:: Assalamualaikum ::
Sebelum tidur semalam, ieka tajdid minda untuk bangun dengan lebih bersemangat hari ni. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang. Allah telah suntikkan semangat tu dengan cara yang sangat ohsem. dengan cara apa? through my parents. Tengah ieka syiok bersiap-siap nak pergi kolej, dapat call dari ma.
" Assalamualaikum kakak. dah siap nak pergi kolej dah?"
"Waalaikummussalam ma. Alhamdulillah dah."
" Bagus, tunggu ma dan abah datang. Hari ni biar ma dan abah hantar kakak pergi kolej."
Serious! Rasa macam zaman sekolah menengah dulu. Pergi sekolah bawa bekal makanan pastu ma abah hantar. Itulah hebatnya kasih-sayang ibu bapa, pasti mereka tahu jika anak mereka sedang kesedihan. =') Ke-ohsem-an hari ni diteruskan lagi bila terjumpa akhawat-akhawat yang ieka sayang fillah. Makin bertambah orang nak belanja ieka lunch. ehee~ Alhamdulillah. Itulah orang cakap, persahabatan yang disulamkan kerana cinta Allah itu sangat ohsem! Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Syukran Ya Rabb. Sungguh, Allah amat menyayangi hamba-hambaNYA. Cuma kita, adakah kita juga sudah melakukan apa yang sepatutnya bagi membuktikan yang kita sayang pada Allah? tepuk dada tanya iman.
Moga Allah terus menguatkan langkah kaki ini untuk menongkah arus badai yang datang. Moga Allah tautkan hati ini dekat padaNYA.
katakan pada diri, " we are never alone. We have Allah. there's no need to be fear."
katakan pada hati, "if people broke your heart, know that, Allah will heal it."
katakan pada telinga, " never hear that bad talks about you, Allah knows you better.
kuntuman cinta dari kak cam =')
" tiap-tiap jiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." Al-Anbiya:35
jadilah magnet yang baik, insyaAllah kebaikan akan datang kepada kamu.
bersangka baik dengan Allah sebab Allah tak akan menzalimi hambaNYA.
Alhamdulillah untuk dugaan ini =')
nota kaki: untuk ukhti Fatimah, entry yang ieka janjikan insyaAllah menyusul tak lama lagi ^^
2 comments:
Assalamualaikum ieka,
Setiasa positif, senyum je....
waalaikummussalam leiya ;) insyaAllah. Syukran ya Jazilan ya ukhti.
Post a Comment