah aku laksanakan tugas aku di muka bumi Allah ni?" Allahu Rabbi !!

Kita asyik melaksanakan tugas kita sebagai buruh manusia, buruh kehendak diri tapi adakah kita lupa yang kita adalah hamba Allah sepenuh masa? Tepuk dada tanya iman.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. "
51:  56-58

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia telah menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim terlebih dahulu dan (begitu pula) dalam (AlQuran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia-lah pelindungMU; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." 22:78

Yosh! Sudah sedarkah kita akan tanggungjawab kita? Tanggungjawab yang harus kita laksanakan 24/7, tiada alasan! Tugas untuk kita membimbing manusia ke jalan yang benar dan untuk menerangi kehidupan manusia dengan matahari yang sangat cerah yakni matahari Islam =) Itulah tugas kita sebagai seorang da'ie. Tugas yang mana mempunyai empat tunggak kemenangan iaitu keyakinan, keikhlasan, hamasah dan pengorbanan. Kita harus yakin dengan jalan ini, yakin dengan janji Allah. Harus laksanakan tugas ini dengan ikhlas agar kita dapat menyentuh hati-hati manusia yang lain. Harus sentiasa hamasah agar perjalanan ini tak berhenti di tengah jalan. Dan akhirnya haruslah berani untuk berkorban; berkorban masa, tenaga etc. Lihatlah contoh syabab Islam terawal yang sungguh mantap peribadinya, yang sungguh ohsem jalan dakwahnya walau berada di usia muda. Kita? Sudah berada di usia 20-an, apa yang sudah kita lakukan? *tutupmuka*

The best time to contribute to Islam is when we're young =)

Da'wah- Everyone can fit in and contribute. So, lets contribute !!!



Setakat ini sahaja perkongsian dari ieka. Moga bermanfaat =)
Andai dirimu merasa hatimu bermasalah, maka pulanglah ke pangkal jalan. Mintalah pertolongan Allah.

Semoga kita terus tsabat di jalan ini. Allahumma ameen !!

buat dirimu di sana, kerna aku tahu Allah bersamamu 
ikhwah dan akhawat yang membanjiri KOSMIK 2012 =)
sumbangan gambar: IKRAM Manjung.


Salam ingatan ikhlas dari hati.

2 comments:

Imah ;D said...

paid :)
ohsem syg...^^
ble berbalik smula pada soalan "apa tanggungjwb kita pling utama?" mnjadi hamba. rasa diri ni sgt x bertanggungjwb. T_T ummm..

Adwa' said...

imah =)

Post a Comment